Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 May 2021

Jangan balik kampung lah lancau - Jangan cetuskan kluster baru di kampung .. !

  Ano Nyme       29 May 2021


Entah siapa punya gerangan yang susah payah buat poster yang comel tertulis .. "Jangan balik kampung lah lancau - Jangan cetuskan kluster baru di kampung".

Saya terima poster tu dalam grup wasap kawan-kawan yang rancak bincang pasal keputusan kerajaan untuk buat satu lagi total lockdown bermula selasa nanti, 1 Jun 1968.

[Kemaskini: Dah dapat tahu empunya banner di bawah ni. Dibuat oleh Fahmi Reza ada kat twitter. Ini dia pautannya .. ]

PKP demi PKP dengan berbagai versi dari tahun lepas telah hancurkan semua aktiviti dan usaha kawan-kawan cari makan. Rata-ratanya terlibat dalam bidang yang memerlukan pertemuan fizikal dan berkumpul.

Bila PKP, semua aktiviti itu tertangguh. Dah banyak kali dijadualkan semula oleh pihak yang empunya projek. Kontrak dan dapat, kos persediaan dah banyak habis, tapi tak boleh nak claim sebab kerja baru suku dari keseluruhan projek.

Lockdown kali ini macam ,,, 'dah luka, garam pula ditenyeh!'.

Lalu keluar poster yang melancaukan orang ramai yang berpusu-pusu berbaris panjang dalam kenderaan di gombak. Marah benar bunyi seruan dalam poster tersebut.

Jem di tol gombak pagi sabtu

Bila cari maklumat, saya dapati memang betul ada kejadian jem sepanjang 2 kilometer menuju ke tol gombak. Kenderaan beratur menunggu giliran pemeriksaan polis sebelum dilepaskan perjalanan mereka.

Ramai juga yang kongsikan kat media sosial.

Andaian yang dibuat adalah kononnya mereka yang ramai-ramai beratur tu sebab nak lari balik kampung sebelum negara hadapi total lockdown selasa nanti.

Mungkin sebab itu ada netizen yang murka parah. Rasa tertekan terhadap sikap sesetengah warga negara yang degil tak sama-sama berikan komitmen bendung wabak covid 19 yang makin parah.

Dah tentu rasanya, orang yang buat poster tu salah seorang dari warga negara yang taat pada apa saja SOP yang dikenakan. Tetiba ada orang yang sengaja tak patuh arahan. Saya boleh faham keadaan kawan-kawan yang jadi macam tu.

Ramai yang dah hadapi tekanan emosi berat disebabkan rasa keliru dengan apa yang bakal berlaku esok hari. Lebih teruk lagi bila tak ada sesiapa yang dapat jangkakan apa akan berlaku lagi.

Kerajaan macam tak mampu tangani wabak ini. Tak dapat tenangkan keadaan supaya rakyat boleh jangkakan sesuatu yang lebih jelas di depan sana. Manusia memang tak suka kepada perkara yang tak pasti. Ia satu penyiksaan sebenarnya.

Majoriti besar balik ada permit

Bila baca laporan dalam the star, saya dapati hampir kesemua yang beratur panjang nak balik tu memang ada permit yang sah. Masing-masing ada surat kebenaran polis yang dah disahkan.

hanya beberapa kes saja yang diarahkan berpatah balik sebab gagal berikan surat sokongan yang memuaskan hati polis yang memeriksanya.

Yang lain semuanya ada urusan kerja. Ada juga yang balik nak jumpa pasangan yang tinggal jarak jauh. Semua itu dibenarkan.

Jadi, tak ada masalah sangat lah sebenarnya. Bukan aksi gila segolongan warga negara yang ambil kesempatan lari balik kampung rupanya.

Saya boleh rumuskan netizen dah fed-up dan harapkan semua keadaan kembali pulih seperti sedia kala atau paling kurang, terkawal. Dan bukan saban hari terkejut melihat kenaikan angka-angka seram kematian dan jangkitan covid 19.

Walau bagaimana pun, seeloknya keluar rumah atau travel perlulah dijadikan pilihan paling akhir samada ada kebenaran atau tidak. Duduk saja kat rumah dan tunggu. Itu saja senjata yang kita ada yang paling berkesan.

Nak harap aktiviti vaksin selesai dalam masa terdekat ni memang satu angan-angan disiang harilah. Tak akan berlaku jika proses berterusan macam ni.

Segera pantaskan suntikan vaksin

Laporan sebelum ni kat Kelantan, lebih 10 ribu kencing tak hadirkan diri untuk suntikan. Saya yakin di semua tempat berlaku keadaan yang sama. Majoritinya adalah orang Melayu yang tak mau suntikan vaksin.

Macam-macam benda depa percaya sampai akhirnya ambil keputusan vaksin tu adalah perangkap untuk manusia. Vaksin adalah satu usaha dajal kotorkan iman mereka yang suci. Kes terbaru yang viral adalah adanya babi pulak dalam bahan vaksin tu.

Babi bukan benda main-main bagi orang melayu.

Fatwa semua majlis alim ulama kat satu malaysiapun tak mampu nak buang fobia orang melayu yang lebih banyak pakai emosi dari akal waras. Kebulur tak ada makanan selain babi pun belum tentu orang melayu akan makan babi tu. Kalau cuba masukkan ke mulut, belum sempat kunyah tentu dah muntah balik.

Tapi nak buat camna. Memang itulah yang selalu para ustaz pesan. Bab agama ni tak boleh pakai akal logik. Dan ramailah orang Melayu yang dengan rela ikut. Pakai emosi yakin dan amalkan saja. Mana yang dah diserap sejak kecil, itulah yang betul. Itulah yang tok nek amalkan. Perlu dipertahankan dan turun pula kepada cucu cicit di bawah nanti.

Bila dah jadi macam tu, kenapa kerajaan tidak segera buka saja kaunter vaksin secara bebas. Buat banyak pusat vaksin dan biarkan orang ramai pergi walk in. Samada berjalan kaki atau drive thru.

Pantaskan saja proses pemvaksinan dan buat seramai mungkin sehinggalah akhirnya tinggal puak anti vaksin saja. Masa tu baru fikirkan nak buat apa dengan geng anti vaksin ni. Boleh dipulaukan saja pada satu tempat atau hadkan perjalanan mereka samada ke pusat beli belah atau keluar sempadan.

Dalam masa sama, buka juga proses vaksin ini kepada pihak swasta. Tak perlu kerajaan saja yang kawal aktiviti vaksin ni. Bagi mereka import secara direct dan bukannya melalui menteri. Kawal kemasukan nanti. Pihak kastam boleh check semua dokumen asalkan ianya diluluskan oleh KKM, lepas saja.

Harga vaksin bukannya mahal sangat. Pihak swasta boleh buat semua itu dan rakyat boleh bandingkan harga yang kerajaan beli berbanding harga yang pihak swasta beli. Barulah telus dan tak berlaku satu lagi projek belasah duit rakyat untuk kayakan golongan elite di Malaysia ni.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jangan balik kampung lah lancau - Jangan cetuskan kluster baru di kampung .. !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !