Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 June 2021

Hidup di dunia ini singkat - Kita Dipinjamkan hanya 1.5 Jam Sahaja Ke Dunia

  Ano Nyme       09 June 2021


Satu hari di Akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun dimensi dunia ini. Mari kita lihat perkiraan dengan penjelasan hadis dan Al-Quran. Saya harap perkongsian ini dapat berikan manfaat buat saya terutamanya serta pembaca sekalian insyaAllah.

Saya yakin anda dah pernah mendengar tentang perbandingan dimensi waktu iaitu satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia.

Dalam perkongsian kali ini kita cuba kupas bagi mendapatkan penjelasan sekaligus pembacaan dalil dari pernyataan ini insyaAllah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda 

”Orang beriman yang miskin akan masuk surga sebelum orang-orang kaya yaitu lebih dulu setengah hari yang sama dengan 500 tahun.” - HR. Ibnu Majah no. 4122 dan Tirmidzi no. 2353. (Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Diterangkan lagi dalam Surah Al Hajj iaitu:

Satu hari di akhirat sama dengan seribu hari di dunia. Sebagaimana yang Allah Ta’ala sebutkan,

”Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” - QS. Al Hajj: 47

Oleh karenanya, setengah hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia.

Adapun firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

”Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun” - QS. Al Ma’arij: 4

Ayat ini menunjukkan pengkhususan dari maksud umum yang sebelumnya disebutkan atau dipahami bahwa waktu tersebut begitu lama bagi orang-orang kafir. Itulah kesulitan yang dihadapi orang-orang kafir,

Jadi ternyata jelas bahawa jika kita lihat dalam perhitungan akhirat, seorang manusia rata-rata hidup di dunia hanya 1.5 jam saja. 

Mari kita perhatikan ayat ini. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

”Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." - Q.S. Al-hajj:47

Mari kita analisis berdasarkan Al-Qur’an sebagai sumber kebenaran yang nyata.

1 hari akhirat = 1000 tahun

24 jam akhirat = 1000 tahun

3 jam akhirat = 125 tahun

1.5 jam akhirat = 62.5 tahun

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja. 

Ingat kita hanya dipinjamkam sahaja ke dunia untuk cuba beramal dan mengutip pahala. Segala apa yang kita cari yakni dari segi material itu sekadar mengisi 1.5 jam sahaja jumlah usia.

Bayangkan anda diberikan masa 1.5 jam berhenti di R&R sebelum anda teruskan perjalanan, adakah anda akan membeli pelbagai barangan, harta dan sebagainya?

Anggapkan kita diberi hanya 1.5 jam untuk sediakan diri kita sebelum nyawa kita diambil. Apa yang akan kita lakukan?

Ya kita hanya ada 1.5 jam sahaja didunia ini untuk beramal, berbakti serta cuba mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita bawa ke akhirat. 

Sekadar analogi, jika anda hanya ada masa 1.5 jam sahaja sebelum mesin oksigen anda diputuskan dan nyawa anda akan tamat, adakah anda nak gunakan masa 1.5 jam untuk umpat orang, mengata orang, tunjukkan sifat dengki, lewatkan solat demi kerja dan kejar harta?

Adakah anda akan gunakan masa 1.5 jam untuk bercakap hal kelemahan dan kekurangan orang lain?

Adakah kita akan gunakan masa 1.5 jam ini untuk buangkan masa tanpa dekatkan diri pada Allah?

Mungkin kita ada 1.5 jam, mungkin lebih sedikit dan ingat ramai yang ada masa tidak sampai 1.5 jam atau 62.5 tahun pun. 

Peringatan buat saya terutamanya dan harap ada sedikit kebaikan dari perkongsian kecil ini insyAlalh. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya.

Penulis jemputan

Artikel ini merupakan sumbangan saudara Azad Jasmi yang dikirim pada 9 Jun 2021. Jika anda ingin memberikan sumbangan artikel untuk disiarkan pada blog ini, boleh menghantarnya ke mohdshubhi@gmail.com

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Hidup di dunia ini singkat - Kita Dipinjamkan hanya 1.5 Jam Sahaja Ke Dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !