Orang lelaki ni ada banyak bulu kat muka. Selain dari rambut, bagi yang masih ada di atas kepala tu, ada juga misai dan janggut.
Ada satu lagi bulu yang kadang kala orang lelaki terlepas pandang terutamanya yang dah berumur. Bulu hidung.
Semua bulu yang ada di kepala tu perlu diselenggara dengan baik supaya kelihatan bersih dan menawan.
Rahsia untuk kelihatan menarik ni bukannya payah pun.
Anda hanya perlu pastikan diri berada dalam keadaan kemas dan rapi. Kebersihan muka dari bulu-bulu yang tidak berserabut adalah salah satu dari amalan yang perlu dilakukan untuk itu.
Bagi saya yang suka botakkan kepala, perlu ada pisau cukur yang bersesuaian. Ada banyak di pasaraya. Sekarang, hampir kesemua pisau cukur pakai buang yang saya beli sangat berkualiti. Harganya juga berpatutan.
Cukur kepala, trim misai & janggut
Seminggu sekali mesti kena cukur kepala tu agar kelihatan licin dan bersinar. Nampak bersih dan rapi bila dah seleai botakkan kepala. Dulu pergi kedai untuk cukur kepala. Tapi sejak covid, dah terbiasa buat semuanya sendiri. Jimat banyak duit begitu.
Satu lagi perkara yang perlu diselenggara untuk kelihatan bersih dan rapi adalah seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Segala bulu yang ada pada muka. Bulu misai dan bulu hidung.
Untuk trim segala bulu janggut dan bulu misai, saya pakai mesin yang dibeli dari shopee juga. Jenama WAHL Pro Basic. Dah lama beli dan sangat rasa berbaloi dengan apa yang saya dapat.
Gambar mesin tu macam kat bawah ni. Klik pada link kalau terasa nak beli.
Bila dah pakai clipper tu, janggut dan misai dibuat satu paras saja. Boleh pakai level 1 atau level 2. Ikutlah mana yang rasa sesuai.
Selepas semua bulu tu diparas sama rata, kena trim pakai gunting pula. Ini yang nak saya cerita. Bab gunting rambut yang berbaloi di beli dan disimpan.
Gunting Jepun terbaik dari Shopee
Biasanya saya beli gunting kat Giant saja. Dah macam-macam yang dibeli untuk tugasan trim segala bulu kat muka tu. Tapi tak pernah rasa puas hati terhadap kualiti gunting tu. Namun pakai saja lah. Dah itu yang ada.
Satu hari teringat nak layari apa yang ada di shopee. Tentu ada banyak tawaran gunting khas untuk trim rambut yang berkualiti. Maka tak lama selepas itu saya mula buka dan selak satu persatu tawaran gunting yang ada.
Ada satu yang menarik perhatian.
Gunting tu dari Jepun. Biasanya persepsi saya benda tajam dari besi ni memang kepakaran orang jepun. Sama pisau, pedang potong kepala, Jepun punya pasti sangat tajam.
Ada satu gunting yang menarik saya jumpa di shopee. Nampak sangat terserlah, menarik dan tajam. Macam best saja.
Lalu saya baca dan semak semua review yang ada dan cuba beli satu gunting yang bersaiz kecil. Tujuannya nak pakai buat gunting bulu misai dan bulu hidung yang terjuntai keluar bila dah panjang.
Risau nak yakin sangat sebab harganya macam murah. Macam tak percaya ada gunting berkualiti tinggi dengan harga sebegitu. Jadi saya cuba beli yang paling kecil terlebih dulu.
Maka dipendekkan cerita datanglah gunting tu.
Masyaallah!
Sangat baik, berkualiti, tajam, cantik. Rasa sangat berbaloi apa yang saya dapat dari tawaran harga tersebut. Maka saya buat satu lagi pembelian yang bersaiz besar pulak. Stand by untuk anak-anak kalau mereka nak guna gunting ramput nanti.
Sebenarnya hanya alasan. Saya beli sebab rasa rugi pulak jika tak beli. Itu saja.
Gambarnya ada kat bawah ni. Jika rasa nak cuba beli berkualiti tu, klik pautan bawah gambar tu.
Kalau anda lihat sendiri rupa paras gunting tu memang nampak terserlah akan kualitinya. Memang begitulah bila anda beli dan dapat nanti. Rasa berbaloi dan memang tajam berdesus potong bulu hidung atau trim misai dan janggut supaya kelihata bersih, kemas dan rapi.
Jika anda nak dapatkan gunting tu, boleh pergi klik pada pautan di sini
Moga bermanfaat buat yang sedang mencari gunting berkualiti dengan harga sangat patut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !