"Nanti balik jangan lupa beli keropok lekor ya!"
Itu pesan orang rumah ketika keluar untuk ke Kuala Terengganu pada hari selasa minggu lepas.
"Beli baju kelawar sekali tau!" pesan tambahan.
Baju kelawar Terengganu dah wajib kena beli. Itu uniform isteri dan anak-anak perempuan di rumah. Kalau tak pesanpun memang saya akan beli. Kita cerita bab baju kelawar istimewa Terengganu dalam artikel lain nanti.
Kita fokus kepada keropok Lekor Terengganu saja kat sini.
Memang itu makanan kegemaran kami satu keluarga terutamanya anak-anak. Keropok lekor makan cicah sambal manis di pasar malam pun dah cukup menyelerakan bagi mereka.
Jika ke pasar malam, pantang lalu depan gerai keropok lekor goreng panas. Mesti nak kena beli juga. Habis RM10 bungkus keropok itu untuk di bawa balik makan ramai-ramai kat rumah.
Kadang-kadang, tak sempat sampai rumah lagi dah habis tinggal separuh. Begitulah tahap sukanya mereka pada keropok lekor.
Sekalipun rasa yang terjual di pasar malam bukanlah sedap sangat. Kebanyakannya lebih tepung dari rasa ikan. Kosong macam kunyah getah liat saja. Kalau keropok lekor tu dah sejuk, lagilah tak lalu nak kunyah.
Satu lagi. Yang dijual di pasar malam di Lembah kelang ni kebanyakannya keropok lekor dari Kelantan. Saiznya besar, tepungnya banyak, ikannya sikit. Ada yang lembut dan ada juga jenis keras kedekiang.
Agak sukar nak jumpa keropok lekor Terengganu dijual di pasar malam. Setakat ini, saya tak jumpa lagi. Jika pembaca tahu ada pot jual keropok lekor dari Terengganu di Lembah Kelang ni, sudi-sudilah beritahu kat ruang komen di bawah tu ya!.
Keropok lekor Terengganu famous
Selama ini, setiap kali ke Kuala Terengganu, yang biasanya ke sana dengan menaiki Kapal Terbang, saya tak pernah lepas untuk beli Keropok Lekor di Bukit Tok Beng.
Sejak mula beli pertama kali dahulu, itulah kedai pilihan sampai sekarang.
Waktu nak balik, sebelum ke Airport, situlah kedai singgahan. Jika masih awal, pekena dua atau tiga pingan terlebih dahulu kat situ.
Mereka sediakan meja makan dan minum untuk anda yang nak menjamu selera keropok lekor kat situ. Makan panas-panas, campur keropok lekor biasa dan jenis yang ada cheese. Cicah sambal pekat manis .. perghhh! sedap!
Kenapa Keropok Lekor Tok Beng jadi pilihan?
Sebab utama adalah rasa penuh ikan yang ada pada keropok buatan mereka. Memang puas makan bila benar-benar rasa kunyah ikan.
Anda tak akan rasa keropok lekor mereka kenyal berlebihan. Masukkan ke dalam mulut, kunyahan pertama lancar memecahkan isi di dalamnya. Terlerai dengan mudah tapi tidaklah sampai hancur lembut.
Sedang-sedang saja tekstur kekenyalannya.
Berlainan dari rasa keropok lekor yang anda biasa makan kat pasar malam. Kalau pakai gigi palsu, memang gagal untuk menikmati keropok lekor jenis liar begitu.
Samada anda makan jenis rebus mahupun jenis goreng, kedua-duanya sedap sahaja. Tapi saya lebih suka jenis goreng.
Dari maklumat yang boleh dipercayai, saya dapat tahu jualan keropok lekor Tok Beng itu mencecah sekitar RM150 ribu sebulan. Jika musim percutian, boleh naik dua kali ganda dari itu.
Itu prestasi zaman Covid-19 tak wujud lagilah. Sekitar tahun 2014, jualan mereka adalah sebanyak RM1.8 juta setahun. Mereka sasarkan jualan tahunan sehingga RM3 juta setahun menjelang 2016. Samada tercapai atau tidak saya tak pasti la pulak.
Sekarang saya tak tahu bagaimana prestasi jualan mereka. Mungkin dah ada sistem jualan secara online dari Shopee atau portal online lain, saya tak tahu.
Beli Keropok Lekor Losong Ori
Trip ke Kuala Terenggani kali ini punya jadual yang sangat padat. Walaupun saya bertolak naik kereta dari Selangor pada hari Selasa dan tinggal di Kuala Terengganu sehingga hari Jumaat, lansung tak keluar ronda-ronda ketika di sana.
Hanya pada hari Jumaat, hari nak gerak balik baru ada masa untuk lari ke Pasar Payang sebentar beli baju Kelawar Terengganu.
Rupanya dah ada bangunan baru. Besar satu binaan penuh dengan gerai kat dalam tu. Di sebelah luar ruang legar berdepan laun pula ada gerai makanan.
Kedai-kedai cantik yang ada di depan laut tu dah tutup rupanya. Semua masuk ke dalam bangunan baru tersebut.
Hari Jumaat masih tetap meriah juga. Orang agak ramai membeli belah di dalam tu walalupun wabak covid-19 masih tidak reda. Bersempit juga sekali sekala setiap kali lalu lalang di dalamnya.
Untuk pastikan saya pantas beredar dari tempat ramai orang macam itu, saya terus masuk ke dalam salah satu kedai yang corak batiknya menarik, beli semua pesanan baju kelawar, dan terus keluar balik ke kereta.
Kami bertolak ke Kampung Losong pula yang tak berapa jauh dari situ.
Hasrat hati nak beli Keropok Lekor Tok Beng tak kesampaian sebab mereka tutup hari jumaat. Itu maklumat yang saya baca bila buka goggle map. Entah betul tutup atau tidak, saya tak pergi buat kepastian.
Terpaksa beli keropok lekor di losong sahaja.
Masalahnya, tak tahu kedai mana satu yang perlu kami singgah. Keropok mana satu yang rasanya seperti mana yang saya harapkan.
Sampai di situ, berhenti kedai pertama. Masuk ke dalam, order sepinggan terlebih dahulu keropok lekor panas yang terlah digoreng. Makan habis, untuk sahkan memang bukan citarasa yang saya mahu.
Keropok itu kenyal, liat dan rasa ikan hanya 10% sahaja dari rasa ikan pada keropok lekor Tok Beng yang selalu saya makan. Terus batalkan saja untuk beli di situ.
Saya ke depan satu lagi kedai. Ada 2 kedai bertentangan antara satu sama lain. Singgah kedai pertama berhampiran surau. Pergi tengok-tengok dan belum sempat kami beli mereka beritahu bungkusan vakum tak ada. Kena tunggu lama sikit baru ada nanti.
Itu memudahkan untuk buat keputusan untk pergi ke kedai satu lagi pula.
Dari signboard saya baca dia tulis Keropok Lekor Losong Ori. Perkataan Ori itu dibulatkan oleh warna biri tua pada background nya.
Kawan yang bersama saya beritahu itu cadangan kawannya yang pernah beli kat situ. Maka kuat lagi alasan untuk kami beli kat situ.
Bila sampai, pakcik berbaju melayu dan berkain pelikat kemas, baru balik solat jumaat, taukeh kedai itu terus hulurkan keropok panas-panas dalam pinggan untuk kami rasa.
Saya ambil satu dan gigit sedkit ..
Ok! lulus!
Itu barulah rasa ikan. Bukannya rasa tepung kenyal. Teksturnya juga lembut macam yang Tok Beng punya. Tapi saiznya lebih besar sikit dari yang biasa saya beli.
Maka kami boronglah berkilo-kilo dari Pak Cik yang baik hati tu.
Dia beritahu dah lebih 15 tahun bisnes kat situ. Orangnya memang peramah. Macam-macam dia berikan free pada kami berdua.
Siap goreng dan masukkan sebungkus asing siap bersama sambalnya sekali untuk kami kunah sambil memandu balik.
Memang patut pun rezki dia murah hari itu.
Dan tergerak untuk saya tulis artikel ini buat sumbangan mempromosikan kedai Keropok Lekor Ori buat anda yang nak ke Kuala Terengganu nanti.
Jika Tak mahu ke Keropok Lekor Tok Beng, yang biasanya terlalu ramai, anda boleh saja cuba Keropok Losong Ori ini.
Dah mula kena diet, nasi kandar, lekor ni kalau boleh kurang kan ini antara makanan yg kaya dengan kolesterol jahat, nanti ubat kolesterol pun jadi makin tinggi mg dia, selain dari exercise diet pun penting jugak tidak kolesterol jahat susah nak turun, itu yg dah buat puasa sunat pun masih kolestrol tinggi makan pun kena jaga dah tu..
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan tuan. Memang bab makan ni tak berapa nak perhati sangat. Biasanya makan sekadar separuh pinggan saja. Lainnya adalah sayur dan buah yang penuh pinggan. Masih tak sampai peringkat tingalkan makanan penyumbang kolestrol lagi .. nak kena buat list nampaknya mana yang boleh dan mana yang tak boleh makan. Anyway .. tqvm atas peringatan tuan. Sangat dihargai!
DeleteKolestrol jahat ni datang dari 2 sumber, 1 makanan yg kita makan dan yg 1 lagi dari hati kita genetik ,hati terlebih keluar kan kolestrol.Saya pernah tinggalkan ubat kolesterol selama 6 bulan, sekali naik double daa.Akan datang medical check saya akan tanya pada doktor apakah guideline untuk kita orang Asia dibandingkan dengan orang europa.
ReplyDeleteSama macam saya. Tak pergi ambil ubat kolestrol dan tak makan. Bacaan terus naik.
DeleteTerfikir yg ubat tu dah buat tubuh bergantung padanya sampai terikat. Kalau tak ambil dari awal, mungkinkah bacaannya tak akan jadi tinggi terkejut sebegitu?