Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 June 2021

Perbahasan panas gesa KKM pakai Ivermectin, ubat haiwan untuk rawat pesakit covid-19

  Ano Nyme       07 June 2021

Gambar ubat ini sekadar hiasan !

Kalau anda peka, tentu tahu berkenaan isu gesaan pakai ubat yang dipanggil Ivermectin untuk rawatan dan pencegahan covid-19.

Saya dapat maklumat tentang ini dari grup wasap .. biasalah tu. Ada manfaatnya grup wasap ni. Terutamanya bila kita tak berapa layan media sosial seperti Facebook atau Twitter. 

Maksud tak berapa layan media social bukan sampai tak masuk jenguk lansung. Ada akaun. Tapi jumlah kawan yang ada dalam akaun tu boleh kira jari. Page yang di follow juga sangat terhad.

Memang sengaja buat macam tu untuk elakkan dari 'ter-over-maklumat'. Zaman sekarang semua orang yang tak tapis aksesnya dalam media sosial akan hadapi masalah 'information overload'.

Anda akan terima terlalu banyak maklumat berganda-ganda, jauh melebihi keupayaan otak untuk proses segala maklumat tersebut. Proses kat sini bermaksud, asingkan, kategorikan dan buat penilaian, tapisan dan lain-lain, sebelum mula menghadam.

Zaman ni, semua orang nak share maklumat. Dari info peribadi, sampailah kepada info luar negara yang dia sendiri tak tahu kepala ekor hujung pangkal, nak dikongsikan juga. Apa tujuan share semua maklumat tu entah lah!.

Jika anda tak tapis dan hadkan maklumat yang nak diterima, akan lemas ditimbusnya.

Henti baca akhbar

Lama dulu, langkah awal untuk elakkan serabut kepala saya bermula dengan stop tengok berita TV.

Lepas tak peduli lagi dengan berita utama pukul 8, saya elakkan information overload dengan hentikan terus baca apa saja akhbar.

Mulanya stop beli saja, tapi bila jumpa masih baca lagi.

Lama selepas itu, henti terus samada beli maupun baca. Jika jumpa atas meja pun buat tak tau saja. Ke stesen minyak nak isi petrol pun dah tak layan nak buka akhbar baca tajuk berita utama di muka depannya.

Walaupun dah tinggalkan semua itu, ternyata masih tetap tak putus maklumat penting. Awalnya memang risau juga takut ketinggalan maklumat berita, tapi alhamdulillah, tak tertipu dengan khayalan kononnya berita diperlukan untuk hidup selamat.

Kemudian di media sosial pula, elakkan dari layan segala portal mengarut hiburan yang bersepah dalam FB dan medsos lain. Saya hanya ikut yang betul-betul nak tahu dalam bab cari makan saja, lainnya seperti hiburan atau politik, baiq pi kat depa lah.

Dengan berbuat begitu pun, masih tak ketinggalan juga untuk ketahui berita penting apa yang sedang berlaku. Dapat dari grup wasap.

Itupun bukan selalu buka dan baca. Setiap kali buka wasap, saya akan terus tekan ke info terakhir sekali, Walaupun ada puluhan yang dah masuk dan saya tak baca.

Info yang akhir tupun ikut mood nak baca atau tidak. 

Biasanya bacaan adalah sangat rawak terpilih. Jika maklumat tu memang panas, isunya akan jadi panjang dan kerap serta lama di bincangkan. Dari situ, saya akan tetap tahu juga perkara penting berlaku dalam negara sekalipun hanya amalkan bacaan secara rawak.

Ubat Ivermectin rawat covid-19

Bila kawan update tentang ubat ini, saya rasa menarik dan terus mendalami dapatkan maklumat. Buka google lah! mana lagi maklumat yang lebih laju sekarang selain dari google.

Keupayaan akal dalam menilai semua yang diberikan oleh google sangat penting. Maklumat yang dah ada dalam diri selama ini juga sangat berguna untuk sambungkan titik-titik yang berselerak antara maklumat-maklumat yang berbeza.

Alhamdulillah perangai suka baca buku bila tak ada kerja, sangat banyak membantu tajamkan otak. Berpuluh tahun baca buku dalam berbagai topik dan aliran membuatkan aktiviti sambungkan titik jadi mudah.

Bila baca semua laporan yang ada dalam internet tu, mudah saja nak faham dan kaitkan dengan apa saja maklumat lain. Boleh kenal pasti mana yang nak ikut dan mana yang nak ditapis.

Ternyata ubat Ivermectin sedang hangat dibincangkan bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia. 

Isu untuk tentukan nak pakai atau tidak ubat ni jadi kompleks sangat sebab dicampur adukkan oleh berbagai isu lain antaranya adalah ..

  • Kes meningkat tak habis - Satu demi satu gelombang kenaikan kes melanda banyak negara sampai keupayaan badan berwajib untuk tangani jumlah kes jadi semput. Ini membuatkan semua orang panik dan tertekan cari solusi.
  • Tekanan politik - ada negara yang parti politiknya dalam keadaan goyang. Ditambah lagi dengan kes covid-19 tak boleh ditangani dengan baik. Apa saja cadangan luar kotak diambil dengan tergesa-gesa dan maklumat digemburkan untuk dapat mileage politik
  • Idea teori konspirasi - Tak habis lagi tuduhan yang covid-19 ni adalah rancangan jahat yang sengaja, timbul pula teori nak buat kekayaan dengan bekalan vaksin ke seluruh dunia. Sampai ada yang lapor polis kata pengarah kesihatansengaja halang ubat murah Ivermectine dari digunakan.
  • Isu agama - Ramai juga orang Islam kat Malaysia yang tolak vaksin. Kononnya ada macam-macam dalam vaksin tu sampai ke tahap percaya ada benda di tanam dalam semua orang yang dapat suntikan dipantau pergerakan mereka. Ada tok guru juga yang entah mana dapat info berikan fatwa tak payah ambil. Jadi alternatif tanpa vaksin mudah saja mendapat tempat.
Itu antara perkara yang saya rumuskan yang membuatkan masalah Ivermectine jadi panas untuk digunakan sebagai ubat rawatan dan mencegah covid-19.

Puas kementerian kita terangkan bahawa bukan saja-saja tak nak pakai, tapi disebabkan masih tidak cukup data dan bukti yang meyakinkan untuk memberikan kelulusan pemakaiannya dalam rawatan.

Saya tengok kat Amerika juga hadapi masalah yang sama. Puas diterangkan bahawa data, walaupun memang dah disiarkan dalam American Journal of Therapeutics secara mendalam dan lengkap, masih tidak dapat merumuskan bahwa ubat haiwan itu memang boleh dijadikan ubat rasmi melawan covid-19.

Kalau boleh pakai Ivermectin, maka kos menghapuskan masalah covid-19 akan jadi sangat rendah sebab memang ubat tu murah saja. Tidak semahal vaksin. Proses penggunaannya juga sangat simple macam makan pil lain juga.

Boleh makan untuk pencegahan dan jika terkena covid-19 pun boleh pakai juga. Akan percepatkan kelegaan dan keluar dari covid-19 dengan pantas.

Dikatakan Bangladesh luluskan penggunaan ubat tersebut yang membuatkan kes kematian mereka berjaya dikawal dengan amat baik. Saya tengok di India, di mana kesnya macam tak terkawal telah luluskan penggunaan ubat itu juga disesetengah daerah India.

Semua laporan dari media tidak boleh dijadikan panduan  atau bukti keberkesanan ubat tu sebab tiada maklumat terperinci samada betul-betul ke faktor ubat tu yang rawat atau ada faktor lain. Sama juga kat India yang keadaan kes sangat getir dengan berbagai kekurangan tidak menghairankan jika mereka cuba cari solusi yang tak resmi.

Walau bagaimana pun, kementerian kesihatan tengah buat kajian khas untuk kegunaan ubat Ivermectin di 12 hospital untuk kaji keberkesanannya dalam merawat pesakit covid-19 yang teruk.

Kalau memang terbukti berkesan, saya yakin tak ada apa sebab pun pengarah kesihatan negara kita nak luluskannya. 

Kita tunggu lah dulu.

Saya cuba pi cari ubat tu kat farmasi memang tak ada. Dia syorkan saya pergi cari ke klinik haiwan. Ubat tu memang biasa sangat dipakai untuk masalah parasit pada haiwan. Ada kalanya dipakai juga untuk manusia untuk rawatan kulit seperti kurap.

Bila saya buka kat Lazada dan Shopee, memang ada banyak ubat tu dalam bentu pil dah ditawarkan. Tapi kebanyakannya untuk haiwan. Ada lah satu dua yang mention untuk human juga. Tak pasti kalau ada yang dah beli dan stand-by ..

Jawapan kepada geng kalut gaban


Saya kongsikan update terbaru yang saya dapat dari wasap penerangan dari Dr Mahyuddin lanjutan dari ada geng prihatin buat laporn polis terhadap KP Kesihatan kita.

----- Mula -----

Semalam heboh isu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Dr Noor Hisham kerana tidak mahu berikan rawatan Ivermectin kepada rakyat Malaysia. Katanya lepas buat laporan polis barulah KKM nak buat kajian. 

Katanya negara luar, contohnya India dah lama beri Ivermectin kepada rakyatnya dan berkesan. 

Izinkan saya kongsikan maklumat ini dengan anda. 

1. Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang buat kajian mengenai keberkesanan Ivermectin ke atas pesakit Covid di Malaysia. Anda kena sabar. Kajian ni diluluskan oleh Jawatankuasa Etika KKM pada 25/5/2021, lebih awal pun daripada laporan polis yang dibuat anda!

2. Anda kata DG akan bertanggungjawab ke atas kematian rakyat Malaysia kerana ivermectin tidak diberi. Nanti jika berlaku komplikasi atau kematian akibat pemberian Ivermectin secara terburu2 tanpa kajian, anda pasti salahkan Tan Sri DG juga kan? 

3. Anda tau berita terkini dari India? Guideline terkini pada 27/5/2021 oleh DGHS Kementerian Kesihatan India telah mengarahkan rawatan Covid menggunakan Ivermectin, multivitamin dan zinc DIHENTIKAN! Ini anda nak sebarkan ke tidak? Anda boleh terima berita dari India ni? 

Guideline ini juga menyuruh rakyat India yang tiada simptom untuk terus pakai pelitup muka, jaga kebersihan tangan dan jaga jarak fizikal. Sama seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia tekankan selama ni!

4. Maklumat yang kita ada sekarang masih belum cukup untuk gunakan Ivermectin sebagai rawatan SEMUA pesakit Covid. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) & FDA Amerika Syarikat mencadangkan Ivermectin hanya digunakan dalam kajian pesakit dahulu buat masa sekarang sehinggalah kita dapat bukti keberkesanannya. Kesatuan Eropah juga melarang Ivermectin digunakan ke atas semua pesakit kerana kekurangan bukti saintifik keberkesannya. 

5. Kita mahu rawatan yang berkesan dan selamat buat rakyat Malaysia. Bukannya main beri ubat secara terburu-buru. Sebab itu setiap vaksin yang masuk ke negara kita juga tetap perlu melalui proses di NPRA KKM walaupun ia telah digunakan di luar negara sebelumnya.

6. Anda fikir kami di KKM suka ke pesakit Covid bertambah saban hari? Anda fikir kami mahu lihat rakyat Malaysia meninggal setiap hari? Anda fikir tiada doktor, jururawat dan ahli keluarga kami yang meninggal akibat Covid? Kami juga sama seperti anda. Bezanya anda perlu duduk di rumah dan menjaga SOP manakala kami perlu memakai PPE 8 jam sehari dan menghadapi risiko dijangkiti Covid saban hari. Mungkin bagus juga jika bagi segelintir rakyat Malaysia yang terlebih cerdik ni merasa pakai PPE dan berdiri merawat pesakit Covid selama 8 jam. 

7. Tuan Puan, anda tidak perlulah jadi doktor atau jururawat untuk bantu kita mengalahkan COVID. Tak perlulah sebarkan pelbagai Whatsapp atau video yang tiada bukti keberkesanannya. Anda rasa anda nak bantu lawan covid tapi sebenarnya anda melambatkan rawatan diberi kepada mangsa covid itu kerana mencuba pelbagai petua anda tu. Apatah lagi dengan bertindak terlebih sudu dari kuah. Siap buat laporan polis ke atas kami pula. Bagai melepaskan anjing tersepit. 

8. Tolonglah bantu kami dengan sama2 promosi program vaksinasi di kalangan ahli keluarga anda, patuh SOP setiap hari dan di semua lokasi yang anda pergi. Itu pun dah cukup bagi kami. 

#DrMahyuddin
#COVID19

Rujukan
****



Nota: Tolong panjangkan penulisan saya ni ke group Whatsapp keluarga anda ya. Terima kasih.

----- Tamat -----

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perbahasan panas gesa KKM pakai Ivermectin, ubat haiwan untuk rawat pesakit covid-19

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !