Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

17 November 2021

Senaman 'Plank' yang sangat mujarab kuatkan tubuh badan legakan sakit pinggang

  Ano Nyme       17 November 2021


Pernah dengar pasal senaman 'plank' tak?

Senaman 'plank' ni dah lama saya dengar dan tahu bagaimana nak buat. Tapi tak pernah tergerak untuk amalkannya.

"Plank" dalam Bahasa Inggeris bermaksud "Papan". Saya buka kamus, berasal dari Latin, 'planca'.

Kalau terjemah ke Bahasa Melayu, jadi sekeping papan.

Dari namanya, saya dapat faham kenapa dipanggil begitu. Cara kedudukan senaman statik ini perlihatkan keadaan seperti sekeping papan lurus.

Semua orang sebut senaman plank, maka kita kekalkan saja sebutan itu dari cuba tukarkan kepada senaman papan.

Saya mula tergerak untuk lihat lebih lanjut senaman ini bila tulis bab lenguh dan sakit pinggang serta lenguh bahu di blog ni tempoh hari. Rujuk pada artikel di sini.

Dalam artikel tersebut ada komen dari seorang pembaca budiman kongsikan bagaimana amalan senaman plank membantu atasi masalah sakit pinggang yang dia alami.

Itu kali pertama saya dapat maklumat tentang kebaikannya dari pengamal senaman tersebut.

Lalu saya mula google kebaikan dari amalan senaman yang sangat mudah dan pantas itu.

Ternyata sangat banyak kebaikannya. 

Rugi selama ini saya tak tergerak untuk mengenali amalan mudah tersebut. Tapi tak apalah. Nasib baik ada yang sudi gerakkan daya tarikan untuk kenalinya dengan lebih lanjut. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Rizalkomeng

Kebaikan senaman plank

Secara ringkas, orang yang amalkan senaman ringkas dapat membantu untuk

  1. Betulkan kedudukan tubuh badan atau dalam Bahasa Inggeris 'posture' - Ini berlaku sebab dengan senaman plank semua otot anda dari leher turun kebawah sehingga ke otot paha dan punggung jadi kuat untuk kemaskan seluruh kedudukan bentuk badan anda.
  2. Kuatkan keseimbangan dan pergerakan - Dengan latihan ketahanan semua otot tersebut di atas, maka semua ini dimantapkan lagi keupayaannya.
  3. Elak sakit - Tak perlu lagi pergi cari tukang urut untuk buat body alignment. Senaman ini saja mampu selesaikan masalah tersebut. Bila tubuh badan sejajar dengan baik, masalah sakit belakang, sakit leher, lenguh bahu dan seumpamanya dapat dielakkan.
  4. Bina kekuatan asas - Semua perkara di atas buatkan anda jadi lebih kuat untuk berbagai aktiviti kehidupan lain. Asalkan senaman ini sentiasa di lakukan setiap hati, kekuatan terbina secara automatik.
  5. Baiki keupayaan fleksibel - Senaman plank yang asas ditambah dengan gaya plank lain akan tingkatkan keupayaan tubuh badan untuk lebih fleksibel.
  6. Perbaiki metabolisme - Banyak duduk kurang bergerak akan perlahankan kadar metabolisme. Bila rajin buat senaman ini, otot yang banyak mula buat kerja dan ini akan tingkatkan pembakaran lemak dalam badan anda.
  7. Tambah baik kesihatan mental - Semua senaman termasuklah plank akan keluarkan hormon endorphins yang baik untuk hilangkan tekanan mental. Istimewanya plank ni adalah dia akan legakan semua otot yang banyak macam yang saya sebut di atas tadi. Kelegaan ini menambahkan lagi kekuatan mental anda untuk berfungsi dengan lebih baik.
Tudia!

Memang banyak sangat kebaikannya. Samada perbaiki kesegaran dan kesihatan tubuh fizikal dan mental sehinggalah kepada imej dan ketrampilan anda menjadi lebih segak.

Tubuh badan yang sejajar, kedudukan tubuh badan yang baik akan serahkan lagi ktrampilan anda.

Siapa sangkat senaman yang sangat mudah macam itu dapatkan hasilkan segala keistimewaan yang saya sebutkan di atas?

Kalau maklumat ini masih tidak berikan anda rasa ghairah untuk amalkannya, saya tak tahu apa lagi ang dapat berikan motivasi anda untuk buat senaman plank ini.

Senaman plank kuatkan otot anda dari leher turun ke bawah sehingga ke otot pada pinggul dan peha. Posture anda akan jadi lebih baik bila sering diamalkan

Cara buat senaman plank


Cara amalkannya sangat mudah. Tak perlu peralatan. kat mana saja boleh dilakukan kecuali di tandas, sebab licin tak berapa sesuai.

Anda hanya perlu duduk secara meniarap, pacakkan kaki pada ibu jari rapatkan lengan bawah pada lantai macam duduk tengok TV kat rumah tu. Kemudian angkat seluruh tubuh badan anda supaya lurus satu level dari leher sehingga ke kaki.

Tahan dalam kedudukan itu supaya dapat kekal seminit sahaja.

Untuk yang tak pernah buat, anda akan rasa macam mudah sangat. Cuba buat dulu dan tengok berapa lama anda mampu tahan.

Biasanya, anda akan mula mengeletar hanya dalam masa 30 saat sahaja.

Kalau jadi macam itu, jangan risau. Itu tandanya otot sedang bakar kalori la tu!. Jangan paksa diri untuk bertahan lama. Kalau 10 saat, dah tak tahan, turun balik dan rehat sebentar.

Kemudian buat lagi sekali beberapa saat yang anda boleh tahan dan rehat lagi. Buat dalam 3 ke 5 kali dah mencukupi.

Perlukah buat plank lama?


Masa mula amalkannya, saya risau juga sebab hanya dapat bertahan maksimum 1 minit 30 saat sahaja. Itupun dah mengigil.

Saya cari maklumat semula dan dapati, tak ada apa-apa faedah untuk tahan siksa diri sampai 4 ke 5 minit. Itu hanya baik kalau anda masuk pertandingan sahaja. tak ada faedah tambahan tahan sampai lama macam itu.

Buat dalam 1 minit ke maksimum 2 minit sudah mencukupi. Malah 10 saat saja bertahan kemudian diulang banyak kali sudah sangat memberikan kesan kebaikan yang saya senaraikan di atas tadi.

Itu cara asas untuk memulakan senaman plank ini. Ada beberapa kedudukan lain yang boleh anda cuba buat untuk tingkatkan tahap fleksibil kalau rajin cari maklumat kat google.

Untuk permulaan, jom kita amalkan senaman ini secara rutin setiap hari. Buat sehari dua tiga kali pun tak apa sebab ianya terlalu mudah untuk diamalkan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Senaman 'Plank' yang sangat mujarab kuatkan tubuh badan legakan sakit pinggang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !