Pagi tadi ketika sedang bersenam jalan kaki di taman, dapat mesej wasap dari kawan. Dia tunjukkan berita seorang wartawan berlakon jadi penggemis untuk melihat reaksi orang ramai terhadap aktiviti menggemis.
Anda mungkin dah baca berita tersebut. Kalau belum, sila ke pautan sini. Ada berita penuhnya kat situ.
Dalam cubaan kali pertamanya jadi penggemis itu, dia hanya keluarkan modal sebanyak RM9 untuk membeli tisu.
Dengan bekal menjual tisu itu, pakai pakaian lusuh compang camping, bertudung dan terkesot-kesot kaki, dia mula bereksperimen. Memang ada cara yang tak berkesan dan ada cara yang sangat berkesan.
Dalam tempoh 2 jam sahaja, dia berjaya kumpul sebanyak RM147.
Itu penggemis amatur yang baru sekali mencuba.
Bayangkan jika dah lama, dah fasih mana yang berkesan dan mana yang tak berkesan. Mana pot yang laku dan mana yang tak laku dan sebagainya. Sudah tentu mampu meraih jumlah wang yang lebih banyak.
Saya buat kiraan ringkas. Katakan dia berusaha selama 6 jam sahaja sehari. Purata mungkin akan dapat dalamRM400 ke RM500.
Jika dia lakukan aktiviti itu selama 20 hari dalam sebulan. mampu meraih duit dalam lingkungan RM10 ribu sebulan. Hanya perlu kerja 20 hari dan lepak lagi 10 hari nikmati kehidupan yang aman damai tak ada masalah kewangan.
Menggemis secara berkumpulan
Kerja menjual barangan entah apa-apa untuk dibeli orang ramai dah lama di amalkan oleh satu organisasi. Dia gunakan kanak-kanak untuk aktiviti menjual secara direct selling itu.
Ramai dah pernah jumpa dan tentu ada ramai juga yang turut sama menyumbang.
Memang mereka niap nak berniaga. Tapi sebenarnya perasaan simpati ditanam dan berakhir dengan menderma sahaja. Ada kalanya tak ambilpun barang yang dijual tu.
Jika dibuat kiraan sama macam di atas, seorang kanak-kanak itu mungkin mampu merah dalam RM500 sehari. Dalam tempoh sebulan dia berjaya buat RM10 ribu.
Jika jumlah kanak-kanak yang digunakan adalah seramai 100 orang, ertinya keseluruhan kupulan tersebut akan berjaya menjana sebanyak RM1 juta sebulan!
Pusat penjagaan anak-anak itu mamu menjana RM12 juta setahun!. Bebas cukai!
Tak payah pergi kursus bisnes. Tak perlu ikuti kelas mrketing Dr Azizan Osman. Tak perlu ikut kursus labur saham online tak hensem takpa janji kaya dan sebagainya.
Patutlah aktiviti ini terus berjalan sekalipun macam-macam usaha cuba menggagalkannya. Memang seronok daat kutip duit mudah begitu.
Mulanya saya hairan dulu kenapa kanak-kanak itu pertahankan betul apa yang mereka buat. Kenapa dia tak rasa dirinya dipergunakan oleh pengusaha pusat jagaan kanak-kanak tersebut.
Dia tentu nampak kenapa perlu bersusah payah belajar jadi pandai, kenapa perlu masuk U. Kenapa perlu cari kerja dan sebagainya jika ada jalan yang sangat mudah tanpa perlu tahu apa-apa selain dari jumpa orang ramai dan cuba meraih simpati dengan menjual apa saja benda mengarut yang ada.
Salah orang ramai atau penggemis
Minta sedekah bukanlah satu kesalahan. Saya tak pasti jika ada undang-undang yang anda boleh ditangkap jika sambil jalan-jalan, jumpa orang dan mohon sumbangan derma untuk makan dari orang yang anda selisih tepi jalan.
Untuk jadikan perasaan simpati lebih tinggi, anda perlulah mengenakan uniform sesuai dengan keadaan yang mahu diketengahkan.
Sama juga macam seorang promoter kedai sukan akan pakai pakaian sukan ketat dan lengkap. Sekalipun dia bukannya ahli suka, itu bukan masalah. Uniform perlu nampak seiring.
Jadi tak boleh anggap mengenakan pemakaian yang sesuai itu satu cubaan membohongi orang ramai pada para penggemis. Jika mereka berbohong, maka sudah tentu promoter kedai sukan itu juga boleh dianggap sebagai pembohong.
Bila ditanya orang ramai kenapa dia sedekah juga duit sedangkan tahu kemungkinan itu semua lakonan adalah tinggi. Ramai yang akan jawab itu urusan dia dengan Tuhan. Bila orang minta, ikut kitalah nak beri atau tidak.
Jika kita lihat sudut urusan dia dengan Tuhan pula, hidup meminta-minta bukanlah satu perkara yang salah berbanding mencuri. Hanya tidak dianjurkan. Tangan di atas lebih baik dari di bawah. Itu saja.
Lebih baik meminta, dengan lakonan atau tidak, daripada pecah kedai orang dah mencuri.
Dari kajian psikologi, mereka dapati, penggemis bila dah mula buat kerja itu, akan datang satu ketagihan untuk ulang dan buat lagi. Seronok sebab dapat duit mudah dan banyak pula.
Hilang rasa malu, malah rasa bangga dan puas gembira. Melihat bagaimana orang yang susah payah kerja jadi hamba majikan, dengan gaji yang tak setara mana, orang itulah juga yang hulurkan derma RM5 ke RM10 padanya.
Dalam hati dia tersenyum. Tahu yang sebenarnya yang menerima derma itu jauh lebih kaya.
Untuk pastikan kita tidak membentuk makin ramai masyarakat yang ketagih menggemis, apa kata berazam untuk tidak lagi menderma. Niat untuk mengubah sikap orang yang selesa kerja macam itu supaya berubah dan jadi penderma dan bukannya minta derma.
Amacam?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !