Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 June 2021

Semua Menteri di setiap kementerian, wakil rakyat parlimen dan DUN wajib buat kerja

  Ano Nyme       29 June 2021


Ini apa yang dikongsikan oleh saudara Azad Jasmi dalam menghadapi keadaan krisis yang berpanjangan sekarang. 

Memang betul apa yang dia katakan. Cuba baca kat bawah ni ..

Krisis Ini Benar

Azad Jasmi l 29 Jun 2021

—————————————

Kita sedang hadapi krisis sekarang. ini berikan kesan sosial dan ekonomi secara langsung. Tidak hanya kesan dari elemen kesihatan semata-mata. 

Krisis Covid ini perlu ada data harian bukan hanya dari KKM tapi perlu ada data harian seperti ..

1.  Berapa syarikat tutup

2. Berapa kematian bunuh diri

3. Berapa jumlah syarikat bankrap

4. Berapa orang kehilangan pekerjaan

5. Berapa keluarga tiada makanan

6. Berapa kes penceraian akibat tekanan

7.  Berapa kes kecurian dan pecah rumah serta samun

8. Dan lain-lain data kes sosial yang berkaitan.

Dalam erti kata yang lain, bukan KKM sahaja perlu ada real-live data tetapi setiap Kementerian perlu aktif macamana KKM dengan real data setiap hari.

Prestasi untuk menangani Covid bukan hanya terletak kepada parameter jumlah bilangan angka Covid. 

Ini bukan tanggungjawab KKM tapi kita harap semoga keseluruhan kementerian lain juga ambil perkara ini kerana ini ialah isu negara dan bukan isu kesihatan semata-mata. 

Tidak boleh hanya melihat dari persepektif kesihatan, tetapi krisis negara secara holistik. Jadi bantuan perancangan, bentuk “survival plan” dan “recovery plan” perlulah dilebarkan kepada elemen-elemen kehidupan rakyat. 

Pasti kita tidak sempurna namun, usaha yang lebih luas ruang linkup perlu dilaksanakan. 

Pasti rakyat juga ingin tahu apakah perlaksanaan menuju “Ambang 4000” dan jika berbekalkan perancangan sedia ada. agak sukar nak capai angka ini kerana selama ini angka masih pada tahap sekarang.

Ini bukan nak salahkan sesiapa. Tetapi berharap agar keseluruhan perancangan yang bakal diberikan jelas.

Contohnya pada tahap Ambang 4000 ini industri apa yang boleh dibuka dan tidak boleh dibuka.

Adakah rakyat hanya ingin harapkan bantuan kerajaan dan bantuan yang diberikan ini berasaskan data dari mana dan bila.  

Rakyat ingin terus hidup dengan menjalankan perniagaan. Adakah wujud kawasan khas untuk berniaga atau ada SOP khas untuk berniaga kerana kita sendiri tidak pasti sampai bila krisis ini akan berakhir. 

Setiap ADUN dan Ahli Parlimen perlu ada laporan harian setiap kawasan.

Mereka perlu aktif dan ada real-live data setiap hari. Usah biarkan hanya berpaksikan data KKM sahaja. Perlu tahu data-data masalah sosial setiap DUN.

Sekadar pandangan kecil. Dan semoga Allah rahmati usaha kita insyAllah.

___________ Sekian ___________

Semua wakil rakyat wajib buat kerja

Saya 100% setuju dnegan apa yang beliau tuliskan kat atas tu. Sekarang adalah masanya untuk semua wakil rakyat buat kerja bersungguh-sungguh demi negara kita.

Bukan masa lagi untuk bermain politik nak menang dengan cuba jatuhkan orang lain. Yang penting sekarang rakyat perlu ditenangkan.

Ada 222 kawasan parlimen. Dalam setiap parlimen ada pula kawasan DUN. Setiap kawasan tersebut ada wakilnya.

Jika setiap seorang wakil rakyat memainkan peranan mereka mendapatkan kemas kini keadaan semasa yang dihadapi oleh penduduk yang mereka wakilkan, usaha untuk tangani masalah akan jadi lebih berkesan.

Semua wakil rakyat perlu wujudkan war-room mereka untuk kumpulkan semua maklumat dan kemas kini keadaan semasa. Tak boleh abaikan seorang pun rakyat yang tinggal di kawasan masing-masing.

Saban hari saya tengok orang kongsikan kes bunuh diri berlaku di sana sini. Ada yang postkan gambar lama ada yang gambar baru. Mana satu betul mana yang tak betul dah berterabur sekarang.

Kesan psikologi yang dicetuskan oleh keadaan ini memberikan gambaran keadaan seperti berada di ambang kehancuran.

Dharurat dah ada, tapi tidak diguna pakai sebaiknya selain dari nak tangguhkan persidangan parlimen saja. Itu tak bagus.

Cadangan yang Tun Mahathir kemukan sebelum ini perlu dipertimangkan dengan serius. Para pemimpin perlu duduk semeja dan mula buat kerjasama demi kepentingan rakyat dan negara.

Saya tahu apa yang ditulis ini memang tak memberikan kesan lansung terutamanya kepada para pemimpin politik. Suara rakyat marhaen macam saya tak ada sesiapa nak dengar melainkan jika saya seorang artis popular atau jutawan kaya raya.

Tapi sekurangnya saya buat apa yang saya boleh buat. Menulis pandangan kat blog ni untuk melepaskan apa yang terbuku dalam benak fikiran.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Semua Menteri di setiap kementerian, wakil rakyat parlimen dan DUN wajib buat kerja

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Setuju benar. Liat YB Muar melaksanakan tugas sebaik mungkin kepada pengundi beliau.Harap YB-YB lain turut membantu rakyat yang mereka wakili bukannya mengalihkan tugas sepenuhnya dan kebajikan mereka kepada kerajaan pusat.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !