Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 April 2021

Pengalaman beli jam tangan tahan lasak Casio G-SHOCK DW-5600MS-1 dari Lazada

  Ano Nyme       23 April 2021


Dah banyak jam tangan yang saya belikan untuk anak-anak. Paling kerap kena beli adalah jam tangan untuk anak-anak lelaki. Macam-macam jadi pada jam tangan mereka.

Ada masanya hilang, tertinggal kat tempat ambil wuduk ketika singgah solat di RnR atau kat Masjid. Leka tak teringat bila sambung perjalanan semula. Bila teringat dan terlalu jauh untuk patah balik.

Paling kerap berlaku adalah, jam tangan rosak. Kalau masih dalam warranty, boleh bawa semula ke kedai untuk dibaiki. Tapi kalau dah habis tempoh jaminan tu,tak berbaloi untuk baiki. Lebih baik beli yang baru sahaja.

Jam tangan rosak lagi

Jam tangan anak lelaki saya rosak lagi kali ni. Ni kali yang kedua dia beritahu ada kerosakan. Kali ni tangan penunjuk minit jam tu terkehel longgar. 

Dia tunjukkan minta saya tengok samada boleh dibaiki atau tidak. Saya kata lupakan saja. Tak berbaloi untuk habiskan masa, keluarkan duit lagi sekali. 

Oleh sebab dia nak kena ambil periksa SPM hari tu, maka saya janji untuk carikan padanya jam baru.

Jam tangan paling lasak

Perkara pertama yang saya terfikir bila nak beli jam tangan baru untuk dia kali ni adalah jam tangan lasak. Dah tak boleh main beli ikut yang berkenan di hati saja.

Biasanya bila nak beli, dia akan tunjukkan ikut selera kesukaannya. Tapi kali ni dah tak boleh. Dia kena ikut apa yang saya tentukan.

Perkara pertama yang saya buat adalah tanya google. Saya buat carian jam tangan paling lasak yang ada di pasaran. Mulanya saya buat secara umum saja. Nak tengok apa senarai yang google cadangkan. Saya fikir tentu google akan syorkan jam tangan yang mahal harganya.

Keluar senarai beberapa review yang dibuat oleh blog yang fokus terhadap jam tangan dan saya baca satu persatu untuk cari idea nak beli jam tangan anak. Kali ni memang kena cari yang paling lasak ada kat pasaran.

Senarai jam tangan lasak yang disyorkan oleh ramai kaki review adalah jam tangan Casio G-SHOCK DW-5600E. Jam ni campak dari atas rumah jatuhkan ke lantai pun tak apa. Bawa pergi main dalam lumpur, atas padang masuk jeram atau apa saja, insyaallah tak ada masalah.

Itulah yang dikongsikan dalam review yang saya tonton kat dalam youtube.

Dalam kesemua cadangan, jam tersebut adalah yang paling murah berbanding jam tangan jenama yang lain. Bukan setakat paling murah. Jam tangan tu memang sangat murahpun.

Sesuai sangat untuk saya belikan pada anak-anak yang memang sangat lasak. Lasak dan murah. Apa lagi yang lebih sesuai dari itu?

Jadi saya tak fikir panjang, terus saja cari kat Lazada model Casio G-SHOCK DW-5600E.

Beli Casio G-SHOCK DW-5600E-1

Bila taip jenama dan model tersebut, memang ada ramai seller. Terpaksa lah baca satu persatu, komen pembeli pulak. Tengok berapa ramai dah beli dan berapa star yang diberikan kepada penjual tersebut. 

Bila dah rasa puas hati dan yakin, saya pilih satu seller yang harganya bagus dan mendapat sambutan dari ramai bekas pembelinya. Rating starnya juga bagus. Jadi saya buat pembayaran dan tunggu jam tangan tu datang.

Untuk pembelian pertama saya buat hujung tahun lepas. Ambil masa sedikit sebab masih kelam kabut dengan covid-19. Peperiksaan SPM asyik tangguh dan tangguh. Kesian kat anak-anak sampai terus tak terasa takut lagi dah pada SPM.

Akhirnya jam tu sampai dan selamat diberikan untuk dipakai oleh anak lelaki saya. 

Mulanya dia rasa macam bukan citarasanya. Jadi nampak macam dia tak berapa berkenan. Biasanya dia lebih suka jam tangan biasa yang ada jarum berdetik. Tak suka dengan jenis digital katanya.

Mungkin dia terpengaruh dengan saya yang suka jam automatik saja. Tapi biasalah mahal. takkan saya nak belikan pada anak-anak semua jam automatik.

Saya yakinkan dia jam tu masuk dalam senarai rekod genius jam paling lasak. Bukan calang-calang casio tu. Sesuailah dengan dia yang asyik rosakkan jam saja. Semua aktiviti lasak dia sekarang boleh pakai jam tu sebab tak ada masalah lagi takut pecah atau tak berfungsi.

Lama kelamaan, bila selalu pakai dia mula nampak selesa. Bagi saya memang jam tu sangat simple. tak kecal dan tak besar. Mudah dan cantik bagi yang minat perkara ringkas.

Adik juga nak macam tu

Baru-baru ni, adik lelaki dia pula dok asyik puji cantik jam tangan abang dia. Puji ada makna tu. Akhirnya dia juga beritahu teringin jam tangan macam itu juga satu. Sama macam abang dia, jam tangan yang dia ada dah putus rosak.

Dia berkenan jam tangan macam abang juga.

Ternyata cubaan saya untuk pengaruhi anak-anak suka pada jam tangan yang praktikal, berfungsi dengan baik dan paling penting lasak, sudah berjaya.

Saya terus beli satu lagi dari seller yang sama juga kat Lazada.

Kali ni tak lama. Hari ni saya buat pembayaran, esok barang dah sampai. Saya buka dan semuanya dalam keadaan baik. Bungkusan juga sempurna dan kad warranty semuanya diberikan sekali.

Cuma model ang saya pilih berlainan sikit dari yang pertama tadi. Tapi masih dalam siri DW-5600 juga. Dengan rupa klasik simple dan berkonsepkan tahan lasak. kali ni saya beli model seperti kat tajuk atas tu.

Betul macam kata seorang pembuat review yang saya baca tempoh hari. jam tangan casio G-Shock ni sebenarnya berhantu. Sekali kita dah beli sebiji. Kita akan telajak beli dan beli sebiji demi sebiji. 

nampak macam dah nak jadi kat saya sendiri. 

Dalam senarai stand-by kat lazada tu saja dah reserve 3 buah yang masing-masing sangat menarik untuk dibeli dan dijadikan koleksi. Ini salah satu jam yang masuk dalam senarai yang rasa macam berkenan kat Lazada tu.



Saya perlu bertahan dulu dari membelinya sampai datang satu alasan yang kukuh untuk buat pembayaran dan tunggu barang sampai. 

Rasanya mungkin boleh berikan syarat kalau dapat semua bayaran kerja yang dah banyak tak terbayar sejak tahun lepas, boleh raikan dengan beli jam.

Bagi yang nak cuba satu jam tangan tu, saya berikan link kat sini untuk try beli satu

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pengalaman beli jam tangan tahan lasak Casio G-SHOCK DW-5600MS-1 dari Lazada

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !