Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 February 2022

Elak Masalah Pepijat - Waspada 5 barang yang anda bawa masuk dalam rumah ini

  Ano Nyme       14 February 2022


Kisah pepijat hisap darah ketika sedang tidur bukan lagi perkara terpencil sekarang. banyak berlaku kes macam itu. Terutamanya sebelum dunia di landa wabak covid-19.

Bila covid-19 berlaku, semua pergerakan merentas sempadan antara negeri dan negara terhenti. Buruk untuk ekonomi dan industri pelancongan. Tapi dari satu segi, cerita kena hisap darah dek pepijat juga berkurangan.

Sekarang, kebanyakan sempadan dah dibuka semula.

Bukan saja orang ramai dah boleh berjalan makan angin ke sana sini. Tanpa anda sangka, pepijat juga dah mula jalan makan angin ke sana sini.

Yang merisaukan adalah jika pepijat jumpa jalan untuk masuk duduk atas katil rumah anda. Kemudian hisap darah dan mula membiak.

Pepijat ni bila dah masuk dalam rumah, bukan mudah untuk dihapuskan.

Bukan semudah sapu sampah buang keluar dari dalam rumah. Ada banyak kes cubaan amatur untuk bunuh hapuskan pepijat tapi masih tak hilang-hilang.

Sebelum terjebak pening kepala memikirkan macam mana nak hapuskan pepijat, adalah lebih bijak untuk elakkan pepijat dari di bawa masuk ke dalam rumah. 

Untuk itu, ini 5 barang yang anda perlu berjaga-jaga setiap kali nak bawa masuk ke dalam rumah.

1. Beg pakaian

Seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Masalah pepijat mula timbul semula diseluruh dunia hasl dari kegiatan kembara manusia yang sangat rancak di zaman sekarang.

Hotel mungkin ada pepijat. Pengagkutan yang anda gunakan ketika kembara mungkin ada pepijat.

Tambah pula dalam beg pakaian anda disumbat masuk semua pakaian yang dah digunakan. Ada bau peluh yang menjadi kegemaran pepijat untuk meloncat masuk.

Bila anda bawa balik, masuk dalam rumah, buka beg, anda bawa balik sekali dengan tetapu tak diundang itu.

Tak beberapa lama kemudian anda pelik bila badan berbintik gatal setiap kali bagun dari tidur.

Berhati-hati dengan beg kembara anda. Buka jauh dari katil dan jangan biarkan ianya berterabur berselerak jika anda tinggal dalam bilik di hotel.

Periksa dahulu bilik hotel. Juga pastikan anda periksa dahulu beg kembara anda bila di bawa balik masuk ke dalam rumah.

2. Pakaian

Ke mana saja anda pergi sekarang tentu jumpa kedai bundle. Peminatnya juga ramai. Sebab itu ianya mendapat tempat di hati para usahawan kedai bandle.

Beli baju bundle dan bawa balik ke rumah mengundang kehadiran pepijat tanpa di sangka. 

Pepijat memang suka bau baju yang dah dipakai manusia. Orang cuba, pegang dan ramas baju membuatkan bau peluh sedikit sebanyaka melekat pada baju tersebut. Pepijat meloncat dan menyelit di celahan baju.

Bila anda bawa balik, campak kat mana-mana, dia keluar dan mula mencari pot baru. Akan wujud pepijat tak lama kemudian dalam rumah anda dan anda mula hairan dari mana agaknya dia datang.

Sebelum bawa balik, pergi hantar basuh di kedai dobi menggunakan air panas. Selesai masalah!

3. Perabut

Perabut baru mungkin masih selamat. Itupun jika kedai perabut tu memang tak ada pepijat. Jika kedai tu jenis ambil perabut pelanggan untuk dibaiki, bahaya tu!. Ada potensi dia angkut sekali pepijat masuk dalam kedainya.

Kat kedai, pepijat pergi meronda masuk ke perabut lain pula. Maka bermulalah penghijrahan ke lokasi baru bila anda beli dan bawa balik perabut tersebut.

Begitu juga jika anda jenis yang suka beli barang perabut vintage. Berhati-hati sebelum dibawa masuk perabut tu ke dalam rumah.

Dapatkan bantuan syarikat pest control profesional untuk periksa dan buat rawatan haba hapuskan pepijat sekali dengan telurnya jika memang dah ada di mana-mana celahan perabut tu.

4. Beg Tangan

Sekarang orang suka pakai beg tangan yang agak besar. Samada jenis poche, jenis galas atau ikat pada pinggang. Ada juga yang masih pakai purse biasa selit di poket seluar belakang.

Bila anda pergi ke mana-mana, masa nak duduk, ada yang akan keluarkan beg tersebut untuk diletakkan atas sofa, meja atau atas lantai tepi dinding.

Beg tangan juga mampu jadi pembawa pepijat jika nasib anda tak baik. Kebtulan tempat yang anda pergi itu memang ada pepijat, dia senyap-senyap masuk dan lepak dalam ceahan beg tangan yang banyak tu.

Bila anda balik dan masuk dalam rumah, keluarkan beg itu dan campaknya atas meja, atas katil dan sebagainya. Masa itu pepijat merayap keluar dan jumpa tempat baru untuk dijadikan perkampungannya.

Sila belek beg tangan tu sekali sekala jika teringat pada pepijat ya!

5. Boneka Haiwan

Boneka Gajah besar yang anda dapat dari jiran yang mahu berpindah sangat comel. Jiran dah offer, takkan nak tolak. Kalau anda tolakpun, anak anda tentu meronta mahukannya.

Samada rumah jiran tu ada pepijat atau tidak, anda tidak diberitahu.

Jika memang ada, ketahuilah bahawa pepijat boleh saja bersarang kat celahan atau dalam boneka binatang gajah yang comel tu. Boleh saja ada telur pepijat melekat pada celahannya.

Boneka sebegitu biasanya akan diletakkan pada tempat orang suka melepak. Samada kat sofat atau dalam bilik tidur. Semua itu tempat kegemaran pepijat berampung.

Jadi, berhati-hatilah jika anda membawa masuk boneka haiwan atau seumpamanya ke dalam rumah. Lebih-lebih lagi ianya second-hand.

Jika anda hadapi masalah pepijat, dapatkan khidmat hapuskan pepijat menggunakan haba wap panas yang sangat berkesan. Hubungi Easelife Services Sdn Bhd atau wasap terus pada pautan ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Elak Masalah Pepijat - Waspada 5 barang yang anda bawa masuk dalam rumah ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !