Lama dulu, saya pergi mengurut di Cheras. Tukang urut tu bekas posmen. Mulanya dia buat kerja mengurut secara sambilan saja. Bila pendapatan kerja itu jauh lebih bagus dari posmen, dia buat sepenuh masa.
Ada satu artikel yang saya tulis dah lama dahulu. Saya buka balik, jumpa semula dalam blog ini juga. Ditulis pada bulan Januari tahun 2012. Kalau nak baca, boleh pergi ke pautan di sini.
Dari Haji Ibrahim tu, saya dapat tahu ramai pelanggannya dari kalangan orang berada. Baik Cina mahupun Melayu.
Pelanggan tetapnya akan datang mengurut seluruh badan setiap bulan tanpa gagal.
Masa tu saya rasa agak pelik sebab bukan kaki mengurut. Bagi saya, pergi urut hanya bila ada masalah sahaja. Kalau semuanya rasa ok, nak urut apa?
Bila saya tanya Haji Ibrahim, dia kata orang Cina dan para Datuk tu mengurut atas tujuan menjaga kesihatan tubuh badan.
Saya iyakan saja dan tak ambil peduli sangat masa itu.
Tingkatkan sistem ketahanan badan
Sehinggalah saya menonton satu rencana di TV berkenaan sistem ketahanan badan. Rencana panjang tu buat berbagai ujikaji menggunakan peserta yang sudi untuk diukur sistem ketahanan badan mereka berdasarkan apa yang mereka amalkan.
Perubahan terhadap ketahanan badan akan diukur setiap kali peserta melaui beberapa aktiviti yang digariskan.
Dari rencana itulah baru saya dapat tahu bahawa mengurut dapat tingkatkan sistem ketahanan tubuh banda kita.
Patutlah mereka suka pergi mengurut. Patutlah ramai juga para mak datin yang prihatin dengan kesihatan ambil initiatif mengurut secara berkala. Ada manfaat untuk bagi sihat rupanya.
Saya goggle maklumat berkenaan kebaikan mengurut, keluar banyak laporan dari portal yang boleh diyakini akan kelebihannya. Salah satu dari kebaikan mengurut adalah membaiki sistem ketahanan badan.
Sama macam apa yang ditunjukkan dalam rencana yang saya cerita tadi.
Boleh rujuk maklumat mengurut yang lengkap pada pautan ini jika berminat nak tahu lebih lanjut.
Mandi pakai air sejuk bagus
Satu perkara menarik yang saya dapat tahu dari rencana yang saya sebut di atas tadi adalah berkenaan mendedahkan diri kepada suasana ketakutan dan terkejut.
Pegang ular contohnya jika anda rasa takut dengan ular, atau apa saja binatang yang anda takut. Tahan diri dan cuba dekati binatang tersebut dalam keadaan terkawal.
Ketakutan akan gandakan sistem ketahanan tubuh badan anda.
Atau laing mudah pergi mask rumah berhantu. Itu juga mampu tingkatkan sistem ketahanan badan.
Pelik tapi menarik. Itulah yang didapati dari kajian.
Anda boleh baca maklumat lanjut berkenaan takut dan terkejut itu di pautan sini.
Jika anda tak mahu ambil risiko ke situ, ada satu cara lagi yang amat mudah dan boleh buat setiap pagi.
Mandi dengan air sejuk!
Kalau kat rumah ada shower air panas sekalipun, tak payah pakai air panas tu. Buka air sejuk tu dan biarkan ia gigilkan tubuh badan anda kesejukan. Ianya amat bermanfaat.
Masa kat kampung dulu, mandi air telaga disubuh hari memang terasa kesejukannya. tapi rasa sejuk itulah yang sebenarnya memberikan kesegaran dan rasa sihat.
Baca laporan berkenaan kelebihan mandi pakai air sejuk kat sini.
Sekarang anda tahu kenapa perlu mandi pakai air sejuk setiap pagi. Dan kenapa perlu amalkan urut seluruh badan sekurangnya sebulan sekali.
Kalau mengurut kat kampung satu badan selama sejam, kosnya hanya dalam RM50 sahaja. Kat Lembah Kelang ni pun masih ada yang ambil harga macam itu juga. Pak Indon biasanya pandai dalam kerja mengurut ni.
Elok pergi ambil khidmat mereka yang belajar dan bukannya dari mereka yang main belasah saja.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !