Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 March 2022

Orang yang makan gaji paling seronok dengan wabak covid yang tak habis ni!

  Ano Nyme       07 March 2022


Dah masuk tahun ke-3. Masih tak habis lagi cerita Covid-19 ni. Selagi maklumat perkembangan kesemua status kes di laporkan setip hari, selagi itulah fikiran akan tetap berlegar cuba memahami apa lagi yang bakal berlaku.

Bukan tak cuba untuk tenangkan diri sebentar. Cuba tutup suis, padamkan sebentar enjin dalam otak yang ligat fikir itu dan ini. Tapi memang tak boleh.

Selagi berjaga, selagi itu kesemua deria peka mengesan sekeliling. Lihat dan tafsir, lihat dan tafsir.

Apatah lagi kalau buka internet. Layari media sosial dan buka portal berita dan sebagainya. Akan ada saja perkara yang berjaya tonjolkan dirinya menagih perhatian minda.

Fikiran akan hanyut dan melayang jauh. Kalau nasib baik cepat sedar dan kawal semula minda yang seronok menguasai diri.

Tapi, kalau nasib tak baik, hanyut berlarutan, tak berhenti sehingga ada benda lain pula yang lebih menonjol berjaya meraih perhatian.

Patutlah Tok Sami bertapa dan bermeditasi tak habis-habis sampai tua cuba melatih diri menguasai pemikiran dan minda.

Minda ni, macam anjing yang dibawa berjalan ke taman.

Ada anjing yang menguasai keadaan. Diheret tuannya ke sana sini. Bukan tuannya yang tentukan arah dan hala tuju.

Itu yang sering berlaku pada kebanyakan orang. Minda yang heret ke sana dan ke sini tak terkawal.

Ada juga anjing yang tenang. Tuannya yang kuasai keadaan, yang tentukan kemana nak pergi.

Seperti minda yang sentiasa tenang dan setia menunggu arahan tuannya untuk berfikir tentang apa.

Sampai sekarang, siapa saja yang positif covid, kena kuarantin duduk rumah diam-diam. Longgar sedikit hanya kepada contact rapat. Tak perlu duduk diam rumah dan boleh keluar.

Tambah pula dengan semak positif atau negatif dah boleh buat sendiri sekarang. Pantang berhingus, terus nak check dan harapkan positif. Sebaik saja positif, terus rakam kat media sosial dan umumkan secara resmi satu dunia dia dah kena covid.

Huray! tak payah pergi kerja ... !

Boss pening kepala! lantak kau lah boss ..

Seronok makan gaji dalam covid

Awal dulu ada usahawan yang persoal kenapa kerajaan nak bagi duit pada geng B40 dan M40.

Saya boleh faham kenapa dia merungut.

Untuk yang masih tak tahu apa dia B40. Maksudnya kumpulan berpendapatan paling rendah yang mewakili 40% dari keseluruhan rakyat di bawah. Mereka menjana pendapatan kurang dari RM4,360 sebulan.

M40 pula golongan pertengahan yang berpendapatan antara RM4,361 hingga RM9,619 sebulan. Cuba baca kat sini.

Dalam kumpulan tersebut ada ramai yang makan gaji. Ada juga yang berniaga cari makan sendiri. Ada nelayan, ada petani, penternak dan ada yang bawa lori, pemandu jentolak dan sebagainya.

Yang kerja sendiri tentulah ramai yang sedih dengan apa yang berlaku. Dengan bantuan one-off sekali sekala dari kerajaan tak selesaikan apa-apa masalah.

Selepas duduk rumah lama tak boleh cari makan, duit habis, nak cari duit kat mana pula. Sewa rumah, loan kenderaan, hutang peribadi, makan minum, bil letrik dan air dan seribu satu macam tanggungan lagi .. mana nak cari duit?

Saya sendiri berniaga. Walaupun tak masuk dalam B40 dan M40, mungkin duduk dalam kumpulan T20 yang jumlah pendapatan sebulan melebihi RM9,620.

Tapi itu lansung tidak bermaksud kumpulan T20 ada duit untuk hidup bila bisnes tergugat akibat wabak covid. Macam saya juga, ramai yang masuk RM10 ribu sebulan dan keluar juga RM10 ribu. Tak ada baki dalam akaun simpananpun.

Hidup susah juga kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Selama ini hidup atas pendapatan dari bisnes. Bila bisnes kacau, maka habis terus sumber pendapatan untuk berbelanja.

Mana nak mengadu?

Para pekerja di syarikat sangat beruntung. Terutamanya yang tidak terlibat dalam operasi. Operasi biasanya berjalan penuh.

Yang tak terlibat dalam operasi asyik tak perlu pergi kerja. Kononnya kerja dari rumah saja. Relaks dan cool tanpa tekanan.

Tak perlu perah otak berfikir bagaimana nak bantu company hadapi cabarab Covid. Tak tergerak untuk serius berusaha cari jalan macam mana nak ambil peluang yang ada dalam keadaan semasa. Tak bersungguh-sungguh cuba supaya syarikat dapat melonjak naik ambil peluang dari apa yang berlaku.

Bagi mereka itu semua kerja boss. “Kalau boss nak hidup, boss fikirlah sendiri. Tak ada siapa nak tolong fikirkan untuk boss dan keluarga boss selain dari boss”.

Boss tak boleh tak suka-suka potong gaji dan buang pekerja. Itu ada undang-undangnya. Siapa suruh boss berniaga?

Gaji pekerja sentiasa diberikan gaji penuh. Lewat sikit dah tanya dalam whatsapp group kenapa tak dapat lagi. Seolah-olah boss memang selalu kencing dan tak bayar gaji.

Bos tercungap-cungap topup sana topup sini. Risau apa nak jadi selepas ini. Boss juga memang tak ambil gaji. Berkorban untuk kepentingan pekerja dan keluarga mereka.

Tak ada pekerja yang yang nak ambil tahu pasal keluarga boss samada, ada nasi atas meja atau tidak. Itu bukan masalah mereka. Yang penting, mereka untung. Kerja kurang. Gaji penuh. Ada tambahan lagi dari berbagai bantuan perihatin kerajaan kepada para pekerja. 

Itulah yang sering berlaku pada usahawan. Hadapi semua itu seorang diri.

Usahawan paling teruk

Usahawan paling teruk kena tempias masalah covid. Macam yang saya gambarkan kat atas tadi. Pendapatan berkurangan banyak. Bila nak pulih semula tak ada siapa yang tahu.

Kerajaan ada buat pakej, untuk elakkan usahawan buang pekerja, berikan bantuan RM1200 seorang untuk syarikat yang kurang dari 200 pekerja. Jadi kerajaan tanggung sebanyak RM1200 setiap orang pekerja yang syarikat ada.

Tapi dengan syarat. Tak boleh buang pekerja tersebut. Tak boleh potong gaji mereka.

Dengar macam bagus. Tapi sebenarnya majikan perlu tambah duit untuk bayar keseluruhan gaji. Majikan perlu ada duit simpanan atau duit lebihan untuk dibelanjakan pada semua urusan perniagaan.

Kos tetap masih kena bayar. Bila agaknya bisnes akan kembali seperti biasa?

Itu persoalan besar yang semua usahawan sedang fikirkan.

Kerja sudah tentu akan lebih sukar terutamanya dari segi kepercayaan pelanggan. Bukan takut kena tipu. Tapi takut kena covid-19. Untuk padam semua ketakutan itu, kena keluarkan kos.

Maka bertambahlah lagi kos untuk usahakan jualan yang masih belum pasti.

Ramai usahawan yang sebelum covid dulu dah memang bisnesnya teruk. Wabak covid buka peluang terbaik untuk kafankan saja perniagaan yang ada.

Peluang tekan re-start button

Perkara positif terhadap wabak ini adalah peluang untuk muhasabah diri dan bisnes secara terpaksa. Perlu buat analisa betul-betul samada bisnes masih relevan atau tidak.

Kalau tidak nampak cahaya, tutup saja bisnes supaya tak perlu tanggung kos tetap lagi. Tak perlu bayar gaji dan tak perlu bayar sewa dan lain-lain kos tetap yang ada.

Kumpulkan semula duit dengan jual segala peralatan bisnes yang ada. Insyaalah akan laku sebab sudah pasti ada yang ingin mulakan bisnes atau besarkan bisnes sekarang ini. Tentu ramai yang sedang cari peralatan bisnes terpakai.

Untuk anda yang nak jual barang bisnes terpakai, boleh joint group FB Jual beli barang bisnes terpakai kat sini. Kita jodohkan semua orang yang nak jual atau beli barang bisnes terpakai kat situ supaya mudah.

Paling penting untuk dapatkan harga terbaik bila dapat berurusan secara direct.

Biasanya ada beberapa industri yang boleh ambil manfaat dari peluang jual beli barang bisnes terpakai ini. Sya cuba senaraikan industri atau perniagaan kat bawah ini yang boleh ambil manfaat tersebut:

  1. Bengkel kenderaan – samada kereta atau motosikal atau apa saja kenderaan lain. Ada banyak barang yang diperlukan kalau anda nak ceburi industri ini. Paling bagus untuk jimatkan kos adalah dengan bermula secara modal paling rendah. Jadi bleh beli dari mereka yang nak tutup kedai.
  2. Dobi – Ini juga industri yang perlu ada banyak barang kalau nak berniaga. Kalau nak tutup, bleh jual balik kesemua barang yang ada untuk kumpul modal baru buat bisnes lain pula.
  3. Restoran atau central kitchen – Ini juga industri yang perlukan barang banyak untuk berniaga. Dapur dan segala peralatan lain termasuk perabut dan periuk belanga.
  4. Pejabat – Apa saja perniagaan yang syarikat ada pejabat boleh lelong semua barang pejabat termasuk komputer, kerusi dan meja.
  5. Kenderaan – Apa saja bisnes yang menggunakan kenderaan. Yang ada fleet. Boleh lelong semua kenderaan yang ada untuk kumpul dana atau cut cost.
  6. Stock barang niaga – Ada banyak bisnes yang simpan stok barang niaga. Contohnya mereka yang buat bisnes pakaian. Bila nak tutup kedai, boleh lelong semua stok barang. Tak kisah samada barang siap atau bahan mentah yang tak mudah rosak.

Pasti ada banyak lagi perniagaan lain yang saya tak senaraikan kat atas tu. Termasuklah mereka yang berniaga di pasar malam. Ada meja lipat payung dan sebagainya.

Boleh sertai group jual beli barang bisnes terpakai dan kita bermula dari sana. Terima kasih didahulukan kepada anda yang sudi sertai.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Orang yang makan gaji paling seronok dengan wabak covid yang tak habis ni!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !