Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 July 2022

Perlukah kerajaan adakan lesen khas untuk memandu kenderaan 4x4 atas jalan raya

  Ano Nyme       26 July 2022


Saya ada terbaca satu artikel di Berita harian hari ni berkenaan saranan untuk adakan lesen khas bagi mereka yang nak memandu kenderaan 4x4 atas jalan raya negara kita.

Lesen khas bermaksud satu lesen yang asing selain dari lesen kelas D yang ada sekarang.

Bagi anda yang ada lesen kelas D, boleh terus bawa 4x4. Tak payah nak ambil lesen lain. Kenderaan pacuan 4 roda di anggap sama saja dengan kereta. Siapa saja boleh bawa asalkan ada lesen.

Tapi kalau dilihat dari apa yang berlaku di jalanraya sekarang, nampak sangat kenderaan pacuan 4 roda sebenarnya tak sama dengan kereta.

Saya sendiri dah lama memandu toyota hilux 4x4 terasa akan perbezaan ini sejak hari pertama mula memandunya. Cara memandu 4x4 tak boleh nak buat kelam kabut ubah arah tak tentu hala secara tiba-tiba. Apatah lagi jika buat zig-zag macam bawa formula 1.

Impak kemalangan 4x4 jauh lebih bahaya

Ada satu posting dalam facebook yang saya baca. Hasil dari kajian yang dilakukan terhadap sejuta rempuhan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash. Jika 4x4 langgar kereta kecil, impaknya jauh lebih teruk berbanding jika kenderaan biasa yang langgar.

Berdasarkan data kemalangan sejak tahun 1987 hingga tahun 2000, kemungkinan untuk maut atau cedera parah adalah 412 kali ganda lebih tinggi jika kenderaan kecil bertembung dengan kenderaan 4x4.

Itu jika anda langgar kenderaan kecil lain.

Impak kepada anda sebagai pemandu juga adalah 40% lebih teruk lagi untuk cedera atau maut berbanding jika memandu kenderaan biasa.

Maksudnya, dari semua data yang lalu, ternyata memandu kenderaan 4x4 adalah jauh merbahaya. Baik kepada pemandu, mahupun kepada pemandu kenderaan lain yang dilanggar.

Kenderaan 4x4 tinggi dan besar

Semua maklumat yang diberikan di atas tentang bahayanya kenderaan pacuan 4 roda bukanlah sesuatu yang pelikpun.

Anda sendiri boleh lihat saiz kereta 4x4 besar mana. Kalau hempap kereta anda ketika memandu dalam kedua-duanya sedang bergerak pulak tu. Dah tentu yang kecik akan jauh lebih teruk dari yang besar tu.

Dari segi ketinggian pulak memang 4x4 jauh lebih tinggi pusat garavitinya. Bila dah tinggi, lebih mudah nak terbalik. Kalau anda biasa lihat kemalangan kenderaan pacuan 4 roda, samada seorang diri atau berlanggar dengan kenderaan lain, paling kerap yang akan berguling 2 atau 3 kali adalah pacuan 4 roda tu.

Itu juga mengundang bahaya kepada orang yang memandunya.

Baru-baru ni saya ada beli bumper belakang original toyota hilux dari seorang pemilik kenderaan yang sama di Kelantan. Dia baiki kereta toyota hiluxnya yang kemalangan teruk sorang diri bergolek.

Alang-lang repair, dia upgrade terus kepada rear bumper model baru toyota hilux.

Bila saya tanya keadaan dirinya ketika kemalangan tu, dia kata sangat teruk. Tuang belakangnya teruk, lehernya terpaksa di masukkan besi. Nasib baik tak mati saja, katanya.

Betapa teruknya jika anda berhadapan dengan kemalangan ketika memandu 4x4. Jadi jangan dok bawa macam memandu kereta sedan biasa.

Cara terbaik memandu 4x4

Ini cara saya yang rasanya boleh anda turut sama amalkan agar pemanduan lebih selamat setiap kali embawa 4x4 atas jaan raya.

Saya punya petua mudah saja. Bawa kenderaan 4x4 anda tu macam memandu sebuah lori. 

Segala pergerakannya perlu cool dan steady. Yalah! macam bawa lori. Jangan nak tergesa-gesa.

Jika berada di jalanraya lurus panjang, nak pecut, silakan. Asalkan tak melebihi had lagu. Tapi bila ada selekoh, segera perlahankan. Relaks ambil selekoh dan jangan sesekali nak buat tayar berbunyi. Makan steering nanti!.

Saya lihat ramai pemandu 4x4 buat kenderaan tu macam bawa ferrari. Laju nak mampus dia henjut atas lebuhraya. Kalau tak jadi apa-apa, tak pa lah. Sekali tersilap langkah, memang padah.

Lagipun itu bukannya kenderaan untuk lumba kelajuan. Bukan dibuat untuk power kelajuannya. Ia adalah untuk kelasakan dan untuk kerja angkat barang. Samada di jalan elok atau jalan tak elok.

Sentiasa ingat tu.

Bila pegang steering 4x4, bayangkan anda seorang mamat macho yang cool, relaks selamba memandu sambil menikmati perjalanan yang damai.

Apapun, jika kerajaan nak ada satu lesen khas untuk membolehkan pemanduan 4x4, memang sangat baik dan digalakkan. Boleh tambah satu lagi sumber kewangan negara yang sedang semput sekarang ..

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perlukah kerajaan adakan lesen khas untuk memandu kenderaan 4x4 atas jalan raya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !