Saya beli Toyota Hilux pada tahun 2014. Dari hari pertama memakainya saya hanya pergi ke pusat servis toyota sahaja untuk semua urusan selenggara kenderaan pikap 4x4 tersebut.
Ertinya dah hampir 8 tahun asyik pakai pusat servis toyota sahaja untuk pastikan ia di jaga dengan baik ikut jadual selenggara.
Hanya ada beberapa kali saja, pergi cari kedai selain pusat servis toyota. Pertamanya bila nak pasang stabiliser bar kat bawah kereta tu, saya pergi ke kedai aksesori 4x4 TOPUP di Petaling Jaya.
Kedai tayar 4x4 murah
Bila pasang anti roll atau anti sway bar tu, baru bawa sedap sikit. Orang duduk kat belakang pun taklah rasa tersentak sentak bergetar setiap kali langgar busut pada jalan.
Untuk pertukaran tayar pula, mula dulu pergi tukar kat pusat servis toyota. Kemudian bila dah dapat tahu ada kedai tayar paling murah di Malaysia, saya tak pernah tukar tayar lagi selain di kedai tersebut.
Untuk anda yang masih tak tahu kat mana kedai tayar paling murah tu, boleh pergi cari Kedai Tayar Oscar atau lebih tepat lagi, Oscar Tyre Sdn Bhd. yang beralamat di 1, Jalan B 34/B, Taman Perindustrian Bukit Kemuning, 40470 Shah Alam, Selangor.
Sekali pergi tukar tayar di situ, tentu dah tak mahu ke mana-mana kedai tayar lain lagi. Buat pulak tayar kenderaan 4x4 yang memang tak murah harganya tu.
Ada sekali kawan dari Penang telefon ketika datang ke Lembah Kelang. Dia minta saya syorkan kat mana nak tukar tayar van yang dia baru beli yang dah botak. Saya suruh dia ke Oscar Tyre tu di Kota Kemuning.
Mulanya dia kata nak yang dekat sikit di mana-mana kedai berhampiran pusat bandar Shah Alam.
Tapi bila saya kata dia akan berterima kasih kepada saya jika pergi tukar ke sana, dia gagahkan diri ke sana juga. Dan ternyata dia sendiri terkejut biawak dengan harga tayar yang di tawarkan di sana. Memang dia berterima kasih pada saya dengan maklumat itu.
Kenapa ke pusat servis Toyota
Pegangan saya selama ini untuk sentiasa gunakan Toyota Service Centre adalah atas alasan mereka lebih tahu tentang semua kenderaan yang mereka jual.
Lagipun sangat mudah berurusan di sana. Dan saya dah mula kenal semua service advisor di pusat tersebut yang selalu saya pergi. Layanan adalah mesra dan tak timbul rasa tak percaya takut terkena.
Urusan pembayaran pula mudah. Boleh pakai kad saja. Nak buat apa semua ada di situ. Dari urusan baharui insuran dan roadtax sehingga ke urusan nak cuba kenderaan toyota baru, semua ada di situ.
Mula terasa nak tukar workshop
Tapi bila dah lama pakai Hilux tu, dah mula ada banyak pertukaran parts nak kena buat, dah terasa perlunya cari pusat baiki dan servis kenderaan yang memang khas untuk 4x4 sahaja.
Ada banyak sebab kenapa terasa perlu tukar dan ubah angin.
Pertamanya sebab nak ke pusat servis toyota perlu temujanji. Mereka memang tak layan walk-in.
Paling leceh bila nak masuk musim cuti sekolah atau msim perayaan dan nak kena hantar servis kenderaan hilux tu. Memanjang penuh dan kena tunggu giliran lama. Sering terpaksa tunggu sehingga temujanji tak ramai baru dapat servis.
Kemudian ketika servis terakhir di pusat servis toyota tu baru-baru ini saya ada mengadu bunyi kuat pada absorber depan kereta setiap kali langgar lubang atau naik bonggol.
Bunyi ngok ngek seperti geseran besi.
Mereka check dan maklumkan pada saya banyak benda nak kena tukar untuk elokkan semula keadaan bawah pikap 4x4 tersebut.
Bila saya tanya anggaran kos untuk semua urusan tersebut, dia bagi tau perlu sediakan bajet lebih dari RM5 ribu!
Entah apa yang dia nak tukar saya tak pasti.
Tapi dalam hati dah terdetik mungkin sudah tiba masanya pergi cari workshop luar pakar 4x4 sahaja. Pasti harganya jauh lebih murah.
Kedai aksesori 4x4 bagus
Selepas raya baru-baru ni saya terpaksa tukar bumper belakang hilux tu. Orang rumah undur ke belakang laju dan terus belasah tiang letrik besar kat Melaka. Habis kemek bumper tu dan tak elok.
Bila pergi tanya kedai ketuk dan cat samada mereka boleh ketuk dan luruskan semula bumper tu, tak satu kedaipun yang mahu.
Mereka kata lebih baik tukar sebiji terus lebih mudah. Bumper tu memang sangat pejal besinya dan tak akan elok sekiranya cuba diketuk semula.
Saya mula tanya dan cari rear bumper hilux baru untuk tukar yang dah kemek tu. Harga original yang baru boleh tahan juga. Sedangkan saya bukannya peduli samada elok baru berkilat atau tidak. Asalkan lurus saja dah boleh.
Jadi tak perlu nak habiskan duit tukar yang baru original.
Teringat untuk bertanyakan pada satu grup facebook hilux yang saya sertai samada ada yang nak jual bumper belakang hilux second hand.
Tak sangka rupanya ada ramai yang terus pm tawarkan sama yang baru atau yang second hand. Macam-macam tawaran ada.
Oleh kerana saya tak tergesa-gesa sangat maka saya relaks saja tunggu pilihan dan tawaran yang terbaik.
Akhirnya dapat satu hamba Allah yang baru saja upgrade kereta hilux sama modelnya dengan saya. Dia tak pakai bumper original lamanya tu. Dia nak tolak kat saya hanya dengan harga RM200 sahaja.
Saya terus setuju.
Cuma masalahnya dia di Kelantan dan saya pula di Selangor. Kebetulan dia memang nak ke Klang maka dia setuju untuk bawa dan jupa saya di sini.
Lega akhirnya saya dapat bumper original baru. Dah nak kena fikirkan untuk kerja pemasangan pulak.
Masa tu saya mula google maklumat workshop 4x4 yang ada di lembah kelang. Dapat satu tempat di Puchong yang memang pakar upgrade dan ubah suai kenderaan pacuan 4 roda.
Satu pagi saya ke sana dan tanya berapa upah untuk tukar bumper hilux saya tu.
Jawapannya agak mengecewakan. Dia tawarkan harga RM350 untuk urusan tukar saja. Jika ada apa-apa patah nak kena adjust atau sambung akan dikenakan bayaran tambahan. Terus saya tak jadi buat di situ.
Cari lagi kedai baru sampai akhirnya saya ke Petaling Jaya. Kedai aksesori 4x4 yang kecil penuh dengan barang ubah suai 4x4. Saya singgah dan tanya boleh ke nak tukar bumper.
Mekanik yang berbangsa Myanmar tu, yang mulanya saya sangka Cina kata boleh saja. Dia kata bayar dalam RM100 saja dia boleh tolong tukarkan. Maka saya tak fikir panjang lagi.
Saya tunggu lihat mereka pasang nampak memang puas hati. Dibuatnya dengan penuh prihatin. Dia ubah semua cover getah dan pastikan sensor dan lampur berfungsi dengan baik. Jadi suka la pulak.
Kebetulan lampu belakang hilux tu pecah dah lama akibat langgar bonggol pokok, saya tanya jika dia ada ganti yang baru. Dia tunjukkan satu set dari Thailand gelap dengan lampu LED yang dia nak habiskan stock.
Saya selesaikan semua urusan kemas kini kenderaan hilux itu di situ juga. Semuanya dah kembali ke asal malah lebih cantik dari dulu. Kedai tu nama Overlander Sdn Bhd, beralamat di No 28, Jalan SS2/24, Petaling Jaya.
Servis tukar minyak hitam
Cubaan untuk hantar servis ke pusat servis toyota dah banyak kali gagal. Saya bertanya-tanya dalam grup FB tapi tak ada yang bagi maklumat dan akhirnya saya cari sendiri.
Pusing punya pusing jupa satau kedai di Puchong. Workshop kecil saja dah serba kekurangan peralatan. Tak ada Hoist pun kat kedai tu. Tapi saya tengok semua kenderaan yang datang adalah pacuan 4 roda.
Satu hari saya bawa awal pagi hilux ke situ. Mekaniknya baru makan bekal mee goreng sebagai sarapannya. Saya orang pertama. Tanya samada dia boleh servis hilux saya, dia kata tak ada masalah.
Saya tunggu dan selesai makan dia mula buat kerja. Tak lama kemudian pembantunya datang. Naik kenderaan pacuan 4 roda juga. Dalam hati saya kata mereka ni tentu kaki 4x4.
Ternyata saya betul. Kami berborak pasal aktiviti offroad yang nampaknya kedua-dua mekanik tu bersinar mata mereka setiap kali bercerita pasal aktiviti offroad 4x4.
Masa servis semua benda mereka check. Buka cuci dan pasang balik. Mereka kesan ada filter aircond yang dipasang sebelum itu salah spek. Itu bukan spek hilux yang saya pakai. Saya suruh tukar dan mereka tunjukkan beza parts yang sebetulnya.
Selesai semua kerja saya tanya tentang bunyi ngok ngek tu dan dia masuk bawah kereta depan tu dan tunjukkan memang kena tukar bush pada absorber tu dan makan besi katanya.
Saya tanya harga dan dia semak tawarkan harga RM290 untuk kedua-dua set bush absorber depan tu. Kalau saya setuju dia kena check samada barang ganti ada ke tak. Saya kata nanti dulu sebab ada kerja. Check hari lain dan call saya nanti. Itu kata saya padanya.
Dan kemarin Mekanik Cina tu call bagi tahu barang dah ada. Petang kemarin selesai solat jumaat saya ke sana dan mereka pasang dengan penuh prihatin.
Setakat ini saya berpuas hati dengan cara mereka buat kerja sekalipun kedai tu serba kekurangan. Tapi yang pentingnya mereka sangat minat 4x4 dan nampaknya tahu semua benda pasal urusan selenggara kenderaan jenis itu. Dan paling penting mereka memang kaki offroad!
Bunyi ngok ngek dah tak ada dan tak payah habiskan RM5 ribu pun untuk tukar entah apa-apa !
Saya berhasrat untuk pakai khidmat mereka saja untuk semua urusan selenggara hilux itu selepas ini.
Sekian terima kasih sudi membaca.
Untuk yang nak cuba kedai mereka namanya Speed Keong Auto Mobiles Enterprise. Beralamat di No 63, Jalan PU 9/1, Taman Puchong Utama.
Macammana saya nak hubungi abg ye..?fB ada?
ReplyDelete