Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 June 2021

Macam mana nak kenal pasti tahap kualiti sesebuah jam tangan yang anda nak beli secara umum

  Ano Nyme       10 June 2021


Ada terlalu banyak jenis jam tangan di pasaran. Dari yang paling murah, boleh beli kat pasar malam sehinggalah yang semahal-mahalnya jual di butik jam, khas untuk orang-orang kaya tahap gaban.

Jam tangan mahal sampai ratusan ribu, tak payah nak cakapla tentang kualiti pembuatannya, dah tentu sempurna. Yang bezakan antara satu jam dengan jam lain hanyalah status dan imej yang mahu diketengahkan oleh pemakainya.

Jam tangan murah yang boleh dibeli dalam lingkungan RM50 pula, dah tentu tak boleh nak berikan harapan yang tinggi terhadap kualiti dari segi pembuatannya. Biasanya orang beli untuk anak-anak atau diri sendiri. Pakai dan buang bila rosak.

Artikel macam mana nak kenal pasti jam tangan yang berkualiti ini saya khaskan untuk jam berharga dalam lingkungan RM3 ribu dan keatas. Itu jam tangan yang jika anda beli, ertinya anda serius untuk pakai dalam satu tempoh asa yang agak lama.

Jadi nak tentukan jam tangan yang anda beli tu samada berkualiti atau tidak adalah sangat penting. Tak boleh main beli macam tu saja.

Tahap kualiti jam tangan secara umum

Samada anda suka sesebuah jam tangan sebab dirasakan bagus, cantik dan sebagainya, sangat subjektif. Cita rasa anda terhadap reka bentuk sesebuah jam itu berbeza dengan citarasa saya. 

Sya tak boleh nak kata cita rasa anda tak bagus dan citarasa saya bagus. Tak boleh tentukan kualiti jam dari segi citarasa macam tu sebab lain orang lain citarasanya.

Tapi tentu ada satu garis panduan untuk membuat penilaian sesebuah jam tangan itu dari segi kualtitinya secara umum dan konsisten. Itulah yang saya cuba cari maklumat dan kongsikannya kat sini.

Apa yang saya dapat pelajari tentang kualiti sesebuah jam tangan boleh dilhat dari beberapa ciri seperti berikut di bawah.

1. Bahan logam yang digunakan

Ini perkara pertama yang anda perlu lihat. Jam tangan yang anda nak beli tu diperbuat dari logam macam mana?

Paling kurang, jam tangan itu perlulah diperbuat dari logam 'Stainless Steel'. Kalau diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, 'Keluli Tahan Karat'.

Kelebihan jam tangan yang diperbuat dari Stainless Steel ni adalah ianya tidak terkesan dengan masalah cuaca dan keadaan sekeliling yang lembab. 

Kalau tangan anda jenis suka keluar peluh juga tak ada masalah. Masalah kulit yang alah terhadap stainless stell juga jarang berlaku.

Satu lagi perkara penting yang perlu ada adalah lapisan nipis yang disalut pada bahan logam jam tersebut. Dengan PVD Coating dibuat, jam akan jadi kekal dengan warna itu dalam tempoh yang lama tanpa luntur. 

Biasanya jam akan disalut samada dengan lapisan warna emas kuning atau merah, perak atau warna hitam.

Anda boleh lihat kebanyakan orang akan cuba rasakan berat jam yang dipegangnya. Berat sesebuah jam memberikan petanda bahan logam yang digunakan ada solid. Juga memberi petanda terhadap jenis pergerakan yang ada dalam enjin jam itu.

Secara umumnya stainless steel jenis 316L adalah yang paling bersih dan berkualiti. Tapi jarang maklumat jenis stainless steel apa yang jam tu pakai diberitahu. Begitu juga coating macam mana yang dilakukan untuk membentuk lapisan warna sesebuah jam.

Kalau nak tahu, kena tanya penjual jam tersebut. Tapi biasanya akan harganya adalah tinggi dan jenamanya terkenal, anda boleh anggap ianya adalah berkualiti dari segi bahan logam yang digunakan.

Satu perkara yang anda perlu tahu dan tak terkeliru adalah, jika jam tu tulis 'stainless steel back', ia bererti hanya bahagian beakang jam itu sahaja bahan stainless steel di gunakan. Bukan semua jam tu pakai stainless steel.

2. Jenis kaca yang digunakan

Perkara kedua yang sangat penting perlu ada pada jam sudah tentu kaca yang tutup muka jam yang anda beli tu.

Secara umum, jam tangan berkualiti akan gunakan kaca jenis 'sapphire glass'. Kaca jenis ni sangat lasak dah tak mudah bercalar sekalipun anda jenis cemerkap duduk tak diam serta lasak.

Jika anda jenis yang lemah lembut dan berhati-hati, kaca jenis 'Crystal glass' or 'mineral glass' sudah mencukupi. Harganya akan rendah lagi berbanding jam yang pakai sapphire tadi.

Biasanya jenis kaca akan diberitahu pada spesifikasi jam tangan anda itu atau tertulis kat belakang jam tu.

3. Jenis pergerakan jam tangan

Perkara ketiga yang anda perlu lihat dah tentu tentang macam mana jam itu bergerak. Samada pakai pergerakan mekanik ke atau pergerakan quartz.

Pergerakan quartz bermakna jam itu digerakkan oleh kuasa bateri. Anda boleh yakin akan ketepatan jam quartz sebab tak ada banyak parts bergerak yang diperlukan untuk jam tu. Sebab itu biasanya harganya adalah lebih murah.

Pergerakan quartz yang terbukti setakat ni adalah samada Seiko, Ronda atau Miyota.

Jika anda tengok pergerakannya adalah mekanikal, pastikan ianya adalah pergerakan yang telah diakui ketepatannya oleh COSC, sebuah badan yang memberikan sijil perakuan terhadap ketepatan sesebuah enjin jam. Biasanya ditulis sebagai certified mechanical movement.

Tapi biasanya jam mekanikal buatan tangan tak ada yang murah pun. Anda tak akan jumpa jam tangan mekanikal hand made yang hargnya murah dari RM50 ribu.

Tapi sekarang kebanyakan jam tangan walaupun yang mekanikal sudah dikeluarkan secara mass production. Lebih murah, pantas dan paling penting sangat konsisten kualiti serta pembuatannya.

4. Ketahanan air

Budak sekolah pun tahu kepentingan ketahanan air sesebuah jam tangan. Kalau beli jam, perkara pertama yang dia tanya sudah tentu sama jam tangan tu water resistance atau tidak.

Negara kita yang banyak hujan. Ditambah lagi budaya orang kita yang banyak main air, membuatkan kualiti jam terhadap keupayaan tahan berhadapan dengan air adalah sangat penting.

Jam tangan yang berkualiti akan ada keupayaan 10 ATM Water Resistance.

10 ATM bermaksud jam tangan itu boleh dibawa pakai sehingga kedalaman air 100 meters punya daya tekanan. Jam tangan tu masih dapat bertahan dengan tekanan 10 bar atau tekanan air sedalam 100 meter.

Jika anda pakai jam tangan yang tahan 10 ATM, anda boleh pakai jam tu pergi berenang. Tapi masih tak sesuai untuk aktiviti menyelam. Bila menyelam, anda bukannya duduk diam. Tangan tu akan bergerak dan memberikan tekanan yang lebih kuat pada jam tangan tu. Jadi ketahanan yang lebih tinggi diperlukan.

Kalau anda nak snorkeling elok pakai jam tangan 20 ATM.

Tapi jika nak diving, kena pakai sekurangnya jam tangan 30 ATM ke atas. Kurang dari itu tak payah nak tebiang.

Panduan asas tentang ketahanan air saya berikan kat bawah ni:

  • 3 ATM - sekurangnya ini ketahanan yang perlu ada pada jam yang anda boleh pakai untuk pasuh tangan tanpa perlu buang jam.
  • 5 ATM - kalau anda jenis suka mandi sambil pakai jam, cari jam yang tahan daya tekanannya paling rendah macam ini.
  • 10 ATM - Ini dah boleh bawa pakai berenang.
  • 20 ATM - Ini dah boleh bawa snorkeling
  • 30 ATM - ini dah boleh mula pakai untuk menyelam ringan
  • 100 ATM - Kalau anda jenis serius menyelam, carilah jam tangan macam ni ketahanan air nya.
Satu perkara penting juga bila sebut pasal ketahanan air ni adalah jenis tali yang jam tangan anda pakai.

Kalau jenis kulit, tak payah nak main air. Tak ada kukit yang tahan air. Kena cari tali yang tahan air sepertti getah atau silicon dan paling biasa orang pakai adalah stainless steel juga.

5. Kualiti sentuhan akhir yang halus

Jam tangan yang berkualiti anda boleh lihat sendiri kualiti finishing nya. Saya terjemahkan sebagai sentuhan akhir jam tangan itu dalam semua segi perincian ang anda sendiri boleh tengok dan rasakan.

Antara jam tangan yang sangat cerewet dan punya sentuhan akhir sangat tinggi adalah jam Grand Seiko. Setiap bahan yang ada pada jam tu disemak detail. Jarumnya, dihalusi supaya tak ada sedikitpun kecacatan.

Anda boleh ambil kanta pembesar dan pergi tengok setiap hasil pembuatan jam tangan grand seiko termasuklah di setiap 12 tanda waktu pada jam itu dipastikan tak ada cacat celanya.

Tanah pada jam juga boleh dilihat kehalusan sentuhan pembuatannya dan paling penting nampak berseni, simetrik dan semua yang sedap mata memandangnya.

6. Jenama yang terbukti dan bertahan

Kenapa jenama sesebuah jam tangan itu penting dalam menentukan kualiti sesebuah jam?

Sebab nak pastikan setelah beli, dah pakai lama kemudian nak tukar parts jika berlaku apa-apa masalah pada jam tangan itu, anda masih boleh dapatkannya dengan mudah.

Jenama sesebuah jam tangan dapat membuatkan jam tu masih ada di pasaran atau tidak. Anda sendiri tentu akan fikir panjang untuk beli jam tangan dalam harga 4 atau 5 ribu sedangkan tak pernah dengarpun jenama tu!.

Lain-lain pertimbangan

Selain dari semua yang saya dah tulis kat atas tu, ada lagi beberapa perkara penting yang anda boleh pertimbangkan untuk menilai kualiti sesebuah jam tangan yang nak dibeli.. Saya gariskan seperti di bawah

  • Penunjukkan tarikh haribulan ada ke tak
  • Bersinar di dalam gelap - Samada pada jari penunjuk jam tu dan pada tanda waktu akan bersinar dalam gelap atau tidak
  • Petanda EOL pada jam quartz - keupayaan untuk tahu bile End of Life bateri pada jam tangan anda membantu untuk tidak terciduk dalam keadaan tiba-tiba jam mati.
  • Lebih lasak - Pertimbangkan jam yang ada 'crown protector' dan 'screw crown'
Harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mengenali cara menilai kualiti sesebuah jam tangan selepas ini. Saya juga belajar banyak perkara bila nak tulis artikel ini untuk dikongsikan pada kawan-kawan peminat jam tangan diluar sana.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Macam mana nak kenal pasti tahap kualiti sesebuah jam tangan yang anda nak beli secara umum

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !