Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 January 2022

Nak masuk Islam yang disusahkan

  Ano Nyme       13 January 2022


Cerita 1

Ada seorang kawan sedang duduk menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan pegawai di masjid. Datang seorang perempuan, berselendang menutup kepalanya, berpakaian labuh sopan.

Kawan saya tu perhatikan wanita itu sedang mengisi satu borang. Nampak jelas tangannya penuh dengan tatu.

Rupanya wanita itu datang sebab nak masuk Islam.

Oleh sebab tak ada orang lain hari itu, perlu ada tanda tangan saksi dalam borang masuk Islam tu, maka kawan saya di minta untuk buat. Dia setuju saja.

Mereka berbual sebentar. 

Wanita itu bagi tahu, dia dah lama berhasrat nak masuk Islam. Tapi tertangguh-tangguh sebab rasa malu nak jumpa para ustaz atau ustazah dengan keadaannnya yang begitu. Penuh tatu di sana sini.

Bila ada kekuatan nak datang, PKP pula melanda. Masjid asyik tutup tak boleh nak dapatkan masuk jumpa pegawai.

Sudah tentu semua pengalaman itu memberikan kesej kepada wanita tersebut bahawa, susah betul nak masuk Islam!

Cerita 2

Ada seorang lelaki, memang di kenali sebagai kaki mabuk. Dia sukar tinggalkan tabiat buruk minum araknya itu.

Satu hari dia datang berjumpa dengan Ustaz di masjid luahkan hasrat nak peluk Islam.

Ustaz suruh dia balik. Cuba berhenti dari jadi kaki arak terlebih dahulu. Baru datang balik untuk masuk Islam.

Bila ditanya kenapa tak masukkan saja lelaki itu menjadi muslim. Bab arak tu biarkan lah dulu.

"Jangan burukkan nama Islam!" 

Itu alasan ustaz untuk tidak mahu layan lelaki kaki mabuk itu memeluk Islam.

Tentu lelaki itu simpan satu pemahaman sehingga sekarang bahawa susah benar nak masuk Islam.

Cerita 3

Seorang pemuda nak masuk Islam berjumpa dengan Ustaz.

Antara perkara pertama yang dia dimaklumkan adalah perlunya 'potong kote' bila dah masuk Islam nanti.

Maksudnya bersunat.

Bila tahu begitu, dia tak jadi. Mahu berfikir terlebih dahulu.

Pemuda itu dan berkahwin sekarang, dah ada anak dan cucu. Dia tak masuk Islam sampai sekarang sebab takut kena potong kote. Semuanya, isteri, anak dan cucu tak Islam sekarang hanya sebab perkara mudah disusahkan.

Dia tak masuk Islam sampai sekarang sebab nak masuk Islam disusahkan .

Apa yang tak kena?


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Nak masuk Islam yang disusahkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !