Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 June 2022

Panduan dapatkan khidmat hapuskan anai-anai dari syarikat pest control berlesen

  Ano Nyme       22 June 2022


Kerosakkan bangunan dan hartanah disebabkan oleh serangan anai-anai melibatkan kos lebih dari RM400 juta setiap tahun.

Itu satu jumlah yang bukan sedikit. Jika rumah anda dah pernah kena serangan anai-anai tentu tahu betapa peningnya kepala timbul rasa risau apa lagi struktur kayu yang telah dirosakkannya.

Yang tak best tentang serangan anai-anai ini adalah, apabila anda sedar dah ternampak kena serangan, itu tandanya dah atak terlewat. Sebab dia buat kerja cari makan bahan celulose atau bahan berkayu secara diam-diam di dalam gelap jauh dari penglihatan mata anda.

Langkah kenal pasti serangan lebih awal

Salah satu cara paling mudah untuk anda kesan lebih awal adanya serangan anai-anai di rumah adalah dengan mendapatkan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak umum.

Biasanya di panggil General Pest Control, ia merupakan khidmat yang ditawarkan oleh hampir semua syarikat pest control berlesen di negara kita Malaysia.

Fokus utama kawalan serangga dan makhluk perosak umum ini adalah terhadap serangan lipas, semut dan tikus.

Biasanya juruteknik kawalan serangga akan melawat rumah anda dan melakukan rawatan pencegahan terhadap ketiga makhluk perosak tersebut secara berkala, iaitu setiap 2 bulan sekali.

Khidmat sampingan yang anda bakal dapat dari mereka adalah pemeriksaan dan pemantauan terhadap kewujudan tanda-tanda adanya serangan anai-anai. Dengan bantuan anda sendiri membuat pemerhatian sebarang perubahan struktur bangunan dan disusuli oleh pengesahan juruteknik bertauliah, anai-anai dapat dikesan lebih awal.

Ini dapat mengelakkan rumah anda daripada lebih teruk dirosakkan anai-anai.

Dalam masa yang sama, anda tak perlu pening untuk proses cari syarikat pest control, minta sebut harga, buat perbandingan cara rawatan dan harganya dan lain-lain lagi dan anai-anai lebih banyak membuat kerosakkan.

Proses dapatkan khidmat rawatan anai-anai

Berikut saya kongsikan apa yang sebaiknya anda lakukan jika berlaku kesan serangan anai-anai di rumah anda.

1. Kenal pasti serangan

Ada orang memang dah tahu bagaimana rupanya serangan anai-anai. Paling mudah adalah dengan melihat kesan lorong kecil dibuat dari tanah tiba-tiba muncul keluar dari dinding rumah. 

Itu adalah cara anai-anai buat lebuhraya laluan para pekerjanya untuk melintas dari satu lubang di bahagian dalam struktur keluar ke tempat lain. Anai-anai akan lalu di dalam lorong kecil itu yang gelap dan lembab.

Itu kesan paling mudah untuk kesan adanya anai-anai.

Tapi ada kalanya tiada kesan saluran tanah itu. Sebab anai-anai selesa dan aman menggunakan lorong yang dah tersedia ada pada struktur rumah. Contoh paling mudah adalah pergerakkan anai-anai melalui skirting di dinding atau laluan lain yang seumpamanya.

Jika anda tak pasti, call saja syarikat pest control untuk datang dan buat pemeriksaan. Boleh call syarikat Easelife Services Sdn Bhd jika anda berada di kawasan Lembah Kelang.

Call Athirah 010-234 2542 Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control berlesen tempatan khas untuk orang Lembah Kelang sejak 1998 lagi.

Jika anda tinggal di tempat selain lembah kelang, boleh rujuk portal persatuan pest control Malaysia untuk mendapatkan maklumat syarikat pest control bertauliah dan boleh dipercayai yang ada di negeri tempat anda tinggal.

Kelebihan menggunakan ahli persatuan adalah anda boleh mengadu pada persatuan jika berlaku ketidak puasan hati sepanjang menggunakan khidmat syarikat di ahli persatuan tersebut.

2. Pastikan syarikat berkelayakan

Budaya tak bagus yang orang Malaysia sering amalkan adalah budaya nak jimat kos dengan menggunakan apa saja syarikat yang tawarkan harga rendah tak masuk akal untuk selesaikan masalah mereka.

Dalam industri pest control juga berlaku amalan sedemikian.

Buat mereka yang tak ada duit, masih boleh diterima. Tapi ia juga berlaku di kalangan mereka yang tak ada masalah duit.

Amalan sedemikian adalah seperti membeli kenderaan curi untuk digunakan seperti kenderaan sah. Bila berlaku masalah, dah mula garu kepala.

Harga yang diberikan oleh syarikat pest control berdaftar dan berlesen memang dah patut. Kos bahan rawatan seperti pesticide atau bahan pembantut pembesaran serangga (IGR) bukannya murah. Ia melibatkan teknologi tinggi dalam pembuatannya.

Bahan tersebut murah hanya apabila ia dibeli dari pasaran gelap. Dan pasaran itu mendapat bekalan dari aktiviti mencuri stock bahan oleh segelintir pekerja pest control dari syarikat dimana dia bekerja.

Jika anda mendapatkan khidmat syarikat yang tidak bertanggung jawab, adakah anda yakin dia akan bertanggung jawab ke atas keberkesanan kerja pest control yang dia berikan kepada anda?

Cara mudah nak semak samada syarikat tersebut boleh diyakini atau tidak adalah sama seperti di atas. Semak saja keahliannya di dalam persatuan pest control Malaysia.

Anda juga boleh semak lesen syarikat tersebut di portal Kementerian Pertanian yang bertanggung jawab mengeluarkan lesen pengendali pest control di negara kita.

3. Buat perbandingan

Dah jadi amalan biasa untuk dapatkan cadangan lebih dari satu syarikat pest control. Itu berlaku jika anda tidak punyai kenalan atau rujukan dari kawan lain terhadap mana-mana syarikat pest control yang boleh dipercayai.

Cara mudah adalah dengan menggunakan Easelife Services Sdn Bhd di lembah klang ni. Insyaallah anda boleh berikan kepercayaan pada syarikat tersebut yang dah lama dalam pasaran.

Tapi jika anda mahu kuatkan lagi keyakinan, boleh dapatkan 2 atau 3 syarikat berbeza untuk cadangan kawalan anai-anai di rumah anda.

Jika anda buat begitu, pastikan lihat apakah teknik rawatan yang setiap syarikat berikan. Secara umum ada 3 cara saja.

  1. Cara ringkas - sembur dengan bahan kimia saja di tempat serangan anai-anai. Ini paling murah. Bubuh anai-anai yang ada di situ sahaja.
  2. Cara tebuk lubang - suntik setiap lubang dengan bahan kimia jadi penghadang anai-anai dari datang ke rumah anda. Cara konvensional sejak sekian lama di mana ratusan lubang akan ditebuk pada lantai di sepanjang dinding rumah anda.
  3. Cara pengumpanan - Cara terkini yang dah lama digunakan di negara kita. Selamat dan sangat berkesan dalam membunuh keseluruhan anai-anai yang ada di dalam tanah di bawah rumah anda.
Satu lagi perkara yang anda perlu bandingkan adalah tempoh jaminan. Ini biasa di amalkan oleh syarikat yang pakai teknik no 2 di atas. Biasanya mereka berikan jaminan selama tempoh bahan kimia yang dipakai mampu bertahan kekal di bawah tanah itu.

Untuk makluman, tempoh kekal kebanyakan bahan kimia sekarang tidak sehebat dulu yang mampu mencapai sehingga lebih 20 tahun!. Tapi bahan sedemikian merbahaya untk alam sekitar dan sudah di larang penggunaannya.

Biasanya tempoh yang disyorkan oleh persatuan adalah setahun sahaja. Paling hebatpun boleh pergi 2 tahun.

Tak ada pengeluar bahan kimia anai-anai berani tanggung jaminan sebab selain dari bahan kimia yang digunakan. Keberkesanan rawatan juga sangat bergantung kepada cara syarikat yang melaksanakannya.

Untuk teknik no-3 di atas, tempoh jaminan adalah selama setahun. Dan anda sentiasa boleh lanjutkan tempoh jaminan dengan menambah bayaran dalam lingkungan 20% dari harga tahun pertama itu.

Cara ke-3 adalah lebih fleksibel dan meyakinkan malah menjimatkan secara jangka panjang.

Secara umum, demikianlah sedikit panduan untuk anda yang memerlukan khidmat hapuskan anai-anai dari rumah anda. Moga artikel ini membantu.

Untuk anda yang memerlukan khidmat hapuskan anai-anai di Lembah Kelang, gunakan khidmat Easelife Services Sdn Bhd, khas untuk penduduk Lembah Kelang sejak tahun 1998. Call Athirah 010-234 2542 untuk maklumat lanjut. Atau terus wasap dengan Klik di sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Panduan dapatkan khidmat hapuskan anai-anai dari syarikat pest control berlesen

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !