Semalam solat tarawih kat surau lagi.
Sejak dibenarkan tahun ni, tidak ketat lagi seperti sebelumnya, saya ke surau sejak malam esok nak puasa untuk tarawih.
Masih tak selesa sebenarnya sebab kena pakai penutup mulut dan hidung lagi. Tapi lebih bagus dari tak berjemaah lansung ramai-ramai beserta selawat kepada rasul.
Jumlah jemaah masih tak penuh. Banyak ruang kosong lagi.
Malam pertama terawih dulu, masa tak wujud covid lagi, penuhnya mengada-ngada sehingga melimpah ke tangga surau. Memang tak muat. Tapi tahun ni tak jadi macam tu.
Masih ramai yang ambil langkah berhati-hati lagi. Mungkin mahu kekalkan dara tak kena jangkitan covid-19 sampai bila-bila. Suci dari jangkitan gitu ..
Apapun, dengan adanya ruang selesa untuk solat, rasa lebih tenang dan tidak berebut-rebut serta berhimpit sampai rasa tak selesa.
Tazkirah sebelum terawih
Surau teruskan amalkan cara sama. Solat hanya 8 rakaat.
Selang antara 4 rakaat di adakan samada tahlil buat mereka yang bayar malam itu, atau diadakan tazkirah ringkas ramadan.
Semalam ustaz tersilap hari dan perancangan lalu minta untuk adakan tazkirah sebelum solat tarawih. Ertinya selepas selesai solat fardu Insya, tazkirah dimulakan.
Temanya adalah peringatan untuk betul-betul berpuasa.
Saya pertama kali dengar konsep yang ustaz terangkan berkenaan jangan larikan diri dari rasa lapar ketika berpuasa.
Perlu hadapi kelaparan tersebut untuk membolehkan pahala penuh sebagaimana yang saran dalam amalan berpuasa.
Contoh lari dari lapar adalah seperti tidur, mandi kerap, main video game, layari internet dan media sosial, lepak berborak sampai leka. Dan lain-lain lagi aktiviti seumpamanya.
Itu sama dengan cubaan untuk melarikan diri dari rasa lapar.
Ustaz suruh banyakkan beribadat. Solat, baca quran, iktiqaf, zikir, selawat dan sebagainya. Bila buat semua itu akan terasa lapar. Baru betul berpuasa.
Saya terlintas pula dalam kepala yang ustaz maksud kan perlu rasa tersiksa kelaparan barulah ada pahala penuh berpuasa.
Jika tak tersiksa tak bagus puasa tersebut.
Perlu rasa tersiksa kelaparan
Betulkah begitu?
Berpuasa dalam keadaan tak rasa lapar tak bagus dari segi pahalanya?
Jika teruk tersiksa itu lebih bagus ketika berpuasa, maka kenapa agama membenarkan orang yang uzur, orang yang musafir, orang yang kerja teruk dan sebagainya untuk tidak berpuasa. Boleh digantikan ketika dalam keadaan biasa.
Persoalan itu membuatkan saya rasa konsep perlu rasa tersiksa untuk dapat pahala penuh adalah konsep yang tidak lancar.
Lagipun, rasa lapar hanyalah isyarat tubuh badan supaya tuannya isikan perut dengan makanan untuk bekalan tenaga.
Isyarat lapar yang kebanyakan manusia rasa sekarang lebih cenderung kepada isyarat palsu akibat daripada manjakan diri makan yang tak betul.
Manusia zaman dulu bukan melantak nasi atau karbohidrat lain macam kita sekarang. Sumber makanan mereka adalah berbagai. Malah manusia dulu lebih banyak tak makan dari melantak sepanjang masa macam kita sekarang.
Tubuh badan orang dulu berikan isyarat betul pada keperluan untuk makan. Badan akan gunakan dulu lemak yang ada pada tubuh badan untuk bekalan tenaga. Isyarat lapar hanya untuk gantikan lemak yang dah cair tu buat bekalan dan tidak kritikal sangat.
Lapar yang ada sekarang hanya emosi manja terbiasa yang badan amalkan bila asyik bergantung tenaga pada gula sahaja dan tak mahu susah payah cairkan lemak yang tersimpan berlapik-lapik bawah kulit tu.
Puasa tidak memberikan rasa tersiksa kepada rasa kelaparan sebenarnya. yang paling teruk ketara bila puasa adalah rasa mengantuk. Mudah sangat nak pejam lentuk. Itupun disebabkan badan nak jimatkan tenaga juga bila kita tak layan tekanan untuk makan yang dia berikan isyarat.
Bagi sayam paling baik untuk dilakukan ketika berpuasa sepanjang ramadan ini adalah buat kerja seperti biasa sahaja. Jangan dijadikan alasan puasa maka tak leh buat itu dan ini.
Sepatutnya lebih produktif sebab kurang gangguan nak berhenti rehat pergi makan dan minum dan sebagainya.
Kalau boleh buat begitu adalah jauh lebih baik.
Tak perlu nak siksa diri.
Dan paing penting tak perlu rasa risau leka buat kerja sampai tak rasa lapar. Memang badan pun tahu cara untuk kekalkan tenaga pada masternya bila dia asyik fokus pada urusan penting.
Paksa orang hormat bulan puasa
Puasa adalah ibadah kepada para penganut agama islam. Ia berkait rapat kepada kepercayaan. Bukan satu bentuk undang-undang yang menyentuh kepentingan awam.
Orang yang tak puasa tak ambil apa-apa hak orang lain. Itu antara dia dengan Tuhan. Bukan dengan manusia. Jadi kenapa perlu dikenakan hukuman undang-undang buat mereka yang ditangkap tak puasa.
Banyak masalah timbul nanti. Ada orang yang memang dibenarkan tak payah puasa jika kerja berat, jika musafir dan sebagainya.
Satu lagi perangai arahan tak bagi berniaga masa bulan puasa. Alasannya untuk hormati umat Islam berpuasa.
Maksudnya orang bukan islam tak boleh makan kat kedai makan sebab takut nanti tak hormat orang islam yang berpuasa. Apa punya pendekatan macam itu. Lantak merekalah nak makan kat kedai. Tak ada kena mengena kepada orang islam yang berpuasa pun.
Kedai makan perlu bayar bil dan sewa serta gaji para pekerjanya. Biarlah mereka berniaga. Macam McD, KFC dan lain-lain kedai makan antarabangsa.
Kantin sekolah juga tak dibenarkan beroperasi ketika bulan puasa. Habis kanak-kanak bukan islam macam mana?
Kenapa nak paksa mereka susah hanya sebab orang islam lain berpuasa?
Orang yang tak tahan melihat orang lain makan ketika dia sedang berpuasa sampai akhirnya buka puasa memang sesuatu yang pelik. Tentu tidak pernah berlatih sejak kecil berpuasa sampai jadi macam tu. Jangan jadikan alasan pelik macam tu untuk tidak benarkan orang bukan islam hidup makan macam biasa.
Kalau macam itu punya paksaan sampai menyusahkan orang lain yang bukan beragama islam, elok jadikan saja puasa bulan ramadan sebagai undang-undang negara yang diwajibkan buat semua rakyat Malaysia ..
Bukankah lebih mudah begitu?
Itu pandangan saya saja. Tentu tak semestinya betul. Jika anda ada pandangan yang berbeza, bolehlah kongsikan kat bawah ni ya!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !