Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 February 2022

6 perkara yang menarik anai-anai pemusnah kayu masuk ke rumah anda

  Ano Nyme       09 February 2022


Tahu tak berapa jumlah kerugian yang berlaku hasil dari serangan anai-anai di seluruh dunia setiap tahun?

Anda mungkin tak sangka betapa besar jumlahnya.

USD40 billion !!!

Ya!

Itulah jumlahnya!

Saya dapat maklumat tu dari portal maklumat di sini. Cuba klik ke pautan itu untuk baca laporannya.

Jumlah itu jika ditukar kepada matawang ringgit adalah bersamaan lebih dari RM167.4 billion. Banyak bangat tu!.

Serangan anai-anai di rumah

Bagi anda yang tinggal di kampung, tentu dah biasa dengan serangan anai-anai. Rumah kampung, dulu, kebanyakkannya dibuat dari kayu.

Rumah pusaka terutamanya, yang dah banyak terbiar kosong bila anak cucu berhijrah ke bandar, ibubapa pula dah lama meninggal, terdedah kepada serangan anai-anai yang teruk.

Rumah saya sendiri kat kampung kena serangan anai-anai beberapa tahun sudah. Masa rumah masih ceria ada orang tinggal, tak ada masalah. Bila dah kosong, setahun 2 atau 3 kali saja pergi jenguk, tup tup penuh dengan tanah sarang anai-anai.

Kena pulak pada salah satu tiang tengah rumah tu. Perlu tukar keseluruhan tiang tu dengan yang baru. Itu satu kerja berat. Perlukan kemahiran tinggi perkayuan yang dah tak ramai mampu buat sekarang.

Nasib baik ada kawan kampung yang minat kayu, meneruskan kerja pertukangan rumah kayu yang dapat bantu. Melayang lebih dari RM8 ribu!.

Ada dua jenis anai-anai utama yang serang kayu di rumah anda secara ringkasnya.

  1. Subterranean Termites - Kita panggil anai-anai bawah tanah. Sebab memang mereka duduk tinggal di bawah tanah. Ini jenis yang selalu merayap masuk naik atas rumah ambil kayu dan bawah balik masuk semula ke sarang bawah tanah mereka.
  2. Drywood Termites - Ini jenis anai-anai kayu kering. Maksudnya mereka tak perlukan adanya tahan untuk hidup dan membiak. Mereka hidup dalam kayu kering yang tak perlukan kelembapan sangat.
Banyak lagi kalau nak dihuraikan tentang berbagai jenis anai-anai ni. Tapi ckup setakat itu saja untuk artikel ni. Anda tentu dah pernah alami masalah anai-anai ni. Paling tidak pernah tahu kawan atau saudara atau jiran yang terkena serangannya.

Kedua-dua jenis anai-anai di atas mendatangkan kerosakan yang paling banyak kepada struktur dan perabut rumah anda.

Saya kongsikan 6 perkara yang mampu menarik masuk anai-anai ke dalam rumah atau premis anda di bawah.

1. Lantai kayu


Kebanyakan rumah sekarang baik di kampung, apatah lagi dibandar, batu merupakan bahan asas dalam pembinaan rumah.

Tapi, kayu tetap ada nilai kecantikannya yang tersendiri. Malah, gabungan batu dan kayu jadi lambang rekabentuk mewah di zaman moden ini.

Antara pilihan mewah dalam pembinaan rumah adalah menggunakan kayu sebagai lantai. Memang cantik, nyaman dan nampak mewah bila pasang lantai kayu ni.

Yang tak bagusnya adalah jika kayu tersebut memang terdapat anai-anai kayu kering di dalamnya. Anda beli dan pasang kayu berserta anai-anai.

Jadi, berikan perhatian. Minta tukang betul-betul periksa. Pastikan kayu dah dirawat dengan baik terlebih dahulu. 

Selain dari anai-anai kayu kering, anai-anai bawah tanah juga menari kegirangan dengan adanya lantai kayu ori ni.

2. Kabinet kayu


Rumah saya punay kabinet atau almari pakaian diperbuat dari kayu. Lantai, dinding, para, kesemuanya kayu.

Cantik memang la!

Tapi kalau tak berhati-hati, selak bawah lantai tu dan penuh dengan pasir berubah jadi sarang anai-anai yang banyk di bawahnya.

Di sebalik dinding antara batu dan kayu pun ada potensi anai-anai bersarang dan membiak.

Pernah ada kenalan yang ada banyak barang, banyak almari pakaian sampai ada kalanya tak pernah dibuka berbulan-bulan, bila dibuka ketat. 

Rupa-rupanya, dah bersarang anai-anai kat dalam laci.

3. Perabut antik


Sekarang jadi satu kecenderungan untuk buat koleksi perabut antik diperbuat dari kayu. Ada banyak kedai yang kerjanya kumpulkan perabut antik ni, dibaiki dan diperbaharui. Kemudiannya dijual.

Ini pun sama juga.

Nasib tak baik, dibawa balik seali dengan anai-anai kayu kering dalam struktur kayu perabut antik tu.

Ia juga menarik minat anai-anai bawah tanah untuk merayap dan bertemu dengan perabut antik tersebut yang biasanya diletakkan bersandar dengan dinding.

Apa berlaku di sebalik sentuhan dinding dan sudut lantai dengan kayu perabut tu, jika tak disemak dan diberikan perhatian, akan memberikan kejutan serangan anai-anai.

4. Kayu api


Sekalipun duduk di kawasan taman, ada orang yang rajin main bakar-bakar masak-masak pakai kayu api.

Kalau yang tinggal di kampung, kayu api disusun belakang atau bawah rumah adalah perkara biasa.

Diletakkan pula bersentuhan terus dengan tanah, menambahkan lagi kemungkinan menarik anai-anai untuk berpesta kayu di situ.

Kalau anda jenis suka simpan dan susun kayu api. Atau ada kayu lama digunakan masa ubah suai rumah dahulu, sayang nak simpan. Pastikan susun jauh dari rumah. Letak jauh sikit kat bangsal sana lebih selamat.

5. Serbuk kayu


Bagi anda yang ada banyak pohon berkayu di sekeliling rumah, akan ada kemungkinan longgokkan serpihan kayu dari kulit pokok atau dahan ditebang.

Ada juga yang suka ambil untuk ditaburkan pada landskap bawah pokok renek untuk menjadi penahan lembab di bawah pokok taman bunga anda tu.

Itu juga menjadi satu lagi daya tarikan anai-anai untuk datang berpesta senyap-senyap kat bawah tu. Makin hampir ia dari rumah, makin mudah anai-anai masuk sekali merayap dalam rumah pula.

6. Paip bocor


Setiap rumah ada paip di luar. Juga ada saluran paip samada pvc atau galvanise di bawah tanah tu.

Pastikan tiada kebocoran.

Jika bocor, kawasan di situ akan jadi lembab. Ini menarik kehadiran anai-anai yang memang suka lembab.

Sebab itu banyak kes anai-anai bermula dari sekitar dapur atau tandas dirumah bahagian bawah.

Bagi yang masih pakai rangka pintu kayu, dari situ biasanya bermula datangnya anai-anai. Dari bawah tanah dekat tandas tu, masuk dalam kerangka kayu, dan menjalar naik ke kawasan lain pula dalam rumah.

Petuanya adalah sentiasa pastikan kawasan dan persekitaran rumah anda dalam keadaan kering dan kurang kelembapannya.

Tindakan bila diserang anai-anai


Anai-anai bergerak cari makan adalah secara rawak. Bukannya ada petua atau prosedur tersendiri untuk menentukan ke mana di menjalar.

Bila dia bergerak dan terjumpa makanan yang berupa bahan selulos atau kayu, maka dia mula buat kerja angkat bawa balik kesaran.

Jika nasib anda tak baik, ada kesemua bahan yang saya sebutkan di atas pula dalam rumah, jangan risau. Ada cara untuk hapuskannya.

Jangan dikacau, spray dengan aerosol atau sebagainya. Biarkan dulu dan berhubung syarikat pest control untuk selesaikan semua masalah anai-anai tu sampai terhapus satu rumah.

Anda boleh dapat khidmat rawatan anai-anai dari syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen. Cara terkini yang sangat berkesan diguna pakai sekarang adalah sistem pengumpanan anai-anai.

Jika anda diserang ana-anai, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd untuk mendapatkan khidmat terbaik dan cekap menggunakan sistem umpan anai-anai Terminex. Hubungi 012-2067357 Pn Siti untuk dapatkan bantuan segera.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 6 perkara yang menarik anai-anai pemusnah kayu masuk ke rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !