Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 March 2021

WHO dah tahu dari mana punca datangnya wabak penyakit covid-19 berdasarkan siasatan di China

  Ano Nyme       21 March 2021

Tikus buluh yang dijual hidup-hidup segar kat pasar Myanmar. Sumber gambar

Dari mana asalnya datang virus corona sampai merebak kepada manusia dan akhirnya menjadi wabak penyakit covid-19 di seluruh dunia sampai sekarang tak habis-habis lahi ni?

Sebaik saja covid-19 tercetus, keluarlah bermacam-macam teori. Antara yang sangat popular adalah teori konspirasi yang kononnya, wabak ni berpunca dari sebuah makmal rahsia kerajaan negara China.

Menurut teori konspirasi tu, kononnya virus telah terlepas keluar dari makmal di Wuhan lalu berjangkit kepada manusia dan akhirnya jadi tak terkawal.

Pencetus teori tu nak tuduh negara China sedang berusaha bina senjata biologi la kot. Depa tuduh salah satu senjata virus yang China dok kaji adalah virus corona ni. Tapi malangnya terbocor keluar, merebak lalu pecah rahsia.

Saya pernah dengar orang cakap dan ada terbaca juga dari berbagai penulisan konspirasi berkenaan teori tersebut. Nak percaya tak ada bukti yang meyakinkan, hanya kutip sana sini dan relate sebagai satu cerita. Kalau betulpun, takkan China nak biarkan dunia tahu pasal perkara tu.

Rombongan penyiasat WHO ke China

Bila negara China benarkan rombongan para saintis dan pengkaji masuk ke sana untuk buat siasatan mencari punca virus itu, saya nampak ada keterbukaan negara kuasa ekonomi dunia untuk berikan kerjasama.

Setelah berbulan buat siasatan, akhirnya WHO dapat maklumat lengkap bagaimana virus itu merebak sampai jadi wabak.

Mereka masih belum keluarkan laporan penuh dan rasmi lagi. Saya dapat berita ni bila baca dari portal NPR yang anda boleh pergi baca kat sini.

Salah seorang ahli kumpulan siasatan berikan maklumat ringkas berkenaan penemuan mereka. Dr Peter Daszak, seorang ahli ekologi penyakit beritahu bahawa punca virus datang dari ladang binatang liar eksotik di wilayah Selatan China.

Dalam siasatan, mereka dapati ladang hidupan liar tersebut menjadi pembekal haiwan eksotik kepada pasar borong basah di Huanan di mana berlakunya kes awal covid-19.

Ladang binatang liar di Selatan China

Bagaimana boleh wujudnya ladang ternakan binatang liar di Selatan China tersebut?

Menurut laporan dari NPR, negara Cina galakkan penduduk di Selatan China untuk menternak haiwan liar. Mereka mahu penduduk di situ jadikan usaha ternakan tu sebagai sumber pendapatan. Ini merupakan projek besar kerajaan China yang nampaknya berjaya.

Ia menjadi satu industri yang menjana dalam USD17 billion pendapatan!

Industri tu juga berikan peluang pekerjaan kepada 14 juta rakyat China di Selatan sana untuk bekerja di ladang ternakan binatang liar yang tumbuh banyak di situ. 

Hebat betul industri tu. Niat negara China usahakan projek keluar dari kemiskinan pada rakyatnya di sana nampaknya berhasil. Tapi malangnya tak kekal lama bila tercetusnya wabak covid-19.

Bagaimana Virus Corona sampai kepada manusia

Secara umumnya para saintis setuju bahawa virus corona ni asalnya ada pada kelawar. Dari situ virus tersebut meloncat masuk kepada manusia. Tapi tak masuk secara terus.

Virus tersebut berjangkit dahulu kepada binatang lain seperti Tenggiling dan musang yang diketahui ada bawa virus corona. Semua binatang liar tersebut memang ada dipelihara dalam ladang tersebut.

Secara teori macam mana mereka kaitkan proses loncatan virus tu adalah begini. Saintis temui virus yang secara genetiknya 96% sama dengan  SARS-CoV-2, yang mencetuskan penyakit covid-19 kepada manusia.

Mereka jumpa pada kelawar di selatan negara China daerah Yunnan. Ladang binatang liar yang boleh bawa virus itu juga ada di daerah yang sama. Jadi sangat logik proses loncatan dari kelawar pergi kepada binatang liar yang akhirnya dibekalkan kepada pasar borong di Huanan.

Saintis negara China pada awalnya menyiasat kes masalah kesihatan misteri yang kelihatan seperti masalah keradangan paru-paru pada orang ramai di pasar Huanan. Penyakit itu merebak dengan pantas yang membawa kepada arahan tutup pasar borong itu dalam dengan kadar segera pada 31 Dec 2019.

Kemudiannya kerajaan negeri China arahkan agar semua ladang ternakan binatang liar di daerah Yunan selatan China itu ditutup. Arahan terperinci juga diberikan kepada para penternak bagaimana cara untuk hapuskan semua ternakan dengan betul supaya virus itu tidak merebak.

Semua itu adalah ringkasan cerita bagaimana penemuan siasatan para saintis yang dihantar WHO ke China. Kita tunggu laporan penuh dari mereka hasil dari semua siatan tersebut.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, WHO dah tahu dari mana punca datangnya wabak penyakit covid-19 berdasarkan siasatan di China

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. tak kisahlah berasal dari mana, tapi kenalah ajar sikit mereka ni walaupun bukan "muslim" jangan semua benda, binatang nak dilahap. Ada binatang haram ada binatang memudaratkan untuk dimakan. kena ada yang tegur dan ajar, kalau tak sampai bila masalah ni tak selesai.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !