Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 November 2021

Apa berlaku pada lelaki dan wanita apabila mencium bau bayi ini sangat menarik

  Ano Nyme       25 November 2021


Bagi anda yang dah berkahwin, ada pengalaman membesarkan bayi tentu tahu bagaimana sedapnya bau seorang bayi.

Kalau belum kahwin tapi biasa cium bayi, tentu tahu juga rasanya menghidup bau bayi.

Bayi yang paling sedap baunya adalah ketika baru lepas dimandikan. Kalau tak mandipun, tapi dalam keadaan bersih, baunya tetap sedap.

Ciumlah kat manapun. Kat mulut bayi yang baru bangun tidurpun, baunya tetap sedap.

Masa anak-anak lahir dulu, tempoh selepas lahir sehingga umur setahun, antara perkara yang saya tak sabar nak buat sebaik saja balik ke rumah adalah nak pergi cium bayi tu. Tak kisah samada dia sedang berjaga atau sedang tidur.

Ada masanya, boleh terlena sebelah bayi, sambil hidung melekap pada kepala bayi tu. Sedapnya Subhanallah!, Tuhan saja yang tahu.

Apa bau yang bayi keluarkan

Saya baru tahu bahawa bau yang bayi keluarkan itu datang dari bahan kimia yang dinamakan sebagai ' hexadecanal'.

Bahan kimia itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang bau. Bila anda cium bahan kimia itu memang tak ada bau apa-apa pun. Tapi ia beri kesan tindak balas kepada otak manusia yang menciumnya.

Ia adalah sejenis bahan kimia yang kadang kala dikeluarkan dari kulit manusia. Bau atau bahan kimia ini paling kerap keluar dari kulit kepala seorang bayi.

Itulah bau yang anda dapat cium pada bayi. 

Baru saya perasan bahawa memang bahagian kepala lah paling suka saya cium dengan lembut pada semua bayi yang saya pernah ada ketika anak-anak masih kecil dahulu.

Kesan dari bau bayi pada manusia

Apa yang sangat menarik adalah kesan yang berlaku kepada mereka yang mencium bau dikeluarkan oleh bayi.

Bau yang sama, tetapi memberikan kesan yang berbeza antara pelaki dan pada perempuan.

Jika ayah mencium bau bayi, ia akan berikan kesan sikap yang lembut kepadanya. Tak kisah samada ayah atau orang lain, jika lelaki cium bau bayi, terus emosinya berubah jadi penyayang dan lembut.

Terbalik pula jika si ibu yang mencium bau yang ada pada bayi.

Perempuan akan berubah emosinya jadi lebih agresif. Berlawanan dari apa yang berlaku pada kaum lelaki.

Pelik bukan?

Tuhan ciptakan kejadian yang sangat hebat luar biasa. Bau sama tapi kesan berbeza.

Dari kajian yang saintis buat, itulah penemuan yang mereka dapat.

Secara logik, nampak kenapa jadi begitu. Ada keperluan nya demi keselamatan bayi yang masih lemah itu.

Ibu perlu bersikap agresif untuk pastikan bayinya selamat. Manakala ayah pula perlu dikawal sikap agresif supaya tidak memberikan masalah kepada bayi.

Dalam dunia haiwan, yang jantan, apabila agresif, anak-anak lah yang biasanya akan menjadi mangsa.

Sama juga pada dunia manusia.

Bila si ayah naik baran, anak-anak yang hanya tahu menangis saja itu akan jadi mangsa naik darah lelaki.

Jadi bila si ibu jadi lebih agresif hasil dari bau yang bayi keluarkan, dia akan bertindak pertahankan bayinya itu.

Itulah logiknya.

Subhanallah!

Baca laporan lanjut berkenaan kajian tersebut pada pautan ini. Laporan asal saya dapat dari pautan di sini.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa berlaku pada lelaki dan wanita apabila mencium bau bayi ini sangat menarik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !