Bila kali akhir anda pergi buat pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap?
Lebih lengkap maknanya buat sekali pemeriksaan ambil darah untuk semak semua bacaan penting tentang kesihatan tubuh badan anda. Bukan sekadar baca tekanan darah dan kira degupan jantung saja.
Kalau umur dah lewati 40-an, elok pergi la buat pemeriksaan lengkap sekali. Samada anda rasa memang sihat atau tidak, kira lain. Dalam zaman sekarang ni, dengan berbagai teknologi, terutamanya apa yang dihasilkan sebagai makanan, macam-macam boleh jadi.
Elok buat pemeriksaan 6 tahun sekali
Bukan jadi budaya masyarakat kita untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bagi kebanyakan orang, pergi periksa doktor hanya kalau sakit. Kalau sihat nak pi jumpa doktor buat apa?
Saya rujuk dalam bacaan secara umum tentang pemeriksaan kesihatan ni. Contohnya boleh baca kat sini. Sebetulnya, jika anda berumur lebih dari 20 tahun. Elok pergi buat pemeriksaan untuk tahu tahap kolestrol dalam darah umpamanya, tahap kandungan gula dan lain-lain yang hanya bleh didapati dengan check darah. Sekurang-kurangnya 6 tahun sekali pergi lah.
Kalau ada masalah, doktor akan suruh kerapkan lagi jarak antara 2 pemeriksaan.
Pertama kali buat pemeriksaan kesihatan
Saya sama juga macam kebanyakan orang. Tak pernah terfikir untuk pergi buat pemeriksaan lengkap kesihatan. Sebab rasa sihat tak ada masalah.
Bila sekali tu rasa dada sesak, berpeluh tapak tangan dan mula rasa berdebar bunyi degupan jantung sangat kuat, saya makin panik. Kebetulan tengah duduk minum dengan kawan-kawan, minta dihantar segera ke hospital swasta.
Sampai hospital, terus masuk bahagian kecemasan. Beritahu ada simptom serangan jantung. Terus dipasang semua kelengkapan wayar untuk buat 'Electrocardiograms' atau biasa di panggil ECG.
Keputusannya .. tak ada apa-apa masalah. Mereka berikan ubat cecair untuk gastrik saja, semuanya selesai. Tambah lagi bila doktor sahkan tiada sebarang masalah jantung, degupan jantung terus kembali normal.
Saya yakin keadaan dirasakan makin parah sebab ditokok tambah dengan perasaan panik takur kena serangan jantung.
Masa tu pergi ke hospital swasta yang memang dah terlatih semua pekerja mereka untuk cari jalan tambah pendapatan hospital tu. Apa lagi mereka terangkan dengan baik sekali walaupun saya sah sihat tak ada masalah, untuk buat pemeriksaan yang lebih rapi lagi.
Maksudnya lebih mahal lah. Sebab antaranya kena jumpa pakar jantung sekali. Semua alasan yang diberikan, kenapa saya perlu belanja lebih adalah sangat logik. Maka akhirnya saya hulurkan hampir RM3 ribu pada hospital tu untuk mereka buat pemeriksaan terperinci tahap kesihatan saya.
Kesan bacaan kolestrol tak bagus
Itulah pertama kali saya buat pemeriksaan lengkap setakat yang saya sedar dan ambil tahu. Sebelum tu mungkin ada atas urusan kerja. Tapi masa tu hanya ambil tahu samada lulus dan sihat untuk kerja atau tidak saja. Doktor kata ok boleh kerja, habis kat situ saja. tak mau tahu segala bacaan yang doktor tu buat.
Diringkaskan cerita, semuanya masih ok. Kemudian selang 2 atau 3 tahun sekali saya akan buat lagi. Ambil darah dan tengok tahap bacaan kesihatan melalui darah. Sehinggalah sampai bacaan kolestrol naik lebih dari sepatutnya.
Doktor kata, ambil perhatian sebab lebih dari tahap sihat. Tapi dia tak bagi ubat sebab katanya masih tak perlu. Cuba kawal cara makan dan bersenam selalu.
Kalau anda nak tahu macam mana bacaan kolestrol yang ok atau tidak, boleh baca artikel yang saya dah tulis sebelum ini berkenaan 7 bacaan yang anda mesti pantau untuk kesihatan tubuh badan. Boleh klik kat sini.
Agak menghairankan juga sebab saya memang kaki bersenam. Dah berpuluh tahun amalkan gaya hidup bersenam ni antara 4 ke 5 hari dalam seminggu. Saya amalkan juga puasa setiap isnin dan khamis. Juga dah berpuluh tahun jadi amalan tetap tanpa tertinggal sekalipun.
Tapi sangkut juga bacaan kolestrol.
Saya yakin puncanya tak lain dan tak bukan dari faktor pemakanan. bab makan memang saya tak ada pantang. Makan saja apa yang teringin nak makan. Walaupun saya pastikan banyak sayur dan banyak buah, tapi saya lansung tak pantau jenis makanan berlemak atau tidak.
Mula makan ubat kolestrol
Pemeriksaan kemudiannya tahun demi tahun tidak menunjukkan bacaan kolestrol turun. Malah naik sedikit demi sedikit sehinggalah doktor bagi ubat yang wajib di ambil sehari sekali sebelum tidur.
Saya buat pencarian berkenaan ubat tu dan baru tahu ia merupakan ubat yang sangat popular di seluruh dunia. Antara ubat yang paling ramai orang makan sehingga jualan ubat tu mencapai berbillion-billion dollar setiap tahun.
Dia di beri nama Statin.
Sejenis dadah yang doktor akan berikan kepada mereka yang ada masalah kolestrol tinggi. Ubat itu boleh kawal tahap kolestrol dan seterusnya mampu rendahkan risiko serangan jantung.
Bila saya tanya kawan-kawan, rupanya ramai yang makan ubat tu setelah masuk umur 4 atau 5 siri. Dah jadi macam perkara biasa la pulak.
Maka saya pun makan ikut apa yang disarankan oleh doktor. Setiap hari sebelum tidur akan makan satu biji. Tak ada masalah sebab ubat tu ambil kat farmasi kerajaan. Bayar seringgi saja. Setiap 3 bulan dia suruh pergi ambil.
Jadi tak rasa apa-apa makan ubat percuma macam tu.
Cuma tergerak nak cari maklumat pasal ubat lain yang mampu rendahkan tahap kolestrol selain dari statin, terjumpa maklumat bahawa statin ni ada kesan sampingan.
Alamak! tak best la kalau macam tu.
Dan berita tak baiknya adalah setakat ni, hanya statin saja yang paling berkesan sebagai ubat kawal kolestrol ..
Sekarang kena cari cara lain yang tak perlu pakai ubat untuk rendahkan tahap kolestrol. nanti saya sambung ke artikel yang selanjutnya selepas ini. Insyaallah!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !