Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 November 2021

Lega bila WhatsApp tambah baik fungsi 'Archived', dah tak perlu left group wasap

  Ano Nyme       21 November 2021


Sejak dari awal dulu saya cari cara terbaik untuk left group wasap, tak pernah jumpa.

WhatsApp tidak ada fungsi yang mengizinkan anda keluar dari mana-mana grup secara diam-diam tanpa sebarang hebohan.

Itulah dilema besar yang sering menghalang orang yang bosan dengan sesuatu grup wasap 'left group'.

Serba salah bila grup yang anda duduk tu dimasukkan oleh kawan-kawan, ahli keluarga, anak khariah, geng surau, kawan sekolah atau universiti, kawan kolej, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Asalnya, turut serta sebab tak mahu keciciran maklumat terkini kawan atau saudara tercinta. Tak mahu ketinggalan terhadap perkembangan kampung halaman asal.

Malangnya, dalam mana-mana grup, dah pasti ada salah satu, sebahagian atau semua perangai begini.

  1. Gila Politik - Ini jenis yang makan, tidur, berak, kentut semuanya berbunyi politik. Apa saja benda yang dia kongsi penuh dengan cubaan untuk tonjolkan keburukan dan kesalahan kumpulan politik lain yang tidak disokongnga.
  2. Otak Kotor - Ini pula jenis yang asyik pikir nikmat dunia serakah saja kerjanya. Semua postingnya berkisar tentang tema yang berbaur keseronokan tersebut.
  3. Gila Poligami - Ini lebih kepada kaum Adam. Bila masuk bab kahwin lebih dari satu, dia akan berikan respon paling awal dan bertali arus selagi ada yang sanggup melayannya. Perkataan 'Janda' sentiasa membuatkan telinganya kembang naik jadi tajam.
  4. Mabuk Agama - Ini sekali pandang nampak macam bagus. Kalau dia ustaz yang memang mendalami topik tertentu, elok juga jika dia kongsikan ilmunya pada kawan-kawan yang berminat. Tapi selalunya, orang begini bukannya 'alim ulama pun. Dia tetiba mendapat hidayah menyesali segala dosa lalu. Lalu, setiap jam ada saja video, solawat, ceramah, wirid, cut n pasti dan seribu satu macam maklumat keagamaan yang dia forward sampai penuh space wasap.
  5. Kaki Jual - Ini pulak pantang masuk mana saja grup, dia mula iklan macam-macam cuba untuk menjual. Ada saja produknya, termasuklah MLM dan program affliate yang ada komisyen.
  6. Kaki viral - Jenis ini pantang dapat video viral, pasti akan dikongsikannya di semua grup wasap yang dia masuk. Lawak, seram, ngeri, malapetaka dan seumpamanya. Macamlah orang lain tak ada akaun media sosial dan tak ada akses dengan semua benda viral membosankan tu.
  7. Mabuk Nasihat - Ini pulak kerjanya asyik nak nasihat orang jadi manusia mithali, berjaya dan sempurna. Ada saja nasihat kata-kata motivasi siapa dalam bentuk banner mahu dkongsikannya. Banyak petik ayat seperti Tuhan mahu anda begitu dan begini dan seupamanya. Mana dia tahu perancangan sebenar Tuhan entahlah!.

Posting yang tidak relevan


Segala posting yang dibuat oleh mereka yang masuk dalam kategori di atas bukanlah satu masalah. Asalkan ia dikongsikan dalam grup wasap yang memang tujuannya untuk topik yang selari.

Masuk grup wasap lawak, posting semua benda lawak. Baguslah tu. Memang itu tujuan grup tu.

Sama juga jika masuk grup Keagamaan. Posting bab keagamaan memang selari dengan matlamat grup. Semua yang ada dalam tu memang bersedia untuk menerima segala posting yang berkaitan. Jadi tak ada hal.

Tetapi, masuk dalam grup maklumat penduduk taman, sumbat segala posting yang tak relevan dengan sebaran maklumat, memang lah tak kena. 

Bukan semua orang sertai grup tu bersedia nak dengar benda mengarut. Kalau dah fokus kepada sebaran maklumat, maka kekalkan saja posting kepada agenda itu. Jangan tersasar.

Itulah yang sering berlaku dalam masa saja grup wasap yang anda masuk. Terjadi kepada saya sendiri dalam grup anak khariah kampung, kawan sekolah dan lain-lain lagi.

Punyalah aktif masuk mesej bersimpang siur tapi kesemuanya hanya membuang masa dan jenis syok sendiri tuan punya badan yang konsgikan saja.

Nak keluar tak gamak. jadi biar macam itu saja menggangu ketenangan sebab cenderung ternampak juga dan baca posting tu.

Fungsi Archived melegakan


Akhirnya, whatsapp berikan satu solusi yang sangat membantu. 

Buat setting pada fungsi Archived. Anda hanya perlu tekan Archived dan tekan Edit. Selepas itu tekan 'Edit Archived Settings'.

Selepas itu, enable 'Keep Chat Archived'.

Dengan berbuat begitu, segala mesej baru yang masuk ke grup atau akaun orang dalam 'Archived' akan tetap kekal di situ tanpa ada sebarang notification.

Anda sudah tidak akan diganggu lagi oleh semua mesej wasap dari mereka yang memang anda tak mahu ambil tahu.

Paling penting, boleh buat begitu tanpa perlu keluar atau left group. 

Tak ada sesiapa tahu yang anda telah sejuk bekukan group sampah semak tu seperti mana mereka tak pernah ambil tahu samada anda suka dengan apa yang mereka mabuk kongsikan segala benda mengarut atau tidak.

Banyak grup aktif begitu termasuklah grup anak khariah yang saya bekukan. Kadang kala mesej tak dibaca beribu dalam tu. Lantak lah begitu. Walaupun saya terlepas maklumat perkembangan yang dikongsikan dalam grup.

Tak guna menunggu maklumat berguna yang hanya masuk sekali sekala terselit dalam seribu lagi maklumat sampah. Siapa nak perasan. Siapa nak sabar buka dan abaikan, buka dan abaikan semata-mata nak tapis info berguna.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Lega bila WhatsApp tambah baik fungsi 'Archived', dah tak perlu left group wasap

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !