Raya tahun lepas memang jadi sejarah seumur hidup. Tiada solat raya di masjid, tak balik kampung, tak ada ziarah rumah ke rumah. Pendek kata apa saja yang jadi amalan biasa ketika menyambut hari raya pertama 1 syawal, tak ada tahun lepas.
Semuanya buat kat dalam rumah sendiri saja. Masak kuih muih lepat dan rendang sendiri dan makan sesama sendiri sesama anak anak dan isteri.
Solat raya juga buat kat ruang tamu depan TV. Saya jadi imam dan semua yang lain ikut kat belakang. Ambil sunat solat 2 rakaat sahaja tanpa ada khutbah rayapun. Lepas selesai solat, salam dan bermaafan. Sekejap saja dah selesai salam satu keluarga.
Lepas tu pergi duduk makan kat meja.
Beli baju raya online di Shopee
Ketika berpuasa tahun lepas, baju raya hanya beli dari shopee saja. Anak-anak lebih bijak bab beli online ni. Mereka dah siap tunjuk mana satu baju yang mereka mahu. Semuanya jadi sangat mudah.
Buat pilihan tema warna. Kemudian mula beli baju melayu dan baju kurung pilihan masing-masing. Anak-anak ukur betul-betul saiz yang betul pada badan mereka untuk pastikan tak salah beli.
Bila dah pasti semua itu, saya yang buat pembelian dan buat pembayaran. Selesai!
Tak perlu buat apa-apa lagi selain dari tunggu barang sampai dihantar di depan pintu rumah.
Rasa lega, Tuhan saja yang tahu!
Tak payah nak ronda pusing sana pusing sini. Pilih itu dan ini. Kemudian nak cuba pakai dulu satu persatu. Semua itu amat meletihkan. Biasanya proses untuk selesaikan beli baju raya secara fizikal di pasaraya akan ambil masa 4 ke 5 jam!
Semua itu tak perlu dilalui bila beli baju raya secara online.
Cari baju raya di Bangi Sentral
Tahun ni agak longgar sikit. Boleh jalan-jalan sekitar Selangor. Jadi saya ajak semua pergi beli baju raya di Kompleks Masalam Shah Alam saja. Sebelum ramadan hari tu tengok ada satu kedai yang dah tawarkan banyak pakaian sempena sambutan raya nanti.
Orang rumah rasa tak berapa best bila dengar nak ke kedai tu. "Tak best, tak banyak pilihan .." katanya.
"Kalau dapat pi Bangi Sentral lagi bagus. Macam-macam ada situ .. " Tambahnya lagi.
Saya diam saja. Dok pertimbangkan samada nak cuba ke Bangi atau tidak. Dah banyak kali dia sebut pasal hebatnya bangi Sentral tu. Adiknya selalu pergi beli baju raya kat sana. Banyak pilihan. Macam-macam kedai ada.
"Semua pakaian yang kita beli dari shopee tahun lepas tu, dari kedai kat Bangi Sentral tulah!", tambah orang rumah lagi. Nak yakinkan lagi agar saya pergi ke Bangi Sentral.
Bila semua dah masuk ke dalam kereta dan bergerak, saya buat keputusan untuk cuba cari baju raya kat bangi Sentral sana. Buka waze dan terus ikut arahan saja.
Apa salahnya sekali sekala susahkan diri sikit. Yang best adalah proses nak beli baju raya tu. Jadi biarlah ada udaha sikit baru terasa lebih bermakna. Itulah yang saya fikirkan dalam kepala untuk pujuk diri.
Bangi Sentral tak seindah gambaran
Tak lama kemudian kami sekeluarga sampai di Bangi Sentral. Bermulalah cabaran pertama. Kena cari ruang parkir. Saya masuk ke kawasan tu pusing dan pusing sampai sudah tak satupun runag kosong. kalau dilihat secara kasar macam tak ramai sangat orang sekitar Bangi Sentral tu, tapi ruang parkir memang penuh.
Saya keluar dari kawasan itu dan pergi ke kawasan bersebelahan. Jauh sikit tak apa. Boleh jalan kaki saja.
Keputusan itu memang tepat betul. Kawasan sebelah masih banyak ruang kosong. Bukannya jauh sangat nak kena jalan kaki ke tempat berkumpulnya berbagai busana fesyen raya di sebelah sana. Jadi kami satu keluarga pun jalan kaki menuju ke kedai pilihan.
Bila sampai situ, baru tahu yang kesemua kedai itu adalah dalam bangunan atau premis yang berasingan. Ia merupakan lot-lot kedai yang dimiliki oleh peniaga secara persendirian. Bukan macam pasaraya.
Isteri saya yang nak sangat ke sana rupanya tak ada idea lansung keadaan Bangi Sentral tu. Dia juga tak tahu syarikat mana satu yang patut dia masuk untuk cari baju raya. Bila saya tanya macam mana nak buat, dia kata kena masuk satu persatu untuk cari.
Oleh kerana dah sampai, saya nak pastikan misi terlaksana juga. Jadi saya setuju untuk masuk dan keluar dari satu kedai ke satu kedai. Dah berpintu-pintu masuk dan keluar masih tak jumpa pilihan hati lagi, akhirnya mereka sendiri yang gibab.
Memang saya sendiri rasa patut gibab pun. Konsep kedai jual baju saya sebegitu sangat tak sesuai buat mereka yang datang tanpa tetapkan dari awal kedai atau jenama mana satu yang nak di beli. Nak tengok dulu satu persatu, alamat lembik sampai buka puasa lah jawabnya.
Bazar Raya Kompleks PKNS Shah Alam
Setelah habiskan masa lebih 2 jam kat situ, akhirnya kami masuk semula dalam kereta menuju ke Shah Alam.
"Jom kita pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam saja", syor saya sambil mula bergerak keluar dari kawasan bangi Sentral tu.
Letih memanglah letih. Rasa nak marah juga. Tapi saya rasa bagus juga pengalaman itu. Bolehlah semua orang belajar betapa cerita atau gambaran yang kita bina dalam kepala biasanya jauh meleset dari keadaan sebenar bila sampai.
Paling penting, lepas ni tentu orang rumah tak akan ajak pergi ke bangi Sentral lagi.
Ringkaskan cerita, kami pun habiskan masa lagi 3 ke 4 jam dalam Kompleks PKNS Shah Alam tu. Orang ramai juga tapi masih terkawal dan tidak berhimpit sangat seperti masa-masa yang lalu. Walaupun hari tu hari sabtu, pengunjung masih dalam kawalan.
Orang yang datang nak beli juadah buka puasa kat luar sebelah komplek tu jauh lebih ramai. Beratur panjang untuk masuk ke gerai makanan kat dalam tu. Malas masak sendiri lah tu agaknya.
Tepat pukul 6.30 petang kami bergerak untuk balik ke rumah. Nak kena kejar laju sebab masih belum tunaikan solat asar. Misi terlaksana untuk lelaki saja kali ini walaupun habis satu hari sabtu tu untuk selesaikan isu baju raya. Pakaian orang rumah dan anak perempuan bongsu masih tak berjaya dibeli lagi ..
Nampaknya nak kena peruntukkan satu hari lagi sebelum habis ramadan ni.
Raya tahun ni masih samar-samar samada pergerakan lintas sempadan akan dibenarkan atau tidak macam tahun lalu. kalau masih tutup, alamat raya kat rumah sendiri saja lah. Duduk kat meja makan sambil zoom dengan semua keluarga abang-abang dan adik beradik yang lain kat rumah masing-masing dikampung
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !