Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 May 2021

Mana lebih bagus antara berbuka di buffet ramadan dengan berbuka puasa di rumah

  Ano Nyme       07 May 2021

Hari rabu baru-baru ini, saya bergerak dari Cyberjaya menuju ke Shah Alam. Pakai Waze untuk bawa ke tempat buka puasa yang pejabat telah aturkan seminggu sebelum itu.

Hujan lebat, kenderaan sesak di merata tempat. Samada disebabkan hujan atau sebab ramai yang ambil peluang terakhir untuk berbuka kat luar, saya tak pasti. Hari rabu, 5 May 2021 merupakan hari akhir sebelum PKP di kuat kuasakan sekali lagi di Selangor.

Jam dah tunjuk pukul 7.30 malam. Magrib dah masuk dan dah boleh buka puasa. Tapi saya masih duduk depan steering terhegeh-hegeh menuju ke Shah Alam. Tak ada apa bekalan yang boleh saya jadikan makanan atau minuman berbuka.

Tak sangka pulak akan jadi macam tu. Sebab itu tak stand-by apa-apa dalam kenderaan tu.

Dalam otak terbayangkan makanan dan minuman sedap atas meja kat rumah. Petang tadi sempat singgah kat rumah ambil barang. Pergi jenguk apa yang isteri masak satu persatu. Terliur pulak bila membayangkannya.

Hampir pukul 8 baru sampai ke destinasi. Ramai juga orang lain yang turut sama sampai lewat.

Setelah parkir kereta, saya terus keluar menuju ke dewan buffet ramadan dalam keadaan hujan masih turun. Bila lalu di depan menuju ke pintu masuk, kelihatan ramai yang duduk kat luar tu sedang hisap rokok. Kaki rokok memang macam tu. Basahkan tekak sikit dan jamah satu dua makanan, terus bergegas keluar untuk cucuh rokok.

Meja kami betul-betul sebelah kaunter pendaftaran. Jadi tak susah sangat untuk masuk dan duduk. Saya ambil buah, kurma dan air. Duduk dan mula menjamah perlahan-lahan. Lega rasanya!

Surau disediakan di situ. Boleh bergilir masuk untuk tunaikan solat magrib. Jadi tak ada masalah sangat untuk tunaikan kewajiban sebagai seorang muslim walaupun makan dalam dewa buffet yang ramai orang. Cuma tidaklah selesa macam kat rumah jika bersolat di situ. Tidak juga selesa macam kat surau atau masjid.

Banyak makanan di buffet ramadan


Buffet ramadan yang ditempah tu kenakan bayaran RM69 untuk satu orang. Dengan jumlah itu, anda boleh duduk makan sampai lepas insya sebanyak mana yang anda mahukan.

Macam-macam makanan disediakan. Nasi, lauk pauk, daging kambing, ais kacang, aiskrim, ayam goreng, salad, spagethi, kuih-muih, gulai, masak lemak, rendang .. banyak lagi yang saya sendiri tak sempat pergi tengok pun.

Mustahil dengan perut kecil, penuh angin sejak siang tadi, untuk sumbat dengan berbagai jenis makanan dan minuman ketika berbuka puasa. Saya yakin ramai orang macam saya. Tak boleh makan banyak sebab kena tendang dek angin dalam perut tu ketika berbuka.

Jadi RM69 yang dibayar itu kalau dikira betul-betul memang berlebihan berbanding makanan yang mampu diambil oleh setiap orang yang berkunjung ke buffet ramadan tu. Kalau tempat lain yang kenakan bayaran yang lebih tinggi, lebih merugikan orang yang membayarnya.

Banyak makanan sebenarnya lansung tidak ada ertinya buat orang berbuka puasa. Tapi itulah alasan untuk kenakan bayaran mahal pada setiap buffet ramadan yang anda pergi. Lagi banayak pilihan, lagi mahal harganya.

Kalau ikutkan saya, memang lansung tak setuju berbuka di buffet ramadan. Ianya hanya satu pembaziran sahaja.

Tapi susah untuk lawan kebiasaan. Kalau tak buat, nanti staff kata kedekut dan tak raikan mereka pulak. Maka setuju sajalah buat juga majlis berbuka untuk semua. Tapi malam tu hampir separuh staff tak hadirkan diri lansung. Ternyata satu pembaziran yang mampu buatkan diri rasa mengigil. 

Sabar sajalah. Mungkin itu kali akhir untuk syarikat adakan sebarang majlis berbuka puasa secara buffet selepas ini. Tahun yang akan datang perlu semak semula dan cari pendekatan lain untuk raikan staff.

Apa tujuan buffet ramadan


Saya terfikir apa sebenarnya tujuan di adakan buffet ramadan sebegitu. Tahun lepas sama juga keadaannya ketika menghadiri buffet ramadan.

Penuh sesak dengan orang ramai. Paling rimas adalah adanya hiburan musik dan nyanyian serta ada DJ yang menghiburkan dan menceriakan suasana.

Bila masuk ke dalam dewa buffet tu, terasa sangat bingit. Dengan bunyi perbualan orang ramai yang terpaksa menjerit untuk berbual sesama mereka. Apatah lagi dengan hiburan musik dan lagi yang kononnya nak ceriakan keadaan, tapi sebaliknya merimaskan perasaan.

Jadi apa tujuan sebenarnya pergi buffet ramadan tu?

Nak dikatakan untuk eratkan hubungan sesama ahli keluarga atau ahli pekerja memang tidak berlaku lansung. Nak berbual tak boleh sebab rasa tak selesa dengan suasana bingit. Jadi bangun ambil makanan, bawa ke meja dan suap sajalah.

Saya nampak semua orang buat macam tu. Perbualan jadi tidak mesra seolah-olah satu lakonan sahaja. Semua tunggu masa saja untuk balik semula ke rumah. 

Buffet ramadan hanyalah satu pembaziran dan membuang masa tanpa ada faedah yang besar untuk mereka yang berkunjung ke sana. Itu saja yang boleh saya rumuskan.

Berbuka puasa kat rumah


Buffet ramadan lansung tak boleh lawan rasa selesa yang boleh dikecapi dengan berbuka di rumah bersama keluarga. Tiada bunyi bingit, tiada kelam kabut dan tiada aktiviti nak berebut.

Boleh berbual mesra, makan kurma dan air terlebih dahulu kemudian bangun tunaikan solat magrib ramai-ramai. Selesai slat duduk semula dan sambung makan. Biasanya makan berat sikit seperti nasi campur.

Biasanya saya akan sediakan salad dan buah-buahan untuk berbuka. Itu yang laing banyak masuk ke perut terlebih dahulu. Nasi atau makanan berat lain paling akhir akan disuap. Itupun hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Selepas selesai, kemas rumah dan boleh bersedia untuk solat insya dan tarawih pulak.

Alangkah selesanya!

Siapa agaknya yang memulakan amalan buffet ramadan ni saya tak tahu. Tapi ianya memang satu idea yang sangat buruk dan paling malang, ianya mendapat sambutan ramai terutamanya syarikat-syarikat perniagaan samada nak raikan staff atau pelanggan penting mereka.

Saya sangat yakin semua yang hadir, adalah dalam keadaan terpaksa ..
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mana lebih bagus antara berbuka di buffet ramadan dengan berbuka puasa di rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !