Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 November 2021

Pengalaman buat ujian covid-19 sendiri di rumah dengan ProDetect Covid-19 Antigen Self-Test

  Ano Nyme       14 November 2021

Bli Kit Ujian Kendiri secara online di sini

Badan rasa tak berapa sihat selepas balik dari meronda sakan bersama keluarga. Saya ada buat posting pasal aktiviti kembara bersama keluarga dalam artikel yang lalu di sini.

Sekarang, rasa demam, selsema, sakit tekak, sakit kepala dan seumpamanya adalah perkara yang merisaukan.

Dah tak sama seperti sebelum wujudnya masalah Covid-19.

Bukan tak pernah demam dan selsema. Malah keadaan hidung berair bercucuran hingus cair meleleh keluar tak henti dari hidung sememangnya dah biasa selama ini.

Bila keluar masuk dari keadaan sejuk dan panas yang jauh berbeza, hidung akan jadi gatal dan mula berair. Terdedah kepada debu berlebihan juga mampu cetuskan masalah yang sama.

Begitu juga dalam keadaan cuaca panas dalam persekitran yang ada banyak debunga tumbuhan. Hidung jadi kering dan mula bersin. Diikuti dengan cecair meleleh laju keluar.

Walaupun hingus meleleh adalah perkara biasa bagi saya. Orang lain yang lihat keadaan sebegitu dah tentu rasa tak selesa. Tambah pula asyik bersin kerap, lagilah orang sekeliling yang tak kenal akan khuatir.

Hari ahad selepas balik dari bercuti bersama keluarga selepas itu, saya perlu ambil AirAsia untuk terbang ke Kelantan. Ada urusan kerja.

Orang kerja sendiri macam saya hanya ingat untuk pastikan kerja diselesaikan sahaja. Cuti sakit memang tak main. Sebolehnya, minta doa agar tubuh badan sentiasa sihat untuk cari makan buat sara keluarga dan tanggungan.

Tiket pula dah beli dan dah confirm. Kalau keadaan hingus meleleh, suhu badan naik, dah tentu akan halang saya masuk KLIA dan naik Kapal Terbang. Itulah yang buatkan rasa risau timbul semacam.

Beli ProDetect Covid-19 Antigen Self-Test

Sampai saja di taman tempat tinggal, saya terus singgah terlebih dahulu di Farmasi berhampiran.

Perlu redakan rasa risau terhadap jangkitan Covid-19.

Untung semua ujian dah boleh buat sendiri saja sekarang. Tak mahal dan tak susah macam sebelum ini.

Dulu, sebelum adanya test kid kendiri, kena ke klinik buat swab test. Melayang seratus dua.

Dengan Kit ujian kendiri, hanya perlu keluarkan duit RM7 ke RM8 sahaja seunit. 

Kalau ada niat nak beli, boleh dapatkan dari Lazada sahaja. Klik kat sini kalau nak beli secara online

Saya perlu pastikan terlebih dahulu diri ini bebas dari Covid-19. Itu akan berikan rasa lega.

Jika dah sah bebas covid-19, boleh cuba segerakan rasa demam dan selsema yang sedang dialami.

Bila masuk farmasi, Kit Ujian kendiri yang ada adalah ProDetect Covid-19 Antigen Rapid Self-Test. Harganya, jika beli lebih dari 5 unit hanya RM7.90 satu.

Saya terus beli 5 unit. 

Anak-anak juga saya tengok ada yang mula selsema sebaliknya dari berjalan. Kalau unjin saya positif, semua perlu buat ujian juga. Jadi stand-by dulu. manalah tahu.

Buat ujian covid-19 sendiri

Ini perkara baru. Saya buka kotak dan baca dengan teliti semua panduan yang ada dalam kotak Kit Ujian tersebut. Biar lambat asalkan betul caranya.

Selesai baca, saya ikut panduan satu persatu.

Cuci tangan, kumur dan pastikan mulut kosong tak makan atau hisap apa-apa sebelum itu.

Yang menarik tentung ujian ini, ia hanya perlu guna air liur sahaja. Batuk 3 atau 4 kali dalam-dalam untuk keluarkan air liur yang betul dari dalam. Lepas itu ludah masuk ke dalam bekas tirus plastik yang disediakan.

Ada ukurannya digaris mudah lihat pada bekas tersebut.

Kemudian buka cecair yang diberikan untuk dicampur dengan air liur. Saya buat sebagaimana di terangkan. Picit agar cecair bercampur dengan air liur tu.

Akhir sekali, titiskan 2 titisan saja ke atas lubang ujian sample dan biarkan 15 minit.

Ada 3 jenis keputusan saja.

  1. Positif - kedua garisan bertanda dapat dilihat dengan terang atas dan bawah.
  2. Negatif - Hanya garis atas saja bertanda. Yang bawah tak ada.
  3. Ulang semula ujian - Sama lansung tak ada tanda pada kedua-dua garis. Atau garis bawah sahaja yang bertanda. Perlu buka kit ujian baru dan ulang semula sebab ujian tidak sah.
Keputusan ujian kendiri yang saya buat melegakan. Saya sah negatif. Tak ada covid-19 dan tak perlu risau lagi. Boleh tumpukan pada usaha pulihkan segera agar tidak di halau dari menaiki kapal terbang pada hari Isnin pagi selepas itu.

Dengan adanya Kit Ujian Kendiri itu, semuanya jadi lebih mudah sekarang. Cuma saya tak pasti macam mana nak sahkan pada orang lain jika diminta, bahawa saya bebas covid-19.

Kalau buat ujian klinik, sijil bebas akan dikeluarkan. Buat ujian sendiri macam mana pula. Mungkin kena buat ujian depan orang dan tunjukkan sendiri hasilnya kepada orang yang berkenaan. Itu agak menyusahkan.

Apapun, kemudahan yan ada untuk buat ujian sendiri adalah jauh lebih baik dari terpaksa ke klinik dan bayar mahal untuk itu. Syukur Alhamdulillah!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pengalaman buat ujian covid-19 sendiri di rumah dengan ProDetect Covid-19 Antigen Self-Test

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !