Hari ni terfikir nak tengok siapa menteri dan timbalan menteri Malaysia yang ada dalam senarai terkini. Kali akhir ambil tahu perkara ni adalah selepas kerajaan PH ditubuhkan dengan Tun Mahathir dilantik jadi Perdana Menteri.
Masa tu teruja nak tengok prestasi semua menteri yang telah dilantik. Terutamanya dari kalangan mereka yang sebelum ni duduk di kerusi pembangkang dalam satu tempoh yang sangat lama.
Bekas orang Umno yang ada dalam team Tun Mahathir memang tak payah nak tengok sangat dah sebab mereka memang ada pengalaman lama dalam memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.
Kerajaan tak sama macam pembangkang
Team yang dulunya pembangkang selama ini cakap deras, orang utara kata. Sembang dan kritik kerajaan, BN masa tu, sangat kencang bergetar bangunan Parlimen. Bergoyang pentas ceramah yang selama ini jadi pentas tunjukkan pandangan kritis mereka terhadap cara betul memerintah.
Menteri dari Amanah dan DAP paling teruja saya nak tengok. Nama seperti Khalid Samad, Mujahid, Salahuddin, Mat Sabu, Dr Zul, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Azmin Ali, M Kula dan lain-lain lagi sangat lama dah saya dok ikut kelantangan mereka menggegarkan berita negara selama ini.
Dari awal nampak benar ramai dari mereka yang pandai cakap saja tapi sebenarnya tak pandai tara manapun seperti yang dipamerkan selama ini. Semuanya hanyalah retorik semata atas nama politik tarik perhatian sahaja.
Puluhan tahun mereka bertempik dedahkan salah itu dan ini terhadap kerajaan BN buatkan rakyat taruh harapan yang sangat tinggi pada mereka. Dan semuanya terbongkar hampeh bila mereka tidak bersedia sebenarnya.
Nasib baik Tun M ada. Orang tua yang selama ini mereka serang sebagai Maha Firaun dan segala buruk tok nenek lagi yang terpaksa mereka rujuk dan belajar. Akhirnya jadi macam kerajaan yang Tun M ketuai dulu juga. Ikut cara lamanya saja tanpa ada prubahan drastik terhadap ekonomi dan pendidikan dan yang lain ikut dan cuba sesuaikan diri saja.
Yang meleleh air liur ialah Anwar Ibrahim. Tetap tak dapat jadi Perdana Menteri juga. Berjaya lepaskan dirinya dari penjara dengan proses pengampunan yang Tun M juga aturkan. Memang patutlah dia terhegeh-hegeh lontar batu sembunyi tangan cuba kocakkan posisi Perdana Menteri yang dipegang Tun M.
Ringkasnya, tak perlu lama untuk saya perhatikan prestasi mereka yang kebanyakannya mengecewakan, sekali dengan Tun M, dalam tempoh 22 bulan saja, gulung tikar. Lingkup habis kesemuanya angkara orang mereka sendiri juga, Azmin.
Kerajaan baru tak kenal menteri
Bila kerajaan sekarang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil alih, saya terus lupakan saja minat nak ambil tahu siapa yang jadi menteri apa. Selain dari muka lama yang tak berapa ramai, muka baru lansung saya tak pernah ambil peduli.
Harapannya jika mereka buat satu perubahan yang ketara, tentulah nama akan naik dan tak boleh tidak saya akan mula kenal mereka juga. Itulah yang saya cuba buat supaya lebih mudah untuk merasakan kelayakan mereka untuk diberikan perhatian.
Sama juga, malang rakyat Malaysia. Ramai namanya yang naik hanya disebabkan isu kenyataan yang biol dan tidak layak sebagai kenyataan Menteri. Ada juga nama naik sebab tiba-tiba jadi cantik macam ratu.
Dah tentu ada juga nama-nama yang kerap naik dan memberikan impak, macam Khairy dan Ismail Sabri. Berjaya juga tunjukkan mereka buat kerja dan cuba yang terbaik untuk uruskan masalah yang sedang dihadapi negara.
Dan yang paling ramai ialah mereka yang sampai sekarang saya tak ingat dan tak tahu dia buat apa sebab nama tak naik-naik.Mungkin mereka ingat bijak dengan duduk bawah katil diam-diam begitu dan hanya ambil duit gaji buta saja setiap bulan sampai habis tempoh.
Cara perlantikan yang ada sekarang nampak sangat jelas semata-mata untuk berikan jawatan, bersama dengannya dapat sedikit kuasa dan duit, sebagai balasan kepada MP yang menyokong kerajaan yang hidup segan mati tak mahu sekarang. Bukan atas dasar kelayakan sangat pun untuk berikan sumbangan yang baik buat transformasi keadaan negara.
Tengok macam Haji Hadi yang hentam Arab Saudi sebab mula mesra dengan negara Israel dan tak bantu Hamas baru-baru ini.
Sebagai Duta bertaraf menteri untuk hal ehwal Timur Tengah, dia sepatutnya berdiplomasi, dah namapun diplomat bukannya pi hentam macam tu. Tak payah bagi nampak sangat dia ada hubungan dengan rangkaian ikhwan muslimin yang pro hamas tu.
Dilantik atau tidak ke jawatan tu, Haji Hadi sedikitpun tak berikan apa-apa kebaikan pada negara dan rakyat. Cuma Muhyiddin Yassin saja yang risau takut Hadi tak sokong dia pulak. Sebab itu saya kata ada ramai perlantikan seumpama pembahagian harta perang saja.
Senarai Menteri terkini 2021
Tanpa berleter lagi, elok saya senarikan semua Menteri dan timbalan yang ada untuk tujuan ambil tahu dan dalam masa yang sama buat artikel ni untuk disimpan.
- YAB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN, Perdana Menteri
- YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, Menteri Kanan Pertahanan
- YB SENATOR TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ, Menteri Kewangan
- YB DATO' SRI HJ. FADILLAH BIN HAJI YUSOF. Menteri Kanan Kerja Raya
- YB SENATOR DATUK DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN, Menteri Kanan Pendidikan
- YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG, Menteri Pengangkutan
- YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
- YB DATO' SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN, Menteri Alam Sekitar Dan Air
- YB DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN, Menteri Sumber Manusia
- YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- YB DATUK SERI DR. NORAINI BINTI AHMAD, Menteri Pengajian Tinggi
- YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
- YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE, Menteri Pertanian dan Industri Makanan
- YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
- YB DATO' SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN, Menteri Dalam Negeri
- YB DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH, Menteri Komunikasi dan Multimedia
- YB DATUK HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF BIN AHMAD, Menteri Pembangunan Luar Bandar
- YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI ANNUAR BIN MUSA, Menteri Wilayah Persekutuan
- YB DATO' SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN, Menteri Belia dan Sukan
- YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH, Menteri Tenaga dan Sumber Asli
- YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, Menteri Luar Negeri
- YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
- YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE, Menteri Perpaduan Negara
- YB DATUK SERI DR. ADHAM BIN BABA, Menteri Kesihatan
- YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- YB DATO SRI DR. HJ. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- YB DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
- YB DATUK SERI TAKIYUDDIN BIN HASSAN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
- YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
- YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !