Kali akhir saya naik kapal terbang sebelum meletusnya suasana atau norma baharu juga ke Kelantan.
PKP pertama yang negara kita buat adalah pada 18 March 2021.
Kerajaan terpaksa kenakan lockdown untuk membendung wabak Covid-19 yang dah mula merebak.
Orang ramai dah mula risaukan wabak tersebut ketika saya masih berada di Kelantan. Masa nak balik ke Selangor, ketika berada di Lapangan Terbang Kota Baharu, kelihatan dah ramai mula kenakan penutup mulut dan hidung.
Saya masih santai tak pakai apa-apa mask ketika itu. Tapi ketika berjalan di sekitar lapangan terbang tu, kerisauan untuk sentuh apa saja permukaan sudah mula terasa. Suasana persekitaran sudah ketara kelihatan berbeza dari biasa. Orang pun dah tak ramai di airport.
Selepas tiba di KLIA, sejak dari itu, PKP demi PKP dilaksanakan. Sampai dah 2 kali berpuasa sepanjang Ramadan dan beraya tidak seperti biasa lagi.
Itu juga kali akhir saya naik Kapal Terbang.
Kali Pertama naik Air Asia dalam norma baharu
Minggu lepas, saya mula naik kapal terbang semula. Juga ke Kelantan. Naik AirAsia juga.
Kali ini, sentiasa pakai penutup mulut dan hidung. Yang dah jadi salah satu gajet wajib ada dalam simpanan untuk di bawa ke mana saja.
Penerbangan pukul 7:20 pagi di KLIA 2. Saya gerak dari rumah menuju ke sana seawal pukul 5:30 pagi. Sampai di sana dalam pukul 6 lebih.
Ramai juga orang dah ada di situ. Tapi tidak seramai seperti sebelum norma baharu.
Macam biasa, untuk masuk ke dalam terpaksa scan MySejahtera dan buat bacaan suhu pada dahi terlebih dahulu. Untung sebab tak berapa ramai ketika itu.
Saya terus ke papan jadual penerbangan untuk membaca maklumat pintu naik penerbangan. Kemudian terus ke pintu masuk keselamatan.
Setiap orang perlu tunjukkan status vaksin sebelum di benarkan masuk. MySejahtera jadi aplikasi yang sangat penting sekarang. Kalau tak ada telefon bimbit tentu keadaan jadi lebih sukar.
Saya dapat masuk dengan lancar sebab semua keperluan dipenuhi. Sah saya bukan antivak.
Masuk gate keselamatan, scan semua beg dan selepas semuanya selesai, terus turun menuju ke K14 di bawah sana.
Saya dah terbiasa untuk sentiasa pilih jalan yang tak perlu berselisih dengan orang ramai ketika berjalan kaki menuju ke sana. Ramai juga orang dah ada kat dalam tu. Semuanya pakai mask.
Sebelum masuk ke bilik menunggu, saya singgah sebentar masuk dalam bilik solat yang ada banyak di dalam tu. Beruntung juga sebab orang tak berapa ada. Saya tunaikan solat subuh dan masuk cari tempat duduk sementara menunggu panggilan untuk masuk ke Kapal Terbang.
Keadaan seperti biasa saja seperti sebelum ini. Cuma orang ramai nampak lebih berdisiplin untuk tidak berada rapat antara satu sama lain. Bagus macam tu. Lebih selesa.
Panggilan untuk masuk juga teratur dan disemak terpebih dahulu oleh krew penerbangan. Penumpang yang duduk di bahagian belakang sahaja dibenarkan masuk terlebih dahulu ikut zon masing-masing.
Kalau sebelum ini, tidak berapa dikawal sangat. Kali ini mereka lebih detail. Kalau bukan zon yang dipanggil, disuruh tunggu dulu. Juga satu perkara yang baik dan dipatuhi oleh semua orang.
Tak ada lagi sikap berebut tak peduli arahan macam selalu. Saya lebih suka keadaan teratur dan tersusun macam itu. Baru nampak bertamadun sikit.
Dalam Kapal Terbang, kelihatan semua pramugari pakai cover pakai buang lengkap tutup seluruh badan mereka siapa dengan penutup plastik keras di pakai dengan topi. Kecantikkan pakaian merah mereka sudah terlindung sekarang. Macam jururawat dalam hospital pula nampaknya.
Yang tak best adalah saya kena duduk di kerusi tengah di antara 3 kerusi kapal tu. Berhimpit juga nampaknya. Nasib baik ada tempat letak tangan mengasingkan antara penumpang dalam satu barisan kerusi yang sama.
Untung kedua-dua penumpang sebelah kiri dan kanan saya kurus-kurus belaka dan perempuan. Mereka lansung tak letakkan tangan pada pemisah tu. Saya rasa selesa semula dan lega.
Macam biasa, saya cuba pejamkan mata untuk sambung tidur sebab bangun awal pagi tadi.
Tak lama kemudian, sampai ke Lapangan Terbang Kelantan.
Kawan dan tunggu saya untuk terus buat kerja hari itu di Kota Baharu.
Duduk di Hotel H Elite
Selesai kerja petang itu, kami terus pergi ke Hotel H Elite. Pertama kali saya duduk di situ. Sebuah hotel besar yang baru.
Suasana norma baharu memang lebih melegakan. Semuanya tersusun dan tidak kelam kabut. Yang bagusnya, orang ramai memang sentiasa patuh SOP yang dikenakan.
Hotel siap adakan bekas kaki yang ada cecair di pintu masuk hotel. Perlu pijak kedua-dua kaki masuk dalam bekas itu. Katanya untuk proses nyah-kuman. Saya tak pasti samada itu perlu. Tapi buat juga.
Cecair cuci tangan sentiasa ada di kebanyakan tempat. Memang itu dah jadi amalan biasa sejak wabak covid-19. tak pernah berlaku dalam sejarah hidup saya, cuci tangan tersangat kerap.
Jumlah kekerapan saya sanitize tangan sehari lebih banyak dari jumlah seminggu saya mandi sekarang!. Luar biasa!. Beruntung pembuat dan penjual cecair disinfectant!.
Hotel adakan sarapan pagi macam biasa. Dah tak perlu ambil bungkus dan bawa balik makan di bilik seperti yang saya lalui ketika tinggal di hotel Rocana di Kuantan seminggu sebelum itu.
Orang ramai nampak dah biasa jalani norma baharu. Tak berapa takut lagi dengan wabak walaupun jumlah kes jahu lebih tinggi sekarang berbanding peringkat awal dahulu.
Jumlah kes 5 ribu sehari dah buatkan orang rasa lega!
Kalau dulu, naik lebih seratus dah mula kelam kabut risau. Sekarang sudah tidak begitu lagi. Alah bisa tegal biasa ..
Rumusannya, keadaan norma baharu membuatkan orang ramai lebih berdisiplin dan tidak kelam kabut.
Itu saja yang saya dapat rumuskan !
Ada beberapa tempat makan best yang saya sempat pergi kali ini. Gambar kat atas tu adalah meni daging bakar sup dan nasi yang saya baru cuba di Kedai Suliza Sup Perut. Tapi itu bab lain akan saya tulis jika ada masa nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !