Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 March 2021

Pupuk minda keusahawanan dalam setiap unit dan jabatan di syarikat - Penulis Jemputan

  Ano Nyme       09 March 2021


Setiap perniagaan akan bermula dengan niat serta aspirasi untuk berjaya di dalam bidang yang diusahakan.

Kejayaan pula diukur dari segi keuntungan sesebuah entiti atau syarikat tersebut. Aspek untung memang sangat penting dalam menilai kejayaan sesebuah perniagaan atau syarikat.

Secara dasar, pengiraan untung dan rugi dikira dengan cara menjumlahkan semua hasil jualan dan ditolak segala kos operasi bagi menguruskan perniagaan tersebut.

Walaupun ini kerja yang mudah, ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh mengenai perkara ini.

Melalui pengalaman saya sendiri ketika memulakan perniagaan serta sedikit pengalaman menjadi tenaga pengajar, soal pengiraan keuntungan tidak diberi perhatian yang teliti. Tak ambil serius walaupun semua usahawan ingin mendapat keuntungan.

Malah, tak ambil berat untuk pelajari ilmu bagaimana nak kira untung dan rugi dalam perniagaan yang dijalankan.

Ilmu tentang ekosistem pengiraan ini amat penting .Kos pengurusan perniagaan bermula daripada langkah awal pemasaran dan seterusnya aktiviti jualan sehingga sampai ke pelanggan sehinggalah kepada hal ehwal aktiviti penjualan itu tadi.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan - MEDEC (UiTM) menunjukkan 42% daripada punca perniagaan yang gagal adalah kerana perniagaan tersebut mengalami masalah kecairan aliran tunai (cash flow) ataupun kegagalan koperasi menyediakan, menyemak dan mematuhi rancangan kewangan untuk menjayakan sesebuah perniagaan.

Secara amnya kayu pengukur kejayaan sesebuah perniagaan bukannya berlandaskan bilangan kontrak yang diterimanya ataupun jumlah pelanggan, sebaliknya kayu pengukur yang objektif, tepat dan diterima pakai di seluruh dunia adalah berdasarkan kepada keputusan penyata kewangan yang teraudit yang menunjukkan keuntungan kepada projek tersebut.

Tiga penyata utama (Penyata Kewangan) yang dijadikan rujukan oleh para usahawan bagi mengukur prestasi koperasi.Penyata-penyata tersebut adalah:

  1. Penyata Pendapatan atau Untung Rugi 
  2. Kunci kira-kira 
  3. Penyata aliran tunai

Terdapat juga usahawan yang langsung tidak mengambil kira gaji dirinya sendiri sebagai salah satu daripada kos operasi perniagaan dan ini terbukti merupakan satu cara yang salah kerana sikap sebegini boleh mencetuskan satu sikap untuk menjadikan pendapatan serta lebihan pendapatan hasil daripada proses perniagaan sebagai pendapat diri sendiri.

Analisis Kewangan antara salah satu disiplin dalam menentukan serta memahami segala keputusan yang akan dicapai atau dibuat ketika menjalankan sesuatu perniagaan.

Ia sangat berguna ketika pengurus atau pengarah ingin membuat sebarang keputusan dalam sesuatu projek yang ingin di jalankan.

Adakah ia akan membawa keuntungan kepada syarikat atau mengalami kerugian. Itu adalah semua bergantung bagaimana analisis kewangan itu dibuat.

Dalam perniagaan juga, tunai adalah nyawa bagi setiap perniagaan, tanpa mengira sama ada amaun yang ada itu kecil atau besar.

Jika terdapat perniagaan tidak mempunyai tunai dan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan sebarang tunai, maka perniagaan syarikat itu mungkin akan ditutup.

Dari aspek kos kepada syarikat, beberapa bentuk kos perlu ditanggani semoga jumlahnya dapat dikurangkan.

Kos, membabitkan kos modal, pengurusan penyelidikan, pengeluaran dan pemasaran.

Melalui perancangan dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa menanamkan sikap untuk mengurangkan pembaziran daripada berlaku, nescaya usaha-usaha tersebut akan menghasilkan penurunan kos.

Kos langsung dan kos tidak langsung seperti kos sosial perlu diambil kira dalam pengurusan kos oleh sesebuah syarikat.

Ia sangat menepati semangat pendekatan keuntungan perniagaan melalui tanggungjawab sosial.

Kejayaan mengurangkan kos oleh sesebuah syarikat mengikut perspektif di atas adalah suatu kejayaan yang memaparkan tahap kepakaran pengendalian perniagaan terbabit sudah dapat ditingkatkan.

Ini juga menggambarkan bahawa usaha mengurangkan kosmeliputi amalan akhlak pekerja serta alam persekitarannya.

Natijahnya, ilmu pengiraan keuntungan amat perlu bagi mengelakkan ketirisan serta kerugian kecil bak kata pepatah, sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, yakni ketirisan yang tidak diberi perhatian bakal mengundang kerugian besar yang pada ketika itu, tiada jalan keluar lain yang boleh diambil melainkan menutup perniagaan.

Pihak pengurusan harus menekankan aspek pemikiran keusahawanan (Entrepreneurial mindset) didalam minda setiap pekerja syarikat dan bukan hanya terbatas kepada staf Jabatan Akaun dan Kewangan semata-mata.

Penekanan aspek “survival” perlu diiplimentasikan.

Setiap unit dan jabatan perlu memikirkan bahawa jabatan mereka semuanya sebagai “Profit Centre” dan bukan “ Cost Centre”.

Adaptasi pemikiran usahawan wajar diterapkan agar setiap unit dan jabatan faham tentang aspek kos, aspek margin untung dan rugi serta aspek asas pengiraan supaya perlaksanaan bajet jabatan mereka akan dapat diterjemahkan melalui perancangan strategik dan taktikal syarikat.

Semoga ada kebaikan bersama yang dapat kita perolehi dari perkongsian ini insyAllah. 

Nota: Artikel merupakan sumbangan dari En Azad Jasmi, seorang penasihat dan pembimbing perniagaan.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pupuk minda keusahawanan dalam setiap unit dan jabatan di syarikat - Penulis Jemputan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !