Bagi anda yang buka kedai makan di Lembah Klang ni, tentu dah ada pengalaman berurusan dengan pihak majlis perbandaran.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan pihak majlis perbandaran ni sebelum anda boleh mulakan perniagaan. Bukan boleh main buka saja macam tu ikut suka hati. Banyak masalah akan timbul nanti jika berdegil.
Langkah paling asas yang anda perlu buat, selepas dah ada tempat pilihan, dah ada tukang masak handal, ada segala peralatan dan sebagainya, adalah daftarkan perniagaan anda terlebih dahulu.
Kena buka syarikat samada Enterprise atau Sdn Bhd. Urusan buka syarikat perniagaan ini semuanya di kendalikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih popular disebut SSM.
Lesen premis perniagaan
Bila dah ada syarikat, masih belum boleh berniaga lagi.
Perlu mohon lesen premis perniagaan dan lesen pasang papantanda kat depan kedai atau pintu gerbang masuk tu.
Untuk itu, ada banyak dokumen yang anda perlu sertakan. Saya senaraikan di sini untuk makluman anda yang belum tahu:
- Sijil pendaftaran syarikat SSM - Jika entreprise, Form D dan e-SSM Business Profile. Kalau Sdn Bhd, Form 9 dan Form 49
- Gambar premis perniagaan - Bahagian depan kedai dan dalaman kedai
- Salinan I/C pemilik syarikat jika entreprise atau salinan I/C Director syarikat jika Sdn Bhd.
- Contoh Signboard termasuk design dan colornya
- Photo di mana signboard tu akan dipasang.
- Kalau anda ada nak main musik kat restoran tu, perlu mohon lesen musik dari Music Right Malaysia.
- Bagi yang bukan Islam, nak jual arak perlukan lesen juga
- Lesen Halal perlu diminta dari Jakim jika anda nak ada paparan lesen atau sijil halal kat restoran tu
- Sijil kendalikan makanan
- Surat suntikan typhoid
- Senarai nama pekerja
- Photo Grease Trap
- Salinan permit / resit fire extinguisher - Sekurangnya 2 unit
- Surat sokongan dari Bomba - Bergantung kepada keperluan majlis di tempat anda
- PEST CONTROL SERVIS - Kontrak khidmat pest control dengan mana-mana syarikat pest control yang bertauliah.
Kontrak servis pest control
Yang saya nak ceritakan kat sini adalah pasal salinan kontrak servis pest control tu.
Semua majlis di Lembah kelang ni, saya tak pasti samada majlis perbandaran di negeri lain ada minta kontrak atau bukti khidmat pest control di jalankan di premis anda atau tidak.
Kalau di PJ, Subang Jaya, KL, Sepang, Shah Alam, mereka akan minta tunjukkan kontrak atau perjanjian anda dengan mana-mana syarikat pest control.
Itu sebagai bukti anda buat perkara yang patut supaya masalah serangan serangga dan makhluk perosak tidak berlaku di premis perniagaan anda.
Yang kritikal untuk dipantau di restoran sudah tentu, tikus dan lipas.
Paling tak boleh diterima adalah tikus bermaharajalela berkeliaran di serata tempat dalam restoran anda termasuklah di ruang penyediaan makan dan minum.
Jika pihak majli pergi pantau dan dapati taik tikus bergelimpangan di kawasan makan dan minum, anda memang sakit la .. !
Cara dapatkan sijil kontrak pest control
Pertanyaan ini sering saya dapat dari mereka yang mungkin tak ada pengalaman renew lesen premis perniagaan.
Bila nak renew, tetiba pihak majlis nak tengok kontrak pest control. Dan selama ini dia tak pernah pula ambil tahu pasal perlunya buat kerja-kerja selenggaraan kawalan serangga dan makhluk perosak di restorannya.
Cara nak dapatkannya mudah saja.
Saya cadangkan kepada semua pengusaha kedai makan, terutamanya yang mahu lihat pelanggan selamat dari pencemaran makanan oleh serangga dan makhluk perosak ni, gunakan khidmat syarikat pest control yang berlesen.
Bila anda panggil mereka, anda akan ditawarkan khidmat selenggara rutin setiap sebulan sekali. Harganya sangat berpatutan dan banyak manfaatnya.
Jika anda gunakan khitmat Easelife Services Sdn Bhd (E Pest Control) anda akan dijaga dalam semua segi kawalan pest.
- Kontrak servis akan diberikan - Boleh gunakan sijil ini dalam permohonan lesen
- Servis Bulanan - Kerja untuk kawalan lipas semua dan tikus akan dibuat setiap bulan secara berjadual.
- Khidmat nasihat pencegahan - Semasa servis di jalankan, juruteknik pest control akan lakukan pemeriksaan di sekitar premis luar dan dalam. Untuk melihat potensi masalah yang boleh dielakkan.
Antara perkara yang penting adalah dari segi bekerbersihan dan cara pengendalian sisa makanan dan bahan mentah di premis anda.
Sebagai pihak luar kami akan sentiasa berikan komen tanpa selindung untuk kebaikan pemilik restoran. Juga demi kebaikan pengguna dan seterusnya untuk bisnes taukeh itu sendiri secara jangka panjang.
Boleh berhubung dengan Athirah 010-2342542 untuk maklumat lanjut servis pest control di premis perniagaan. Atau tekan di sini untuk terus Wasap.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !