Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 June 2021

Ketahui 7 manfaat untuk kesihatan yang ada pada bunga cengkih yang boleh anda amalkan

  Ano Nyme       06 June 2021


Benda hitam kecil macam bunga yang dipanggil Bunga Cengkih ni jadi popular baru-baru ni sebab dikatakan ada keupayaan rawatan ajaib untuk covid-19.

Orang ramai mula share video tersebut. Kemudian ada lagi video lain yang saya dapat dikongsikan oleh grup kat kampung pula.

Dalam video tu, dikatakan orang India sampai buat production keluarkan wap bunga cengkih untuk disalurkan pada orang yang nak hidu wap tu ke muka masuk lubang hidungnya.

Saya cari lagi maklumat tentang keupayaan bunga cengkih dalam cubaan meredakan masalah wabak covid-19, terjumpa pula satu laporan dari timur tengah. Sebuah universiti di Saudi Arabia buat kajian keberkesanan penggunaan herba termasuk bunga cengkih untuk rawatan covid-19.

Dalam kajian di Universiti Taibah itu, mereka buat cubaan rawatan menggunakan 3 ramuan penting. Habatus Sauda, Bunga Chamomile dan Madu Lebah. Laporan tu ada kat pautan sini.

Bunga Cengkih hanya sebagai tambahan saja dalam teknik rawatan yang universiti tu buat. Menghidu wap minyak bunga cengkih hanya untuk redakan masalah batuk. Boleh pergi baca detail kajian tu pada pautan yang saya berikan atas tadi.

Apapun dakwaan keberkesanan teknik rawatan herba, termasuklah bunga cengkih ni, kita dengar saja boleh la. 

Untuk sahkan samada betul atau tidak, samada boleh diharapkan rawat satu-satu penyakit merbahaya, perlu rujuk kepada KKM, badan yang dipertanggung jawabkan dalam urusan perubatan dan kesihatan di Malaysia.

Itu kerja mereka selama ini dan maklumat yang ada ada mereka adalah jauh lebih boleh dipercayai untuk orang awam macam kita.

Manfaat kesihatan Bunga Cengkih

Rawatan terbaik untuk apa saja penyakit bermula dari langkah pencegahan. Dari awal anda berusaha mencegah dari dapat penyakit, maka sebarang rawatan adalah tidak perlu, Insyaallah.

Dalam usaha pencegahan, boleh kita amalkan makanan, minuman atau herba yang tok nenek kita dah lama amalkan dan tahu khasiatnya dalam penjagaan kesihatan mereka.

Dalam bab bunga cengkih ni, memang dah diketahui dan dipercayai sekian lama ada manfaat kesihatan untuk manusia. 

Kita cuba tengok 7 kebaikan untuk kesihatan yang ada pada bunga cengkih di bawah yang disertakan sekali dengan pautan terhadap kajian santifik.

  1. Tinggi kandungan manganese - Kalau anda masukkan Bunga cengkih dalam makanan, dia ada banyak kandungan manganese dalamnya. Manganese adalah baik untuk memelihara fungsi otak dan diperlukan untuk kuatkan tulang.
  2. Tinggi kandungan anti oksidan - Ramai dah tahu kepentingan anti oksidan ni dalam proses untuk elakkan berbagai masalah penyakit. Selain itu ia ada Eugenol, satu lagi bahan anti oksidan yang sangat power. Campur bunga cengkih dalam makanan atau minuman yang tinggi anti oksidan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan anda.
  3. Mencegah kanser - Berdasarkan kajian kat sini dan sini, bahan yang ada pada bunga cengkih dapat hentikan dan matikan sel kanser. Samada kesannya sama bila bunga cengkih di makan perlu di sahkan dengan kajian lain. Tapi sekurangnya kita tahu ada bahan cegah kanser di dalamnya.
  4. Punya keupayaan anti bakteria - Bunga cengkih boleh hapuskan bakteria berguna terutamanya dalam amalan kesihatan mulut. Jika anda kunyah atau kumur air yang ada bunga cengkih, gusi anda akan jadi lebih sihat. Rujuk kajian kumur kat sini. Rujuk kajian bunga cengkih hapuskan pembentukan bakteria yang rsakkan gusi kat sini. Lagi kajian anti bakteria kat sini.
  5. Ada kebaikan untuk hati - Kandungan yang ada dalam bunga cengkih bila buat rawatan hati pada tikus sangat berkesan. tapi untuk tikus la. Biasanya kesannya mungkin sama pada manusia, namun perlu pengesahan dalam kajian. Tapi secara umumnya ada manfaat untuk sehihatan organ hati anda. 
  6. Bagus untuk kawalan kencing manis - Kajian menunjukkan bahan dalam bunga cengkih bantu pengeluaran insulin seterusnya kawal tahap darah dalam gula. Kajian di buat pada tikus juga, rujuk sini.
  7. Bantu legakan masalah ulcer perut - Kajian pada haiwan menunjukkan bahan pada bunga cengkih bantu pengeluaran lendir gastrik. Lendir ini penting sebagai penghalang hakisan pada dinding perut. rujuk kajian sini.
Nampak banyak benar kebaikan yang ada pada Bunga Cengkih tu. Rugi jika tidak diambil segala manfaat yang ada padanya.

Lagipun, bukan perlu buat kerja lebih pun. Memang bunga cengkih selalu sangat jadi salah satu ramuan dalam masaka kita selama ini. Ertinya, jika ada masakan yang anda nak buat, bunga cengkih perlu di masukkan, jangan ambil mudah untuk skip tak payah beli kalau stock habis di dapur tu. Keluar pergi beli supaya ramuannya ada dalam masakan anda tu.

Boleh tambah bunga cengkih juga dalam minuman anda selepas ni. kalau baut air sirap limau atau buat air lemon kosong, masukkan lah bunga cengkih. Lebih sikit pun tak apa.

Kawan saya beritahu dia buat rebusan air bunga cengkih dan simpan dalam peti ais. Minum setiap pagi dan sebelum nak tidur. 

Kalau dia sakit perut sebab angin, air rebusan bunga cengkih juga akan jadi minuman untuk redakannya.

Sekali lagi kita ingatkan agar petua ini semua adalah untuk anda yang nak kekalkan kesihatan melalui proses pencegahan saja. Bukannya untuk rawatan mana-mana penyakit yang dah teruk ya !

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ketahui 7 manfaat untuk kesihatan yang ada pada bunga cengkih yang boleh anda amalkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !