Masalah lenguh atau tak selesa pada tulang belikat ni memang selalu sangat berlaku. Terutamanya pada anda yang dah agak berumur.
Jika masih muda remaja, rasa lenguh ni memang jarang terasa. Kalau terkehel dan sakit barulah nak mengelabah. Itu jika muda remaja.
Tapi bila dah tua ni, semua masalah tulang dan otot mudah sangat dirasakan.
Banyak kali alami masalah lenguh
Dah banyak kali saya ada tulis pasal masalah lenguh kat blog ini.
Ada 2 bahagian pada anggota badan yang sering alami masalah tak selesa atau lenguh.
Pertamanya pada bahagian anggota kaki.
Ini antara masalah lenguh yang paling awal saya mula alami. Rasa tak selesa pada belakang peha. Kemudian rasa lenguh dan skit tu menjalar turun ke bawah sehingga ke bahagian otot anak anjing.
Mulanya saya ingat ada yang tak kena pada urat atau otot pada kaki tu. Tapi bila dah pergi jumpa pengamal fisioterapi, baru tau yang ianya berpunca dari masalah tulang belakang.
Nasib baik pergi jumpa mereka yang arif. Ada saya update artikelnya di sini.
Bahagian yang kedua kerap berlaku rasa lenguh tak selesa adalah pada tangan. Lebih tepat lagi pada bahagian tulang belikat di belakang.
Bila jadi macam itu, jika dibiarkan berlarutan, ia mula merebak ke bahagian leher pulak. Boleh jadi teruk kadang-kadang sampai ke bahagian dada.
Bila pegang otot di belakang tu ketika sakit lenguh datang, memang terasa keras. Picit kuat kat situ akan rasa sedap.
Tapi mana nak larat hulurkan tangan sendiri untuk picit di bahagian belakang pada otot tulang belikat tu. Lenguh dan tak boleh buat lama.
Ada sekali tu, sakit lenguh berlarutan. Saya pergi ke pusat kiropraktik untuk cuba selesaikannya.
Bila ke sana, dia berikan rawatan, sakit tu hilang.
Tapi lama kemudian, datang balik.
Pergi berubat sampai ke utara
Sampai satu tahap, terasa sangat tangan kiri bila angkat ke atas, macam tersekat tidak selancar tangan kanan. Boleh bayangkan kedudukan tulang sambungan di bahagian bahu tu ada yang tak kena.
Untuk atasi masalah itu, saya pernah ke pusat fisio Mr Ong di Alor Setar. Depa kata baguih sangat.
Bila pergi rasa macam lega. Samada hanya psikologi atau betul-betul lega, tak pasti. Saya ada tulis pasal Mr Ong kat artikel ni.
Tak lama kemudian jadi balik.
Jumpa Master Ang pulak
Dengar kata ada Master Ang kat Sungai petani yang power. Ramai pergi jumpa dia untuk atasi masalah tulang sakit atau lenguh. Jadi saya tak lepas peluang, pergi cari dan buat rawatan.
Sekali pergi, dia buat Body Alignment. Kenakan RM70. Biasanya dia akan tawarkan lagi khidmat buang tosik kebas dan angin katanya, kenakan lagi RM70 untuk full set.
Pekerjanya ramai. Dia buat intro, cuba settlekan masalah utama yang kita hadapi, kemudian akan pass kepada anak buahnya buat total alignment.
Kalau nak cuba boleh wasap 017-424 3248, Master Ang.
Bukan sekali, malah dah 3 kali pergi ke sana.
Pergi kali pertama, lega. Semua hilang terus.
Tapi lama sikit, jadi pulak. Pergi lagi. Hilang, kemudian jadi balik.
Itu yang buat jadi 3 kali ke Sungai Petani tu. Bukannya dekat. Bawa kereta dari Lembah Kelang ke Sungai Petani sorang diri sematamata nak baiki masalah lenguh tangan. Memang habis 2 atau 3 hari kat sebelah utara sana.
Jumpa sendiri formula betulkan lenguh
Saya terfikir. Setiap kali pergi jumpa semua master tu, mereka akan pulas, kemudian tarik keluar tangan atau kaki yang ada masalah. Sambil keluarkan bunyi uhhh! uhhhh!. Macam Bruce Lee pun ada.
Satu hari, saya tak tahan rasa lenguh tu. Keluar idea nak buat macam semua master tu buat. Tarik keluar tulang tu.
Selepas habis bersenam pagi, biasanya saya buat senaman mendagu. Tapi kalai ni, saya tak mendagu macam biasa. Saya bergantung pada besi tu, longgarkan semua anggota dan kekal bergayut kat besi tu sambil buat kiraan sampai 50.
Buat 3 set macam tu.
Begitulah saya buat setiap pagi sebagai penamat dari aktiviti senaman.
Nak dijadikan rezki, hilang terus kesemua lenguh yang dok berulang jadi selama ini. Malah rasanya jauh lebih lega dari pergi berjumpa dengan kesemua master tersebut.
Saya dah boleh angkat tangan, garu belakang dan tak lenguh lagi macam selalu. Tak payah nak pergi jumpa kesemua master tu lagi. Fisio pun tak perlu.
Bergayut pada palang besi
Saya cuba pulak bergayut pada palang besi dengan kaki. Saya selitkan kaki, kemudian biarkan diri terbalik bergantung dengan kaki di atas pada palang besi tu.
Sama juga. Buat kiraan 50 atau lebih lama lagi.
Kalau bergayut tangan dapat legakan habis kesmeua masalah tulang belikat dan bahu yang dah bertahun-tahun berlaku, tentu bergayut kaki juga dapat legakan dan betulkan sendiri dan sambungan antara peha dan tulang punggung juga.
Ternyata memang betul.
Saya amalkan selang dua atau tiga hari untuk bergantung dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Longgarkan semua anggota kaki dan badan dan biar lama macam itu.
Jadi sekarang, saya dah dapat selesaikan masalah alignment. Tak payah nak ke Jelebu, tak payah nak ke pusat kiropraktik, dan tak perlu terpa ke utara tanah air lagi.
Keluar ke taman permainan, cari palang besi dan bergayut. Itu saja.
Sampai saya beli sarung tangan supaya tak terjejas tapak tangan tu bila bergayut lama pada palang besi. Boleh beli kat lazada saja.
Senaman hilangkan lenguh belakang
Selain dari bergantung macam yang saya buat tu, saya juga jumpa video senaman untuk atasi masalah yang sama di youtube.
Elok rasanya untuk saya kongsikan kat sini. Senamannya mudah sdangat untuk dilakukan. Ada 3 jenis senaman kesemuanya. Sila nonton you tube yang saya lampirkan kat bawah ni.
Salam, senaman yg paling senang untuk counter tulang belakang dan cover satu badan adalah plank ini saya dah buat 3 tahun, buat dalam masa 2 minit pun cukup, hilang semua lenguh tu dan dah lama tak kena sakit tulang belakang, dulu nak keluar dari kereta pun sakit, nk bangun pun sakit, plank ada banyak variasi dia..
ReplyDeleteW'salam Tuan!
DeleteTerima kasih atas info. Saya tak pernah amalkan senaman plank ni .. menarik untuk saya mula cuba amalkan. Terima kasih tuan sudi beri maklumat !
Lupa saya nak bagi tahu sebelum tu, saya ada buat fisioterapi masa sakit pinggang teruk tu dengan sorang hamba Allah dalam waktu yg sama dia ni budak Fitness, siapa yg kena stroke Inn Syaa Allah boleh berjalan balik tapi kena ikut saranan dia, saya buat 4x dalam waktu 2 minggu, buat fisio ni bukan best sakit sampai esok tu kena letak ais dan ambil cuti, satu sesi tu ambil masa dekat 2 jam kadang lebih, dia la bagi suggest buat plank Alhamdulillah sampai hari ni maintain, cuma kalau nak buat alignment setahun sekali boleh lah jumpa dia
ReplyDeleteTerima kasih tuan atas maklumat. Kat mana lokasi buat fisio tu tuan?
DeleteLupa nak bagi tahu masa sakit tulang belakang tu ada buat fisio dengan hamba Allah ni, dia fisioterapi dan jugak ahli Fitness,buat fisio satu badan, satu sesi 2 jam kadang lebih, saya buat x4 dalam jarak 2 minggu ikut saranan dia, kalau sebulan sekali dia tak nak buat, orang kena stroke Inn Syaa Allah dapat berjalan balik, buat fisio sakit badan esok nya kena cuti kerja dan tempat sakit tu kena letak ais, lepas tu dia ajar buat plank sampai sekarang maintain, cuma kalau setahun sekali nak buat alignment baru jumpa dia
ReplyDeleteDi Damansara Heights sahaja..
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/Nervosteo/ itu FB dia, nama Muhammad Azmir,
Terima kasih tuan!
Delete