Cuba bayangkan ketika berbual dengan kawan-kawan. Tiba-tiba datang terbang seekor lipas besar singgah di badan salah seorang kawan. Dia lalu menjerit kuat. Dilibas-libas tangannya cuba hapuskan lipas yang singgah di belakangan badannya itu.
Dia kelihatan mengeletar, melaung kuat suara jeritan seperti kena hysteria!
Jeritan itu disambut pula oleh salah seorang kawan lagi. Bukan sebab lipas singgah pula kepadanya. Tapi, dia ketakutan. Melihat lipas di belakang kawan itu. Jeritannya bertambah kuat bila lipas itu terbang pula melintas depan matanya untuk seterusnya menjunam masuk ke dalam longkang.
Keadaan macam itu adalah perkara biasa.
Rasanya, ramai yang pernah lalui pengalaman sedemikian. Rahsia kawan terbongkar, lelaki pulak tu, badan sado, tapi menjerit ketakutan hanya dengan seekor lipas kecil sahaja.
Masalah takut kepada lipas itu ada nama khas. Ia dipanggil sebagai "katsaridaphobia".
Punca takut terhadap lipas
Kenapa jadi begitu. Kenapa ada orang yang tak kisah sangat pada lipas. Tapi ada yang sangat takut.
Bukan sengaja, bukan melawak. Memang benar-benar takut.
Rupa lipas berminyak, leper dan pelik sebenarnya dah cukup untuk membuatkan kebanyakan orang rasa jelik tak suka pada lipas. Ditambah pulak dengan bau lipas yang tidak menyenangkan buat rasa geli meningkat.
Kalau anda pernah kena hinggap dengan lipas besar tu, anda pun tahu betapa bau yang melekat pada baju anda macam mana busuknya. Lipas besar tu biasanya suka duduk kat tangki najis di rumah, sekali dia singgah kat badan! sangat meloyakan busuk macam tahik!
Melihat binatang itu keluar merayap dari celahan tepat yang kotor, lubang yang gelas dan sebagainya juga secara semula jadi boleh timbulkan rasa geli atau takut.
Semua itu berikan kesan juga terhadap rasa tak suka pada lipas.
Satu lagi sebab yang kuat buat anda takut pada lipas adalah pengalaman dari zaman kecil dahulu. Berkemungkinan ibu yang ajar anda takut pada lipas.
Menjerit takut lipas depan anak kecil
Manusia secara umumnya dilahirkan berani secara semula jadi. Sifat ingin tahu yang kuat menambahkan lagi keberanian pada kanak-kanak kecil.
Tapi bila dia terdedah kepada ibu, atau dikalangan ahli keluarganya yang menjerit-jerit geli terhadap lipas, mungkin sebab ada sejarah tertentu dengan serangga itu, maka perasaan takut itu terbentuk hasil dari melihat semua aksi tersebut.
Memang kanak-kanak akan membentuk ketakutan yang sama dengan ketakutan yang dirasai oleh masyarakat sekelilingnya. Jika anda membesar dikalangan masyarakat yang takut hantu, anda juga akan bina perasaan takut hantu yang sama dalam diri.
Sebab itulah, anda perlu berhati-hati untuk elakkan diri dari pamerkan aksi ketakutan dihinggapi lipas ketika ada kanak-kanak kecil di depan anda. Ini akan berikan pengalaman dan mesej untuk bayi itu meniru aksi yang sama.
Itu adalah pendapat yag diutarakan oleh Associate Professor Lim Tit Meng, Ketua Eksekutif kepada Science Centre Singapore.
Menurut Assoc Prof Lim lagi, rasa takut yang terbentuk akibat trauma tertentu dalam diri orang tua atau keturunan anda boleh diturunkan kepada anak-anak dan keturunan mereka.
Itu satu lagi kemungkinan terbentuknya perasaan phobia pada lipas.
Perasaan takut sebenarnya boleh terbentuk bila-bila saja sepanjang anda hidup.
Mungkin anda diculik oleh pengganas, humbankan anda masuk dalam lubang najis yang penuh dengan lipas dalam keadaan diugut dan disiksa oleh pengganas bersama lipas. Trauma itu boleh saja buat anda mula rasa phobia pada lipas setiap kali melihatnya.
Cara hadapi masalah takut lipas
Ada terapi untuk hilangkan perasaan takut pada lipas ni. Boleh jumpa pakat jika anda ada masalah takut yang sangat teruk.
Tapi kalau sikit-sikit saja takut nya, anda boleh pulihkan sendiri. Buat pendedahan sikit-sikit terhadap lipas. Boleh mulakan dengan bersembang pasal lipas, kemudian mula lihat gambar lipas.
Kemudian dekat lagi. Pergi tengok pameran lipas yang dah mati. Lepas itu beranikan diri masuk dalam bilik atau kawasan yang memang ada lipas.
Dan begitulah seterusnya perlahan-lahan hingga akhirnya anda dah boleh ambil lipas dan pijak dengan selipar.
Sekarang ada aplikasi yang pakai teknologi AR (augmented reality). Boleh masuk dalam app tu dan tengok lipas. Boleh juga main game tembak atau bunuh lipas dan lain-lain lagi.
Hapuskan lipas dari rumah anda
Biasanya ada 3 jenis lipas saja kat negara kita
- Lipas Jerman - Ini lipas kecil yang anda sering jumpa selalunya kat dapur, kat restoran dan seumpamanya. Ramai yang salah anggap ingatkan ini anak lipas. Memang dia bersaiz kecil macam tu.
- Lipas Amerika - Ini yang biasa anda tengok. Buka penutup tangki najis kat rumah anda, akan ada banyak lipas jenis ni. Sebab itu baunya sangat busuk macam tahi.
- Lipas berjalur coklat - Ini saiznya sama macam lipas Jerman kat atas tu. Tapi sering ditemui dalam kenderaan anda.
Mudah saja.
Pertamanya, jangan bagi dia masuk. Tutup semua bukaan dari luar, dari longkang, dari saluran keluar air di dalam bilik air dan tandas. Jangan bawa lipas jerman dari kedai barang. Lipas itu mungkin menyorok dalam kotak barang yang anda bawa dari kedai runcit umpamanya.
Keduanya, bersihkan rumah supaya tak ada sisa makanan. Sentiasa keringkan rumah supaya tak ada sisa air sebagai sumber makanan dan minumannya.
Ketiganya beli aerosol bunuh lipas dan sembur untuk matikan lipas.
Letak daun pandan tak akan bunuh lipas. Masa baunya masih ada memang lipas cabut lari. Bila dah kering, ianya bleh jadi makanan lipas pula.
Cara terbak adalah dapatkan khidmat syarikat kawalan serangga perosak berlesen untuk selenggara rumah anda dari lipas dan semua makhluk perosak lain seperti semut dan tikus.
Anda boleh dapatkan tawaran istimewa dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control berlesen. Berpengalaman sejak tahun 1998 dalam industri pest control.
Pakej selenggaraan setahun kawalan lipas, semua dan tikus untuk 2 buah rumah. Anda hanya perlu bayar harga untuk sebuah rumah sahaja. Rumah yang kedua adalah percuma. Anda hanya perlu berikan alamat dan no perhubungan rumah yang satu lagi tu.
Tak kisah samada kawan, jiran, saudara. Semua boleh saja. Hubungi Athira 010-234 2542 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !