"Lelaki yang merbahaya adalah lelaki yang berguna. Lelaki yang lemah, tidak mendatangkan apa-apa bahaya adalah lelaki yang tak bagus"
Idea di atas tu terngiang-ngiang, berputar-putar dalam kepala memikirkannya.
Itu pendapat dari Jordan Peterson. Seorang pakar psikologi dari Kanada.
Buku yang dia tulis best seller.
Banyak pandangannya mencetuskan kontroversi. Ramai yang membenci. Tapi ramai lagi yang minat sokong dengan kebanyakan pendapatnya.
Paling tak suka pada Jordan Peterson ialah kaum perempuan yang memperjuangkan hak sama rata jantina. Tiap kali berbahas, atau dalam sesi soal jawab, ramai pejuang hak sama rata wanita yang terkedu dengan jawab balasnya.
Wanita tuntut hak sama rata jadi boss
Antara perjuangan besar pejuang wanita adalah dalam bab jadi ketua.
Mereka mahu sama dilantik jadi Ketua Pengarah. Mahu bilangan ahli parlimen wanita sama banyak dengan lelaki. Mahu jadi CEO sama ramai dengan jumlah CEO lelaki.
Peluang duduk di atas, jadi boss perlu disama ratakan antara adam dan hawa.
Sekali dengar rasa macam boleh ambil kira juga perjuanagan mereka tu.
Bila kita setuju, mereka akan tekan lagi kaum lelaki. Mahu lelaki bersetuju bahawa hak kaum wanita telah dipinggirkan hampir di seluruh muka bumi. Di manamana negara, hak wanita untuk berjaya duduk di tempat paling tinggi telah diabaikan sekian lama.
Tapi ada satu pertanyaa dari Jordan Peterson tentang fakta yang berlaku di seluruh dunia.
Dia suruh lihat pula peratusan lelaki yang mati kemalangan. Yang mati pergi perang. Yang sakit atau cacat kekal sebab kerja buruh yang berat.
Yang meringkuk dalam penjara. Yang kerja angkat batu bata, korek bahan galian dan lain-lain lagi seumpamanya.
Panjang kalau nak disenaraikan.
Tapi yang pasti, semua kesusahan, kerja bahaya, mati awal, dan seumpamanya dikuasai juga oleh kaum lelaki.
Bukan sedikit peratusannya.
Mahu pergi lebih dari 75% kaum lelaki berhadapan dengan kesukaran hidup sedemikian.
Kenapa fakta itu pejuang hak samarata wanita tak mahu lihat pula?
Sedangkan kaum lelaki tak pernah rasa semua tekanan hidup berhadapan dengan kerja berat, tanggung jawab besar, kerja kotor dan merbahaya tu sebagai pencabulan hak kaum lelaki!.
Lelaki ganas paling berguna
Berbalik kepada idea awal artikel ini diatas. Kenapa lelaki perlu ganas baru dia berguna?
Ada tambahan selain dari ganas.
Lelaki yang ganas, berdisiplin dan dapat kawal sifat ganas yang ada padanya ke arah yang diperlukan untuk tunaikan tanggung jawab lelaki adalah lelaki yang berguna.
Kalau lelaki tu tidak ganas, tak kuat. Kalau lelaki lansung tak mendatangkan apa-apa bahaya. Macam mana dia nak pelihara dan lindungan segala hak dirinya demi menanggung tugasan membela keluarganya?
Idea beliau itu masuk akal.
Makin lama saya renungkan, makin boleh diterima.
Bila dibayangkan balik kenapa saya dapat hadapi segala cabaran hidup selama ini. Baru nampak.
Saya hanya akan gerak ke depan, mampu tunaikan tanggung jawab apabila sifat ganas yang ada pada diri digunakan kepada perkara yang betul.
Lawan bila hak saya di ambil. Tuntut apa yang betul dan layak untuk diri. Lindungan sanak saudara di kala cemas. Bertindak berani berhadapan dengan ancaman sama kecil atau besar membuatkan saya mampu jalankan kerja dengan baik.
Memang betul. Lelaki ganas adalah lelaki yang berguna.
Bia buat lembek, layan rasa takut. Jadi pengecut. Kononnya malas nak kecoh-kecoh, sekalipun orang dah ambil tanah sendiri, maka hancur habis rosak sampai ke anak cucu.
Lelaki lembek, asyik tak apa saja, malah pasangan wanitanya pula yang ke depan dalam pertahankan semua hak yang benar, memang secara kasarnya, tak berapa berguna. Bertentangan dari sifat yang diperlukan ada pada seorang lelaki.
Apa pandangan anda?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !