Arwah ayah saya meninggal pada tahun 1982 ketika umurnya 52 tahun. Semak jadual jangkahayat penduduk Malaysia, saya dapati pada tahun 1982 tersebut, purata jangkahayat penduduk negara kita adalah 68.63 tahun.
Ayah saya meninggal awal lebih dari 16 tahun berbanding purata jangka hayat rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2022, purata jangka hayat orang Malaysia meningkat lebih tinggi. Sekarang dah jadi 76.51
Setiap tahun, jumlah umur purata penduduk Malaysia akan meningkat sebanyak 0.19%. Makin lama, kita makin panjang umur.
Alhamdulillah!
Berkat usaha orang-orang yang hebat di negara kita, sistem penjagaan kesihatan makin bagus.
Akses kepada penjagaan kesihatan juga baik. Cuma di Sabah dan Sarawak, atau kawasan pendalaman lain masih banyak yang perlu dibaiki.
Habis masa atas katil sebelum mati
Ramai yang memang panjang umur sekarang. Semua dapat lihat orang tua masing-masing, jika mereka masih hidup di rumah.
Tapi saya perasan satu perkara yang tak berapa seronok.
Kita hanya dipanjangkan umur untuk bertahan daripada mati. Tidak semestinya hidup dalam keadaan sihat.
Teknologi perubatan yang baik membolehkan orang kena serangan jantung tak mati terus. Tapi kekal masih hidup dalam keadaan lumpuh separuh badan.
Itu benar-benar satu cabaran. Menyusahkan diri sendiri malah paling teruk susahkan semua orang sekeliling.
Ada orang sakit macam-macam. Buah pinggang tak berfungsi. Jantung tak kuat, kencing manis, darah tinggi, tapi masih hidup tak mati-mati.
Bertahan hidup terseksa macam itu sehingga anak-anak mula tewas seorang demi seorang.
Masa mula sakit tak berapa teruk dulu, semua prihatin. Habis kelam kabut balik kampung tengok ayah sakit.
Makin lama makin tak ambil peduli. Sampai ayah masuk wad pun dah tak semua lagi yang turun ziarah. Sibuk!. Lagi pun masih ada peluang lain untuk ziarah sebab ayah memang selalu keluar masuk hospital.
Masa dia rebah dan diusung masuk wad kemudian nanti masih boleh ziarah!
Akhirnya hanya seorang anak saja yang terpaksa jadi penjaga orang tua. Biasanya yang paling susah hidupnya yang selama ini duduk menumpang rumah pusaka.
Bagus juga dia tak mengaji sekolah pandai dulu. Berakhir dengan terperuk di kampung dan hidup ala kadar cara kampung. Kalau dia mengaji pandai, dapat kerja bagus, dah tentu tak duduk dirumah dengan orang tua tu.
Bagi keluarga yang semua anaknya handal belaka dalam akademik. Habis dapat kerja yang baik. Last sekali hantar orang tua duduk rumah orang tua. Semuanya sibuk dengan kerjaya dan kehidupan orang penting.
Bukan orang penting sangat sebenarnya. Lebih kepada menjadi hamba untuk jaga orang yang lebih penting kat atas tu. Boss lebih penting dari ibubapa.
Begitulah sesatnya hidup di zaman moden!.
Shebby Singh meninggal
Baru-baru ni bekas pemain bolasepak negara kita jatuh dari basikal dan meninggal dunia.
Saya dapat berita tu bila kawan-kawan kongsikan dalam grup wasap.
Bestnya!
Itu yang terjentik dalam sudut hati saya.
Tengah bersenam, naik basikal. Maksudnya keadaan adalah normal seprti hari-hari biasa saja. Dah tentu sebelum itu makan dan minum. malam itu masih bersama dengan kawan atau keluarga.
Hidup macam biasa.
Keesokkan harinya, dalam keadaan masih macam biasa tu, jatuh dan meninggal dunia. Sangat mudah. Dia tak alami keadaan macam ramai rakyat Malaysia yang habiskan masa dengan seribu satu penyakit atas katil. Menunggu mati yang tak kunjung tiba.
Orang buat cerita dia mati sebab kena suntikan booster dua hari sebelum itu. Kawan saya juga ada beritahu dengan yakinnya. Dia kata kawan dia yang kerja KKM beritahu. Juga dengan yakin.
Tapi berita sebenar adalah Shebby dah dapatkan suntikan booster 5 hari sebelum itu lagi. Dah doktor sahkan bahawa 3 saluran darahnya ke jantung tersumbat. Semua organ lain berfungsi baik.
Jadi sah dia 99% meninggal akibat saluran darah jantung tersumbat itulah!
Moralnya, siapa saja yang maklumkan apa-apa berita pada anda sekarang, jangan percaya dulu. Sabar sat sebeum nak buat apa-apa rumusan.
Yang bestnya adalah Shebby. Mati pantas begitu adalah satu kelebihan dalam dunia moden sekarang. Saya tak pasti macam mana keluarganya menghadapi kehilangan bapa mereka secara mengejut begitu. Dah pasti sedih. Biasalah!
Yang pastinya, kalau saya mati macam Shebby, adalah satu kelebihan. Hidup macam biasa, esoknya mati. habis cerita. Siapapun tak disusahkan sangat untuk bela dan jaga kita seandainya sakit terlantar atas katil tak mati-mati.
Hidup cergas supaya mudah mati pantas
Saya lihat, kalau nak mati pantas macam itu, kena amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan dan rajin bersenam.
Serangan jantung sebegitu biasanya adalah sebab kolestrol. Bab pemakanan biasanya. Atau mungkin juga bab keturunan.
Memang susah nak atasi masalah keturunan atau masalah nak kena jaga makan ni. Jadi tak apalah. Kekalkan gaya sihat. Bersenam. Hidup aktif supaya cergas dan sihat. Bila jantung kuat, dia akan pam darah sekalipun salurannya sempit.
Bila tersumbat terus 100% baru rebah dan mati terus.
Itu satu nikmat sebenarnya.
Mati dengan pantas, secara tiba-tiba ketika umur pencen pula tu, sebenarnya adalah satu kelebihan istimewa di zaman moden ini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !