Sumber berita dan ringkasan dalam gambar ni dari Malay Mail |
15 haribulan Jun 2021 baru-baru ni Perdana Menteri umumkan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar dari kemelut Covid-19.
Ada 4 fasa dalam pelan tersebut. Peralihan dari satu fasa ke fasa berikutnya bergantung kepada 3 indikator berikut.
- Jumlah kes harian Covid-19
- Kapasiti sistem kesihatan awam
- Kadar vaksinasi yang dilakukan kepada rakyat
Kalau kena sasarannya. Memenuhi 3 indikator tersebut di atas, maka fasa berikutnya akan digerakkan.
Jom tengok perincian 4 fasa yang digariskan oleh kerajaan.
- Fasa 1 - Ini fasa yang kita semua sedang jalani. Kes covid-19 masih tinggi. Keupayaan sistem kesihatan awam dah di tahap kritikal dan jumlah rakyat yang divaksin masih rendah dan perlahan pergerakannya.
- Fasa 2 - Kerajaan akan laksanakan fasa ini jika jumlah kes di bawah 4000, jumlah rakyat yang diberikan vaksin mencapai 10% dan unit rawatan intensif berada dalam kategori sederhana. Kerajaan sasarkan tahap ini dicapai pada bulan julai depan.
- Fasa 3 - Kalau jumlah kes harian capai bawah 2000, jumlah yang divaksin hingga 2 dos capai 40% dan unit rawatan intensif capai level selesa. Fasa ini dijangka dapat dicapai pada bulan Ogos.
- Fasa 4 - Fasa ini berlaku bika jumlah kes di bawah 500 sehari, 60% dari jumlah rakyat divaksin dan tahap unit rawatan rapi berada dalam keadaan selamat. Dijangka tahap ini boleh dicapai pada bulan Oktober 2021 nanti. Semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan pada tahap ini. Pergerakan antara negeri juga akan dibenarkan di sini.
Keadaan kes covid-19 sekarang
Jika disemak keadaan kes berdasarkan laporan semalam, 22 Jun 2021, ada seramai 4,743 yang dijangkiti. Jumlah kes ICU masih tak ada perubahan sangat macam sebelum ini. Jumlah semalam adalah seramai 875 kes.
Baru dapat update jumlah kes hari ini 23 Jun 2021. Ada sebanyak 5,244 kes! naik semula melepasti angka 5 ribu. Sampai bila nak turun bawah 4 ribu kalau macam nih?
Jumlah rakyat yang sudah mendapat vaksin adalah seramai 4,574,685 orang. Kalau dikira jumlah rakyat Malaysia seramai 32.77 juta sekarang, menjadikan jumlah yang dah dapat vaksin adalah dalam 14%.
Jumlah yang dah dapat 2 kali suntikan vaksin saya tak tahu berapa sekarang. Angka kat atas itu adalah jumlah yang dah dapat satu suntikan vaksin.
Samada boleh masuk ke Fasa 2 atau tidak bulan depan bergantung kepada jumlah kes.
Dari angka yang anda boleh tengok sekarang nampak macam sukar nak turun jumlah kes di bawah 4 ribu.
Saya tengok aktiviti perniagaan di pasar pagi kat Puchong Perdana meriah macam tak ada PKP pun.
Bila semak dalam MySejahtera pada bahagian Hot Spot, jumlah kes yang dilaporkan di Punchong Perdana tu ada seramai 34 kes dalam tempoh 14 hari sebelum ini. Harap tak ada yang dijangkiti covid-19 pergi membeli kat pasar pagi di situ.
Bila Parlimen akan bersidang
Menurut PM, parlimen akan mula bersidang pada bulan September atau bulan Oktober nanti. Itu dia punya janji. Harap semuanya dapat berjalan lancar dan sidang parlimen dapat diadakan semula.
Sekarang semua keputusan dan perancangan ditentukan oleh kabinet saja tanpa ada semak dan imbang oleh para wakil rakyat di parlimen. Apa saja yang kabinet rasa betul, depa boleh buat saja.
Itu yang tak bagusnya kalau parlimen tidak bersidang.
Kita nak lihat semua menteri yang ada bentangkan apa langkah mereka untuk pulihkan semula negara. Paling penting adalah nak pulihkan keadaan ekonomi yang memang ramai dah hancur tak tahu nak mengadu kat siapa.
Satu lagi isu penting yang amat merisaukan adalah pendidikan.
Dah masuk tahun ke-2 anak-anak duduk kat rumah. Belajar secara online saja yang tak tahu samada berkesan atau tidak. Interaksi sesama kawan, sesama cikgu dan aktiviti lain sebagai manusia bersosial dah tak ada sejak tahun lepas lagi.
Apa nak jadi pada anak-anak tak tahulah.
Masa zaman tak ada covid-19 dulu, kalau akademik tak bagus di sekolah, tapi kokurikulum dan sukan ok, anak-anak masih banyak belajar untuk hidup bila habis sekolah nanti. Mereka masih dapat bina jaringan dan ilmu berinteraksi sesama kawan dan cikgu. Tapi semua itu dah hancur sekarang.
Saya baca komen Rafidah Aziz kat sini.
Dia kata PM tak ada buat pengumuman yang lengkap bagaimana isu ekonomi dan pendidikan akan dipulihkan. Macam mana nak pastikan peniaga dapat berniaga selepas dah lama tak boleh nak berniaga dan semua simpanan dah habis.
Macam mana pulak dengan para pekerja yang dah ramai kena buang. Kat mana nak cari kerja dalam keadaan syarikat pun tak pasti akan mampu berniaga semula atau tidak.
Siapa nak bagi modal semula untuk bina segala kerosakan yang dah berlaku. Kedai dah kena tarik, kenderaan dah kena tarik dan rekod bank di black-list kan?
Keadaan yang dilalui sekarang tak pernah berlaku sebelum ini.
Yang paling seronok adalah golongan makan gaji terutamanya dengan kerajaan kemudian GLC dan akhir sekali dengan syarikat gergasi antarabangsa. Makan gaji buta kerja tak tara mana.
Yang parah adalah golongan yang berniaga macam saya. Stik duit yang ada makin hari makin menipis. Surat amaran loan tak bayar masih tetap datang setiap bulan. Bayar juga bila dapat surat, tapi sampai bila .. rasanya tak lama lagi dah.
Bila berhubung dengan pihak bank untuk buat temujanji untk uruskan beberapa perkara penting berkenaan urusan bank, tak ada respon lansung. E-mail pada bank adalah satu kerja sia-sia. Sebab itu saya katakan depa seronok dapat gaji buta tak payah buat kerja.
Nanti bila masuk kerja balik, depa nilah yang akan tekan golongan peniaga macam saya dan kawan-kawan berniaga lain yang ada masalah kewangan.
Siapa nak tolong masa tu?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !