Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 March 2022

Susah betul mencari pekerja sekarang, habis pakat jadi rider food delivery

  Ano Nyme       01 March 2022

Ramai di kalangan usahawan yang saya kenal hadapi masalah yang serius kekurangan tenaga kerja sekarang.

Antara yang kena impak besar adalah perniagaan seperti perkhidmatan dan selengaraan, kedai makan seperti restoran dan proses pembuatan dan penyediaan makanan.

Kesemua tenaga kerja yang mereka perlukan adalah dari kalangan mereka yang tidak perlu ada apa-apa kelulusan tinggi. Ertinya tenaga kerja yang masuk dalam kategori tenaga buruh.

Saya lihat laporan tentang jumlah penganggur di negara kita tak lebih dari 700 ribu orang. Itu statistik terkini pada bulan November 2021, dari tenaga buruh Malaysia. Angka penganggur melebihi 700 ribu pada bulan Oktober 2021 berikutan aktiviti ekonomi yang teruk sebelum itu.

Bila kegiatan perniagaan dah kembali pulih, angka tersebut mula mencatatkan penurunan. Ramai dah mula dapat kerja semula.

Kerja yang paling meriah orang masuk sekarang adalah dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan & minuman serta pengangkutan & penyimpanan. Juga dalam industri pembuatan dan pembinaan.

Kerja yang makinkurang orang masuk adalah dalam sektor pertanian serta perlombongan & pengkuarian.

Susah cari pekerja

Ada banyak restoran dan kedai makan yang berhadapan dengan masalah pekerja sekarang. Susah nak cari orang yang mahu kerja di kedai makan. Jadi tukang servis pelanggan.

Dalam bisnes perkhidmatan selenggaraan bangunan juga kurang pekerja. Susah nak dapatkan pekerja baru. Tak ada orang mahu kerja sebagai cleaner, pembersihan taman dan seupamanya.

Kawan saya yang buat kerja maintenance dalam bidang elektrik juga hadapi masalah tak ada pekerja. 

Saya sendiri yang buat bisnes pest control sukar mencari tenaga kerja.

Pekerja pergi mana?

Baru ini saya temuduga seorang pemuda. Dia mahu bekerja sebagai juruteknik pest control di syarikat saya.

Pencapaian akademiknya tidak baik. Dia berhenti belajar ditingkatan 3 sahaja. Masalah kewangan keluarga membuatkan dia tak teruskan persekolahan dan mula mencari kerja.

Ertinya dia dah masuk dalam dunia pekerjaan dah agak lama. Tentu dah pandai cari makan dan cari duit lebih bagus berbanding kawan-kawan yang sebaya dengannya yang sambung belajar sampai habis.

Dia datang atas cadangan seorang kawan yang lebih senior.

Bila saya tanya apa tarikan yang ada untuk dia datang minta kerja di syarikat saya sebagai juruteknik pest control. Dia jawab mahu kerja yang lebih stabil dan tetap.

Bagus! dia dah mula fikir jauh.

Sekarang kerjanya sebagai rider. Dan itulah kerja yang dah agak lama dia ceburkan diri selama ini terutamanya bila industri food delivery mula melanda negara kita.

"Berapa dapat dalam sebulan dengan jadi rider hantar makanan?" saya tanya.

"Dalam RM2,500 sebulan!", dia jawab.

Itu satu jumlah yang agak tinggi berbanding apa yang saya mahu tawarkan. Saya hanya bajet RM1,500 sebulan sahaja untuk tenaga kerja baru yang lansung taka da pengalaman dalam bidang pest control.

Tak ada apa-apa pencapaian akademik pula. Tapi saya masih mampu ambil untuk gilap dan bina kerjayanya dalam bidang tersebut jika dia ada minat dan serius. Ada caranya walaupun tanpa apa-apa kelayakan akademik asalkan boleh menulis dan membaca sahaja dah ok.

Seperti yang saya duga, dia tolak mentah-mentah gaji RM1,500 yang dapat saya tawarkan. Lebih baik jadi rider saja. Jauh lari tu, sampai RM1,000. Dia dah biasa dapat banyak tu mana boleh mahu dikurangkan!.

Saya tak salahkan dia.

Ramai yang terjun masuk dunia penghantaran dan logistik sebegitu. Ekonomi GIG yang berkembang pesat sekarang menawarkan peluang kerja cari duit yang sangat fleksibel. Tak perlu terkat dengan masa.

Rasa nak rehat tutup semua aplikasi yang diberikan. Bila rasa nak kerja buka semula. Mudah dan bebas dunia pekerjaan sebegitu.

Apatah lagi duit yang mereka dapat bukannya sedikit. Lebih baik daripada kerja berdisiplin ikut masa macam kerja juruteknik pest control yang saya tawarkan.

Sampai bila peluang tersebut akan berkekalan saya tak tahu. Jika ia boleh kekal lama, kerja sebegitu adalah tawaran yang jauh lebih selesa dari makan gaji. Mereka yang masuk dunia pekerja sebegitu umpama jadi boss sendiri. Siapa tak mahu!

Lagipun tak perlu sangat perah otak untuk kuasai apa-apa kemahiran baru yang mendalam. Tak perlu ad akemahiran pengurusan, tak perlu ada kemahiran penyeliaan dan sebagainya.

Kebakannya adalah mudah dan selesa. Kekurangannya adalah tidak adanya peningkatan kemahiran dan keupayaan dari segi pengurusan dan intelektual. 

Saya rasa itu satu keburukan terutamanya jika difikirkan untuk masa hadapan. Tapi bila fikir balik, betulkah ianya satu keburukan?

Kemahiran yang manusia perlu ada hanyalah keupayaan untuk cari makan dan teruskan hidup. Jika itu mampu dilaksanakan, apa salahnya?

Lagipun jika belajar mendalam, mahir terpelajar, akhirnya akan diguna pakai oleh para kapitalis dan elite yang berkuasa untuk kepentingan politik dan kekayaan mereka saja. Apa bagusnya pandai, terpelajar, mahir tapi hidup seumpama hamba golonan elite penguasa dunia?

Perlu difikirkan secara lebih mendalam semua perkara ini .. 

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Susah betul mencari pekerja sekarang, habis pakat jadi rider food delivery

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !