Saya kongsikan senarai 14 buah buku di bawah untuk rujukan terutamanya jika anda seorang usahawan atau kerja sendiri.
Kalau makan gajipun, boleh dan elok sangat baca. Sikitpun tak rugi luaskan sudut pemikiran.
Berikut senarai 14 buah buku tersebut.
- Think and Grow Rich - Buku tulisan Napoleon Hill ni memang klasik. Dalamnya diberikan formula untuk buat duit jadi kaya dan berjaya. Buku ini ada diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Boleh beli kat sini
- The E-Myth Revisited - Buku tulisan Michael Gerber ini, sebuah buku yang sangat sesuai buat para usahawan kecil yang tak jumpa jalan macam mana nak uruskan syarikat secara lebih cekap.
- The One Minute Manager - Buku ni sangat mudah untuk dfahami dan diamalkan. Paling penting, ia sangat berkesan dalam menguruskan segala urusan kerja dengan masa yang anda ada secara cekap dan berkesan. Penulisanya ialah Ken Blanchard.
- The Sales Bible - Tulisan Jeffrey Gitomer. Buku wajib ada buat pemilik perniagaan terutamanya bisnes kecil dan sederhana. Simpan sebagai rujukan dan ulang bacapun tak apa. Jika anda seorang jurujual pun, buku ini perlu jadi rujukan dalam memantapkan lagi kerja anda.
- Good To Great: Whay some companies make the leap and others don't - Buku tulisan Jim Collins ini juga klasik dan menarik. Point penting untuk jadikan syarikat anda hebat adalah dengan memilih dan menaikkan orang yang berdisiplin dalam pemikiran dan tindakan mereka.
- Getting Everything You Can Out of All You've Got - Buku ini ditulis oleh Jay Abraham. Saya rasa dia sangat geliga otaknya. Panduan untuk kedepan dengan menggunakan apa yang anda ada sahaja dan semuanya simple sahaja tapi geliga. Baik makan gaji, orang bawah, orang atas, company kecil atau besar, sesuai baca dan jadikan ideanya sebagai panduan untuk bergerak ke depan.
- The 21 Irrefutable Laws of Leadership - John C Maxwell, penulis buku ini memang pakar dalam bidang kepimpinan dan banyak buat kajian dan perkongsian dalam bab ini. Dia berikan prinsip asas untuk diambil dalam usaha menjadi pemimpin yang hebat.
- The ABC of Building a Team That Wins - Ditulis oleh Blair Singer. Cara untuk bentuk dan bina kumpulan pekerja yang baik dalam syarikat anda. Memang sangat diperlukan jika anda ada bisnes dan pekerja di bawah sebab ia bukan satu tugas yang mudah. Sedangkan tanpa pekerja yang baik, syarikat tak akan mampu pergi jauh.
- The 7 Habits of Highly Effective People - Tulisan Stphen Covey ini juga dah jadi buku klasik yang hampir semua orang tahu berkenaannya. Kalau hanya pernah dengar saja tapi tak pernah baca, elok pergi la cari dan baca. Ia sebuah buku yang agak berat sebab dalamnya adalah panduan membina kerjaya dan peribadi secara seimbang dan berjaya.
- Raving Fans - Sebuah buku lagi tulisan Ken Blanchard untuk ubah pelanggan anda jadi fanatik dan seterusnya jadi agen meningkatkan lagi jumlah pelanggan dalam perniagaan yang anda lakukan.
- The Alchemist - Ini sebuah novel ringkas tulisan Paulo Coelho. Penulis ni memang luar biasa sebab dia memang penulis legenda yang masih hidup. Sejarah perjalanan hidupnya juga menarik penuh dengan pancaroba naik dan turun. Buku ini jadi best seller antarabangsa sebab ringkas dan mampu berikan sumber inspirasi.
- Losing My Virginity - Ini sebuah buku autobiography Richard Branson, pengasas syarikat Virgin Group. Konsep hidupnya adalah 'bergembira'. Dan konsep itulah yang jadikan dirinya seorang Billionaire. Leka baca buku ni macam baca novel la pulak. Tapi sangat menarik untuk berikan sumber inspirasi meredah kehidupan dengan cara tersendiri.
- Building The Happiness Centred Business - Kalau anda tercari cara untuk suka dengan bisnes yang anda sedang buat dalam maca yang sama bisnes sukses buat duit, maka buku ini mesti dibaca. Penulisnya Dr Paddi Lund, kongsikan bagaimana dia berjaya buat macam itu langkah demi langkah. Tapi buku ni tak ada dalam kedai buku. Kena beli secara online di sini
- Scientific Advertising - Tulisan Claude Hopkins ini sangat ringkas dan mudah difahami. Jika anda mahu kembangkan kerja dalam bidang pengiklanan atau memang anda berniaga, buku ni memang kena baca sebagai panduan dalam ketengahkan perniagaan ke dalam pasaran.
Dah selesai kesemua 14 buku yang sangat bagus untuk anda dapatkan dan baca. Simpan sebagai rujukan. Semuanya memang buku klasik yang terkenal.
Moga bermanfaat!
Terima kasih Brader, hang memang terbaik laπππ
ReplyDeleteSama-sama Bro!
DeleteTqvm sebab sudi dan rajin berikan komen. Sangat berharga!