Malam itu tak ada cerita yang best di siaran dokumentari yang biasa saya nonton. Bila jadi begitu, saya biasanya tekan satu demi satu siaran yang ada bermula dari TV1.
Tekan saja TV2, satu cerita Tamil tengah ditayang. Saya tunggu sebentar di situ. Buka maklumat ceritanya. Kisah kemiskinan penduduk di sebuah kawasan perkampungan yang bekerja diladang.
Biasanya cerita Tamil yang paparkan masalah kemasyarakatan sangat menarik. Kisah perkampungan di sebuah tempat di Kerala pulak tu. Saya terus kemaskan bantal, dan baring berikan tumpuan pada kisahnya.
Kisah Rengasamy mahu miliki tanah
Hampir semua penduduk di kawasan penempatan itu kerja di sebuah ladang kepunyaan tuan tanah yang kaya. Mereka dibayar gaji hari. Sangat rendah pendapatan mereka. Tak ada yang memiliki sebidang tanah pun.
Fokus utama filem itu adalah kepada seorang pemuda bernama Rengasamy. Pemuda yang jujur, rajin dan punya cita-cita memiliki sebidang tanah sendiri untuk diusahakan.
Dia cari duit dengan jadi buruh angkat rempah ratus yang dibungkus dalam guni dari atas pergunungan turun ke pekan di kaki gunung. Kerja berat dan bayarannya memang tak setimpal dengan tenaga yang digunakan.
Tapi apa nak buat. Itu saja sumber cari makan semua orang di situ.
Ada yang dari muda sampai ke tua jadi buruh begitu. Malah ada yang mati ketika dalam perjalanan turun gunung angkat barang.
Cabaran hidup tak payah nak cerita lah. Terdedah dengan seribu satu keadaan yang bahaya.
Rengasamy berusaha keras untuk dapat beli sebidang tanah. Himpun duit dan dapat juga dia tanah yang diidamkan. Tapi tak lama pun dia dapat bertahan.
Tak mahu saya cerita kisah sedih yang dipaparkan dalam filem tersebut sebab saya nak pembaca tonton sendiri pada pautan yang saya berikan di bawah nanti.
Disebabkan sangat terkesan dengan kisahnya, saya google sampai dapat hanya berbekalkan nama Rengasamy yang saya ingat. Judul filem pun saya tak sempat hafal sebab mula tengak separa jalan.
Akhirnya dapat juga judul filem itu. Tajuknya Merku Thodarchi Malai.
Kisah itu ditujukan khas untuk golongan buruh seperti Rengasamy dan orang kampungnya yang hakikatnya memang ada di seluruh dunia.
Mereka terperangkap dalam penjara kemiskinan yang hampir mustahil untuk keluarkan diri. Sebab apa saya tak boleh nak fikir.
Macam mana minda mereka juga tak dapat nak saya bayangkan. Tapi mereka orang biasa macam kita juga. Punya jiwa dan perasaan. Masih mampu bergelak ketawa sekalipun hidup dalam kesempitan.
Tapi nasib tidak menyebelahi mereka untuk keluarkan diri dari keadaan hidup yang sangat sukar.
Yang anehnya, dalam keadaan majoriti hidup susah, masih ada yang mampu bina kehidupan mereka sampai jadi kaya raya.
Garis peningkatan yang kaya makin lama makin jauh meninggalkan yang miskin. Yang mungkin berniat baik membantu orang susah. Tapi bantuan yang diberikan samada secara sengaja atau tidak berakhir menjadi jerat yang mencengkam kehidupan yang miskin. Makin lama makin teruk kemiskinan mereka.
Saya kongsikan cerita di bawah ni dan tengok sendiri dan kalau sudi, bagi komen sikit apa yang anda belajar dari cerita tersebut .. selamat menonton.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !