1 haribulan Jun 2022 baru-baru ni, meningkat umur saya naik setahun lagi. Dah masuk 5 series. Kalau ada rezki panjang umur, mungkin sempat sampai 7 series. Insyaallah!.
Macam tulah setiap tahun umur digunakan dengan begitu pantas. Kejar sana-kejar sini, sedar-sedar dah pakai habis satu tahun.
Paling teruk kalau relaks sana, relaks ini, tangguh itu tangguh ini, habis setahun berlalu secara sia-sia.
Peningkatan umur dah tentu berlaku pada semua orang. Termasuk kepada diri anda juga setap tahun. Setiap kali masuk umur baru, apa agaknya perubahan yang anda buat?
Kalau tak pernah terfikir sebelum ini, mari saya nak berikan cadangan khasnya pada anda yang dah lama rasa nak ubah diri, dari tak ada duit kepada ada duit.
Maksudnya, ada duit yang mencukupi untuk anda gunakan buat apa yang dirasakan bermanfaat.
Bukan bermaksud yang selama ini, dalam keadaan tak ada duit, anda tak buat apa-apa yang bermanfaat. Tapi, jika ada duit yang lebih dari mencukupi, anda boleh gandakan lagi manfaat tu. begitulah hasratnya.
Azam masuk umur baru
2 tahun sebelum ini, sebelum dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19, iaitu tahun 2020, ada makna yang besar kepada mereka yang lahir sebelum era tahun 1991.
Jika dalam tahun 1991 tu anda dah celik dan sedar apa yang berlaku di sekeliling, bermakna anda juga ada kenangan terhadap tahun 2020.
Pada tahun itu Perdana Menteri masa itu, (Tun) Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020. Diumumkan dalam perbentangan Rancangan Malaysia ke-6 ketika itu.
Wawasan 2020 menyentuh kemakmuran dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, keseimbangan jiwa dan kestabilan politik.
Dalam kesemua itu, bab ekonomi paling paling besar kesannya pada saya sendiri.
Kalau saya nak kaitkan wawasan 2020 dengan satu perkataan, saya akan sebut “makmur”.
Perkataan makmur itu lebih kepada memberikan makna maju dan berjaya. Ekonomi yang baik dan lebih kuat masuk ke dalam benak ingatan saya.
GDP negara masa tu (tahun 1990) adalah bernilai RM115 billion. Tun M sasarkan ianya akan meningkat kepada RM920 billion menjelang tahun 2020, berdasarkan nilai ringgit pada tahun 1990.
Kalau lihat laporan statistik negara untuk ekonomi Malaysia tahun 2020, nilai GDP negara kita dan sampai RM1.48 trillion !
Itu berdasarkan nilai ringgit untuk tahun 2020. Untuk mudahkan pemahaman, kita tengok nombor sajalah. Tak perlu lihat nilai duit yang berbeza antara tahun 1990 dengan 2020 lagi.
Memang ada satu lonjakan yang sangat besar pada kenaikan nilai GDP tu. Perubahan besar betul-betul berlaku sejak wawasan 2020 diumumkan.
Soalan yang perlu ditanya, adakah anda sendiri ada lonjakan diri dari segi ekonomi?
Rata-rata ramai yang akan mengeluh yang dia sentiasa tak ada duit. Tak ada simpanan, tak ada aset, tak ada banyak sangat perubahan dari segi duit.
Lebih teruk lagi kalau ada yang jumlah hutangnya dengan orang lain mengatasi kesemua aset dan duit yang dia ada.
Sangat meletih dan mengecewakan kalau sebahagian besar duit yang anda cari hanya digunakan untuk bayar hutang!
Dan lebih teruk lagi kalau hutang pun tak mampu nak bayar sebab duit yang ada hanya mencukupi untuk teruskan hidup saja!
Orang yang berikan hutang pada anda dulu teraniaya sebab nampaknya tak ada harapan untuk dia mendapatkan balik wang yang dia beri pada anda dulu. Anda memang tak mampu bayar semula dalam masa terdekat ni.
Jadi, saya cadangkan untuk perubahan umur yang meningkat ni apa kata jika anda buat perubahan. Buat lonjakan dari segi ekonomi.
Bagi ada duit yang lebih dari mencukupi berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tak berapa menyeronokkan.
Untuk permulaan, anda tak perlu fikirkan jalan nak buat duit lagi. Sebab ada punca utama yang menyebabkan anda jadi sentiasa tak ada duit. Punca itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu untuk dihapuskan supaya anda bebas jadi insan yang baru.
Ia sama seperti satu usaha untuk ubah software yang tertanam melekat dalam diri sendiri. Yang selama ini beroperasi secara senyap men-sabotaj usaha anda untuk cari dan buat duit.
16 mitos tak ada duit
Di bawah ni, saya akan berikan 16 sebab yang mungkin, anda tanam dalam diri selama ini.
Kesemua sebab ini mampu mengarahkan segala tindakan anda samada secara sedar atau tidak, supaya anda kekal tak ada duit.
Anda boleh salin semula semua 16 perkara kat bawah ni dan buat refleksi secara jujur.
Ingat betul-betul. Rasa betul-betul. Hayati betul-betul samada, wujud atau tidak pegangan berikut selama ini.
Kesemuanya adalah MITOS, pegangan salah yang menghalang anda cari dan berusaha buat duit.
- Saya tak belajar tinggi, tak bagus pencapaian pendidikan
- Keluarga saya miskin atau tidak berada
- Kos hidup sangat tinggi. Asyik naik dan saya tak boleh nak kejar
- Saya tak boleh simpan duit
- Saya tak bersedia untuk kerja dalam tempoh yang panjang dari biasa
- Hanya duit yang boleh buat duit
- Saya malas dan tak sanggup nak bermain politik
- Orang yang berusaha buat duit tu tamak
- Saya tidak dilahirkan di tempat atau persekitaran yang betul
- Saya tak dilahirkan dalam dulang emas
- Orang kaya sombong berlagak. Saya tak nak jadi macam tu!
- Kalau saya buat duitpun, tak lama lepas tu habis jugak
- Saya akan hilang kawan-kawan kalau kejar kekayaan
- Kalau memang ditakdirkan saya nak kaya, tentu akan dapat duit runtuh tiba-tiba
- Malas nak cuba, takkan berjayapun
- Bukan semua orang biasa boleh kaya, orang kaya dah belasah habis semua
Mana satu yang betul untuk anda
Cuba renung secara jujur kesemua 16 perkara yang saya berikan kat atas tu. Mana satu yang memang ada dalam diri anda selama ini.
Kalau ada, perkara pertama yang anda perlu buat adalah ubah kepercayaan itu.
Anda sendiri boleh buat untuk ubahnya. Saya berikan jaminan bahawa semua perkara itu tidak betul untuk dijadikan alasan yang anda tak boleh buat duit dan jadi kaya lebih dari mencukupi.
Tengok saja sekeliling anda.
Tengok contoh-contoh yang membuktikan kepercayaan itu salah. Ianya adalah alasan saja. Mungkin anda kerap dengar masa kecil dulu. Mungkin anda terpengaruh dengan kawan-kawan yang ada kepercayaan macam itu. Lalu tertanam dalam diri tanpa sedar.
Pastikan tak ada satupun perkara tersebut dalam senarai kepercayaan anda bermula tahun 2020 ini. Jadikan tahun 2020 sebagai permulaan untuk mula bangun dari tidur dan mula buat duit. Anda boleh buat dengan mudah jika semua kepercayaan di atas tidak ada.
Ada kawan yang kaya dari segi ekonomi pernah beritahu saya. Kalau anda lihat macam mana mudahnya orang miskin jadi miskin, macam itulah juga yang berlaku pada orang kaya.
Bagi orang kaya, mereka nampak dan rasa mudah sangat jadi kaya.
Hakikatnya, kata kawan saya tu. Memang begitulah yang terjadi. Macam mana mudahnya orang miskin kekal miskin, macam itulah juga mudahnya orang kaya kekal kaya.
Ertinya jika anda ubah sikap dan kepercayaan yang membantutkan diri selama ini, anda juga akan dapati betapa jadi kaya itu memang boleh sangat.
Semua berantung kepada diri anda sendiri. Pilih satu antara dua di bawah:
- Kalau anda rasa nak kaya tu susah dan lebih mudah untuk jadi miskin, anda betul.
- Kalau anda rasa nak jadi kaya itu mudah dan jadi miskin itu lebih susah, anda betul.
Saya harap anda pilih yang nombor 2 tu bermula dari sekarang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !