Dalam satu perebutan jawatan untuk mewakili sebuah kampung sebagai pemain single badminton di satu kejohanan sukan, calon akhir terdiri daripada 2 orang lelaki muda.
Seorang berbangsa Melayu, kacak dan fit. Seorang lagi berbangsa Cina juga jejaka yang hensem dan fit.
Bagi menentukan samada pemuda Melayu atau Cina yang akan mewakili kampung tersebut, satu perlawanan akhir antara kedua jejaka hensem diadakan.
Pertandingan itu bakal menentukan siapa wakil kampung itu dalam kejohanan sukan badminton perseorangan daerah.
Bertanding sukan siapa layak
Itu yang diamalkan secara meluas dalam bidang sukan.
Tidak mungkin terjadi pemilihan ditentukan dengan cara pengundian. Jika kampung itu ada 50% Melayu, 30% Cina dan 20% India. Dengan mengundi siapa layak, kemungkinan Melayu akan jadi wakil sebab julah pengundi Melayu yang ramai.
Tiup semangat haram undi orang kafir sebagai wakil kampung, habis cerita. Sekalipun ternyata dari segi kehandalan dan kepandaian bermain badminton ada pada lelaki Cina tersebut, dia pasti tak akan mendapat tempat sebagai wakil kampung itu.
Sebab itu pemilihan ahli sukan tak berapa banyak pertikaian. Kecuali ada unsur rasuah dan pilih kasih atau sabotaj dari awal. Tak boleh nak buat apa-apa lah.
Bertanding ketua siapa layak
Berbeza pula dalam bab melantik seorang wakil pemimpin untuk kampung bagi mewakili daerah.
Pemilihan tak diadakan dalam bentuk pertandingan siapa lebih handal memimpin macam pertandingan Badminton tadi.
Pemilihan adalah secara demokrasi. Satu kampung akan masuk pusat undi membuat pilihan masing-masing.
Jika komposisi bangsa sama macam di atas, kemungkinan besar ketua dilantik adalah dari Melayu sangat tinggi. Segala sentimen agama, bangsa dan seumpamanya akan diguna pakai untuk menangkan ketua Melayu.
Andaikan hanya ada 3 peserta akhir, Melayu, Cina dan India yang bertanding untuk dilantik jadi wakil kampung, jangkaan untuk Melayu dapat undi tertinggi diikuti Cina dan akhir sekali India adalah sangat tinggi.
Sekalipun dari segi kebijaksanaan, integriti, ketelusan, pengalaman dan segalanya ada pada calon India, dia agak sukar untuk menang.
Manipulasi, strategi tanam persepsi, kaburkan pengamatan dan fitnah adalah satu perkara yang sukar untuk di kawal dalam masyarakat yang besar. Terlalu banyak unsur yang boleh pengaruhi siapa akan menang dan siapa akan kalah.
Tapi itulah cara yang diamalkan sekarang.
Cara demokrasi yang sebenarnya teralu banyak lubang dan ketempangan di sana sini. Boleh lihat apa yang berlaku di negara kita. Ketua yang naik jadi Menteri, jadi YB, jadi PM, bukanlah semestinya pilihan yang terbaik untuk negara sebagai pemimpin.
Lantik ketua macam pertandingan sukan
Seandainya proses perlantikan ketua dapat diadakan seperti pertandingan sukan, kemungkinan ketua yang terbaik akan terpilih adalah lebih tinggi.
Semua calon perlu daftarkan dalam bentuk satu kumpulan dengan dia menjadi ketua. Dalam kumpulan itu, penganjur pertandingan akan memilih ahlinya dari kalangan orang kampung secara rawak berstrata agar sesuai dengan komposisi besar bangsa dan status sosial yang ada dalam kampung tersebut.
Kemudian setiap ketua diberikan tugas atau projek yang tertentu untuk dilaksanakan bersama para pengikut masing-masing. Kriteria utama untuk menentukan kejayaan mana-mana kumpulan, seterusnya ketua yang bakal dipilih adalah berdasarkan keupayaan 2 perkara berikut.
- Membuat keputusan yang betul dan baik.
- Meyakinkan para pengikut untuk melaksanakan keputusan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !