Selama berpuluh tahun, saiz pinggang seluar yang saya pakai adalah 33. Selesa sekalipun masukkan baju ke dalam. Masih tidak terasa perut terjerut.
Namun semenjak asyik kena kurung dek wabak covid 19 bermula tahun 2020 yang lalu, saya mula perasan perut dah mula kembang sedikit.
Seluar yang selama ini selesa dah mula rasa agak mencengkam. Berdiri separa togel ke atas di depan cermin memang agak jelas kelihatan kembang bahagian perut tu. Sedikit ke depan dan terjengul lebar juga pada kedua-dua bahagian tepi pinggang kiri dan kanan.
Sebelum bermulanya puasa ramadan baru-baru ni, terdetik pertanyaan, 'apa cara paling berkesan untuk hilangkan lemak pada perut?'.
Terasa ada satu semangat yang agak kuat untuk amalkan apa yang kajian buktikan berkesan. Saya nak cuba hilangkan lemak sekeliling pinggang sempena bulan ramadan tahun ini.
Cemburu pada perut orang asli
Ada beberapa kali saya berpeluang masuk hutan sampai ke perkampungan orang asli.
Satu perkara ketara yang dapat dilihat kepada hampir kesemua orang asli lelaki dewasa adalah perut mereka yang tegang tanpa lemak.
Seolah-olah bahagian tersebut hanya ada otot berpetak depan perut, dan otot tepi kiri kanan disaluti oleh kulit sahaja.
Untuk dapatkan rupa perut sebegitu bagi orang moden di luar sana, terpaksa masuk gym secara berdisiplin dan mengawal diet pemakanan yang ketat. Mungkin juga perlu tambahan bahan pemakanan tambahan lain termasuklah segala bahan pembakar lemak yang direka entah betul entah tak betul.
Kali akhir saya masuk hutang di Pahang sebelum tercetusnya wabak covid 19, untuk bersama orang asli di sebuah pos penempatan di sana. Kami minta wakil di jabatan orang asli yang ada perhubungan di sana kumpulkan lebih dari 3 kampung orang asli.
Dengan hanya 4 kenderaan pacuan 4 roda dan krew yang terhad, kami bawa beras dan daging ayam berpuluh ekor ke dalam hutan. Kari ayam, sambal bilis petai, dan sayur akan kami masak untuk jamu semua orang asli di situ.
Ketika sibuk memasak, di samping melayan orang asli dengan program yang dirancang, saya berbual dengan salah seorang dari mereka. Dia tak tinggal di situ katanya. Tapi datang dari tempat lain yang agak jauh.
"Berapa jauh", tanya saya.
"Dalam 2 hari perjalanan jalan kaki" dia jawab.
Maksudnya dia dah mula bergerak keluar dari kampungnya, bawa bersama anak dan isteri dengan berjalan kaki di dalam hutan tu sejak 3 hari yang lepas untuk memblehkannya sampai pada hari itu!.
Saya ternga-nga bila dia kata begitu. Itu memang perkara biasa yang berkurun dah diamalkan oleh orang asli di dalam hutan.
Saya pernah lihat satu keluarga orang asli merentas hutan satu ketika dahulu. Kami juga merentas hutan masa itu. Tapi keluarga tersebut selamba saja memotong kami dan tak lama kemudian terus menhilang maju ke depan sedangkan kami terhegeh-hegeh keletihan.
Patutlah perut mereka tak ada lemak!
Cara berkesan hilangkan lemak perut
Kita terus kepada agenda utama artikel ini.
Senarai perkara yang boleh dilakukan untuk hilangkan lemak pada bahagian perut dengan cara yang terbukti berkesan. Saya buat dalam bentuk point supaya lebih mudah ingat.
- Ambil makanan serat larut - dengan setiap penambahan 10 gram saja makanan serat larut, anda adapat hilangkan sebanyak 3.7% lemak perut. Kekacang adalah contoh serat larut yang anda boleh mula perbanyakkan makan. Mangga, asparagus, ubi keledek, juga boleh dan banyak lagi.
- Elak lemak trans - bila beli makanan, baca ingredient. Jika ada lemak trans, tak payah ambil.
- Jauhi arak - Untuk orang Islam, ini bukan satu masalah. Insyallah.
- Lebihkan makanan berprotein - Kajian mendapati, orang yang banyak makan protein, jumlah lemak pada perut mereka jauh lebih rendah dari biasa. Ratah lebih sikit ikan, daging, telur dan seumpamanya bila makan.
- Rendahkan stress - Banyak masuk hutan atau aktiviti bersama alam sekitar yang lain dapat kawal tekanan dengan amat mujarab. Bertafakur, solat, baca Al-Quran juga mampu kawal stress. Jumpa kawan rapat berborak atau bersukan juga boleh hilang stress.
- Elakkan gula - Berusaha jauhkan pengambilan gula sampai ke tahap paling rendah yang mungkin. Minum air kosong saja dari minuman bergula contohnya adalah permulaan yang baik.
- Bersenam robik - Apa saja senaman yang boleh naikkan kadar degupan jantung anda dibuat secara konsisten dalam tempoh yang mencukupi dapat hilangkan lemak dengan mujarab.
- Kurangkan pengambilan karbohidrat - Nasi putih, roti putih dan seumpamanya perlu dikurangkan secara maksimum. Makan bijirin penuh atau beras terpilih. Makan roti bijirin sebagai ganti.
- Angkat besi - Masuk gym atau beli peralatan angkat besi asas dan mula amalkan senaman angkat besi secara konsisten. Pastikan anda minta khidmat nasihat mereka yang ariff untuk senaman yang betul dan selamat.
- Hentikan minuman tin - apa saja minuman bertin, botol, bersoda elok abaikan saja terus bermula dari sekarang.
- Jaga tidur secukupnya - biasanya 7 jam dah mencukupi. Pastikan juga dapat tidur nyenyak. Untuk itu, sediakan tempat beradu yang selesa dan nyaman.
- Makan sekadar keperluan - Pantau apa yang masuk ke dalam perut anda berdasarkan keperluan sahaja. Bukan berdasarkan sedap lidah dan tambah.
- Makan ikan tinggi omega 3 - antaranya seperti salmon, sardin, mackerel, dll.
- Jus buahan elok tak payah minum - walaupun ada baiknya minum jus buah ni tapi elakkan sajalah. Gantikan dengan air kosong saja.
- Ambil cuka epal - ambil cuka apel satu atau dua sudu sehari. Campur dengan air minuman segelas dan minum setiap hari.
- Makan probiotik - ambil suplement atau mudahnya makan yogurt saja.
- Berpuasa - amalkan puasa berselang secara konsisten. Cari maklumat berkenaan intermittent fasting dan amalkan.
- Minum teh hijau - Beli serbuk teh hijau dan mula amalkan minumnya
- Gabungkan kesemua atau sebahagian dari semua aktiviti di atas akan bantu anda hilangkan lemak perut dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !