Akaun wasap kawan saya baru kena godam. Patutlah dia sepi tak update satu bendapun macam biasa kat grup wasap kami.
Biasanya, dia yang paling aktif menulis dan kongsikan macam-macam benda kat grup wasap tu. Kadang kala kuliah agama. Ada masanya nasihat kejayaan. Paling kerap doa mustajab hari jumaat dan kata-kata hikmat orang yang terkenal.
Mulanya rasa lega la jugak. Tak ada lagi nasihat itu ini begitu begini yang dah jadi satu budaya orang ramai semenjak dapat peluang bercakap dan menulis di media sosial ni. Dah jadi satu lambakan berlebihan dengan seribu satu nasihat dan pendapat.
Betul kata orang tua-tua. Bila benda mudah di dapati, ianya mula jadi tidak bernilai lagi. Macam semua kata nasihat, kuliah agama, panduan berjaya, bahagia dan lain-lain yang bersepah-sepah masuk bersimpang siur dalam semua media sosial yang ada di telefon pintar anda.
Tapi bila dah diam seribu bahasa tak macam biasa, terasa ada yang tak kena.
Tak lama kemudian dia kongsikan dalam grup telegram yang paling tak aktif berkenaan akaun wasapnya yang telah di godam. Berikut perkongsian macam mana dia kena.
Macam mana akaun wasap kena godam
Peringatan Tentang Whatsapp Yang Kena Godam Dari Mangsa Sendiri.
- Jika terima panggilan dari nombor yang tak dikenali, jangan angkat.
- Jika mereka tinggalkan Pesanan Suara (Voice Message) dari nombor yang tak dikenali terutama nombor luar negara. terus delete Pesanan Suara.
- Saya menerima banyak kali nombor dari luar negara pada 15 Mei, pada awal pagi seawal 6 pagi bertubi-tubi tapi saya tak angkat.
- Tapi bila ada Voice Message saya dengar ada suara arahan seperti Call Centre bersuara Indonesia. Walaupun saya terus tekan “Delete” hanya berberapa saat saya dengar,selepas berberapa minit Whasapp saya terus tak boleh digunakan.
- Saya buat laporan kepada WA Admin melalui email support@whatsapp.com dan letakkan bawah tajuk “Lost & Stolen.”
- Selain itu akan ada SMS dan WA yang pohon anda berikan Kod WA dan nombor WA atau SMS ini akan anda dapati dari salah seorang kenalan anda yang nombor beliau sudah anda “Saved” dalam senarai “Contacts”. Ini kerana nombor kenalan anda juga sudah digodam.
- Abaikan segala message SMS atau WA yang anda terima dan jangan kongsikan kepada sesiapa.
- WA saya masih belum boleh digunakan sehingga hari ini dan berharap agar esok (Sabtu) atau lusa (Ahad), WA kembali pulih insyAllah.
- Sila uar-uar kan pada kenalan atau keluarga anda agar tidak terkena dengan Scam dan Hacker ini.
Azad Jasmi.
Elak akaun WhatsApp dari digodam
Bila saya semak dengan buat carian maklumat berkenaan akaun whatsapp kena godam, rupanya memang kes itu tengah aktif sekarang ni. Dah ramai yang kena dan akibatnya, penjenayah siber gunakan akaun tersebut untuk curi duit dari kawan-kawan yang akaun wasapnya kena godam.
Macam-macam cara orang nak cari duit mudah sekarang. Macam tak ada lansung perasaan bersalah merancang buat jahat untuk kenakan dan susahkan hidup orang lain. Pelik juga cara manusia bermasalah ni menggunakan akal rasionalnya ya?
Untuk pastikan akaun anda susah nak kena godam, paling utama yang anda perlu buat sekarang juga adalah activate atau enable semakan 2 peringkat dilakukan jika anda nak tukar nombor telefon pada akaun whatsapp anda sekarang.
Caranya mudah sahaja.
Pergi ke aplikasi WhatsApp anda sekarang. Tekan Setting > Account > Two-Step Verification dan tekan Enable.
Dari situ anda diminta masukkan 6 digit nombor PIN. Kemudian masukkan e-mail anda dan dah siap.
Lepas ni, kalau ada yang cuba godam akaun wasap anda, dia kena buat kerja lebih sikit untuk verfikasi dua langkah tersebut. Hanya anda saja yang dapat lakukannya.
Namun begitu, penjenayah ni banyak pengalaman nak buat jahat. Memang kerja dia adalah cuba pintu keselamatan yang orang kunci. Bila banyak kali cuba tanpa jemu akhirnya akan tiba macanya dia bertemu dengan pengguna yang leka.
Doakanlah anda dan saya tak termasuk dalam golongan mereka yang leka itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !