Penyelidik dari Verve Therapeutics, sebuah syarikat Bio-Tech di Amerika memberi suntikan serum untuk mengubah kod genetik ke hati seorang pesakit. Tujuannya adalah untuk kawal pembentukan kolestrol pada pesakit tersebut.
Proses itu kita namakan proses edit genetik. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan edit genetik atau Genome Editing ni, boleh cuba baca kat sini.
Kalau anda bukan seorang doktor, bukan juga pakar dalam bidang genetik, memang susah nak faham ilmu ni. Ia bukan semudah ubah susun atur kedudukan perabot di dalam rumah.
Setakat ini, umum percaya bahawa punca utama masalah serangan jantung yang berlaku kepada jutaan manusia setiap detik adalah berpunca dari masalah lebihan kolestrol dalam darah.
Kolestrol ni diperlukan oleh tubuh badan kita untuk pembentukan sel yang sihat. Tapi kalau ada banyak sangat, akan timbul masalah longgokkan lemak pulak pada saluran darah. Boleh juga berlaku saluran darah tersumbat oleh lemak ni lalu menyebabkan strok atau serangan sakit jantung.
Ringkasnya, jumlah kolestrol ni kena ada ngam-ngam saja pada tubuh badan manusia.
Tahap kolestrol tinggi
Saya pernah buat posting pasal masalah kolestrol ni. Kongsikan pasal betapa saya berusaha amalkan apa saja yang doktor suruh untuk kawal tahap kolestrol.
Tapi last-last, tinggi juga tahap kolestrol. Rasa macam sia-sia segala usaha yang dah berpuluh tahun dibuat selama ini. Boleh baca artikel tu di sini.
Dok tor kata, selain dari gaya hidup, keturunan juga boleh jadi satu faktor kenapa kolestrol tinggi.
Bila dengar kata doktor begitu, saya akur. Memang keturunan sebelah bapak saya habis semua meninggal akibat serangan sakit jantung. Meninggal dalam usia masih muda jika diukur dari prestasi jangka hayat orang Malaysia sekarang.
Ayah meninggal ketika berusia baru 52 tahun. Masa tu saya masih bersekolah. Memang perasan dalam temph beberapa tahun sebelum dia meninggal, bapak kerap masuk dan keluar hospital.
Tanda serangan berlaku bila dia kelihatan meronta-ronta menahan sakit sambil tangannya memegang dada. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa. Sekarang saya tahu itu tandanya saluran urat darah dari dan ke jantung tersumbat.
Rasanya kalau dia jadi begitu dalam kemudahan yang ada sekarang, mudah saja ditembak saluran darah tu buat tongkat untuk besarkan semula saluran darah yang tersekat tu. Wallahu'alam!.
Apa yang saya pasti adalah, memang darah keturunan yang ada pada orang tua saya tu jenis mudah naik kolestrol.
Saya pulun amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, berpuasa setiap hari isnin dan khamis dan jaga makanan yang masuk ke dalam perut. Semua itu lansung tidak memberi apa-apa kesan untuk rendahkan tahap kolestrol dalam darah saya.
Orang macam saya nampaknya memang amat perlukan teknologi ubah kod genetik yang sedang diuji di atas tadi.
Habis nak buat macam mana lagi. Kena ubah sikit perangai genetik yang senang sangat nak keluarkan kolestrol berlebihan tu supaya kembali normal macam kebanyakan orang lain yang hatinya tak terlajak keluarkan kolestrol.
Kawal pembentukan LDL Kolestrol
Suntikan tu diberi nama VERVE-101. Mereka telah buat ujian kepada monyet dan hasilnya adalah sangat menggalakkan. Sekarang mereka buat ujian pada manusia pulak.
Dengan suntikan tersebut, perubahan genetik berlaku di mana pembentukan kolestrol jenis LDL yang jahat itu terkawal.
Ini mampu menghalang masalah berlakunya serangan sakit jantung yang sangat tinggi di seluruh dunia.
Cuma persoalannya adakah kesan sampingan lain yang bakal berlaku secara jangka panjang hasil dari perubahan kod genetik tu?
Dengan teknologi tinggi seperti membuat simulasi kepada perubahan genetik oleh komputer berkuasa tinggi, mungkin saintis dapat melihat perubahan yang bakal berlaku dalam tempoh berpuluh tahun atau beratus tahun ke depan ..
Sumber berita asal di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !