Kalau ada yang tak pernah dengar nama Khairul Aming ni, anda pasti tidak ada akaun media sosial dan tak ada kawan yang aktif main media sosial. Jadi tak ambil pot sangat tentang dunia tu.
Tahniah! Saya tumpang kagum untuk anda kerana masih suci tidak terjebak dalam dunia yang amat melalaikan ramai orang .. termasuk saya.
Setakat saya semak tadi, ketika menulis artikel ni, Khairul Aming di-follow oleh seramai 3.5 juta orang dalam akaun Instagram nya.
Dalam akaun twitter pulak ada seramai 1.3 juta pengikut. Dalam youtube ada 228 ribu subscriber walaupun hanya ada 6 video saja dalam tu. Dalam akaun TikTok pula saya lihat dia ada seramai 2.1 juta followers.
Dalam media sosial ni, jika kawan-kawan rapat yang saya kenal ada followers lebih dari 10 ribu saya dan kawan-kawan lain akan gelar dia dah jadi masuk tahap dewa dalam media sosial.
Jadi, tak hairanlah dengan tahap fllowers yang Khairul Aming ada dalam semua akaun media sosial yang saya sebut di atas tu, ada orang yang terus kata Khairul Aming adalah satu berhala yang disembah ramai orang di Malaysia ni.
Saya tahu dan dengar nama Khairul Aming dari kawan yang rajin ikuti cerita-cerita inspirasi terutamanya dari segi kejayaan buat duit. Dari kawan tu saya tahu yang Khairul Aming ni buat video memasak kesukaan ramai orang.
Kemudian dia buat paste masakan tawarkan kepada para pengikutnya yang sangat ramai tu. Dan dia menjana berjuta-juta ringgit hasil dari jualan pastenya.
Dari maklumat yang saya baca di The Voket, tersiar pada awal bulan Ogos 2022 lalu, jualan Sambat Nyet Khairul Aming sudah mencapai RM14 juta.
Dia terus digelar sifu shopee hasil dari kehebatannya menjual 10 ribu sambal nyet dalam masa 3 minit saja di shopee! Power tu!
Sambal tu dilancar tahun lalu dan hanya ambil masa setahun saja untuk menjana jualan sebanyak RM14 juta tu. Dia dah ada sebuah kilang untuk buat sambat nyet dan dikhabarkan akan buka satu lagi kilang untuk penuhi permintaan.
Alhamdulillah! Tahniah dan Syabas atas kejayaan Sambal Nyet dan seterusnya kejayaan Khairul Aming. Harap akan berkembang maju lagi dengan produk-produk yang berkualiti dan mampu pecah masuk ke pasaran dunia antarabangsa. Itulah doa yang patut kita panjatkan untuk Khairul aming.
Khairul Aming adalah berhala
Setelah dah tahu sedikit sebanyak cerita pasal Khairul Aming, kita beralih ke tajuk utama. Iaitu adakah benar bahawa Khairul Aming dan jadi berhala yang disembah oleh orang ramai.
Orang yang tulis begitu saya jumpa di Twitter dengan nama Insan Kamil.
Tapi malangnya saya cuba buka dan cari akaun tu, twitter bagi tahu dah tak wujud. Mungkin pemiliknya dah delete akaun sebab tak tahan kena serang bila postingnya jadi viral kena taji ramai orang.
Mulanya saya lihat pemilik tu buat-baut cool dan herdik semula kononnya dah ramai penyembah Khairul Aming datang pertahankan berhala mereka. Tapi akhirnya dia tewas juga sebab memang berat tuduhan yang dia buat.
Maksud berhala dalam kamus dewan adalah seperti di bawah:
1 = patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam.
2 = rumah ~ rumah khas tempat memuja patung-patung dewa dll
Cuba perhatikan yang perkataan 'berhala' tu asalnya datang dari perkataan 'hala'. Yaitu arah tuju atau tujuan atau hadap.
Kalau dalam bahasa inggeris, berhala dipanggil 'idol'.
Idol bermakna satu simbol, objek atau apa saja yang menjadi pujaan dan tumpuan secara bersungguh-sungguh.
Itu menunjukkan bahawa idol atau berhala tidak semestinya objek batu atau kayu yang dijadikan dalam bentuk patung lalu dipuja. Ia boleh juga datang dalam apa saja bentuk dan bahan.
Mungkin manusia, mungkin pasukan bolasepak, mungkin konsep hidup, idea atau falsafah tertentu, duit umpamanya dan macam-macam boleh jadi berhala. Asalkan jadi tumpuan dan hala tuju atau kiblat manusia terhadapnya, maka jadilah ia berhala.
Dari makna di atas, adakah Khairul Aming memenuhi kriteria sebagai sebuah berhala?
Sudah tentu tidak sama sekali. Dia bukanlah satu objek yang dijadikan hala tuju atau arah tujuan hidup. Khairul Amin tak adapun tak kisah. Akan ada orang lain pula yang gantikannya.
Akan ada lagi orang yang tiba-tiba viral, berpusu-pusu pula manusia akan follow dan mula bergossip, bercerita, kagum terhadapnya dan akhirnya dia akan ada followers jutaan juga.
Idea 'jadi popular' adalah berhala
Apa yang membuatkan manusia berpusu-pusu follow orang-orang yang popular seperti Khairul Aming, Neelofa, para artis, para ustaz dan lain-lain seumpamanya adalah fenomena populariti itu sendiri.
Manusia moden ini, tergila-gilakan diri mahu jadi popular. Ada rembesan hormon dopamine yang sangat tinggi bila orang kenal kita. Bila orang suka dan share maklumat dan hasil kerja kita.
Kenapa popular jadi kegilaan ramai?
Sebab populariti dipercayai dapat berikan kekayaan. Macam mana Khairul Aming berjaya menjana RM14 juta jual sambat nyet hanya ambil masa setahun saja. Mampu ada kilang dan bergelar jutawan. Jadi inspirasi ramai lagi orang lain untuk menempa jalan yang sama.
Nampak tak bahaya kat situ. Percaya popular akan berikan rezki. Itu lah berhala yang secara diam-diam dianuti oelh manusia kebanyakannya di muka buli ini di zaman moden kemeriahan media sosial.
Zaman tok nek kita dulu kena ada banyak duit untuk jadi popular. Kena masuk media massa seperti tv atau radiao atau surat khabar. Bukan semua orang mampu begitu kecuali entiti perniagaan yang dah ada modal.
Tapi sekarang, anda dapat lihat setiap hari akan ada saja benda yang viral. Dari followers 3 orang tetiba naik jadi beratus ribu orang dan seterusnya jadi sensasi negara dan dunia.
Modal handphone dan line internet saja, anda mungkin dapat jadi salah seorang yang tetiba jadi popular dan tumpuan semua manusia lain.
Formula atau doktrin pegangan agama zaman moden ini adalah, salah satunya, Tumpu ke arah jadi popular, dari situ dapat buat duit banyak dan seterusnya hidup akan bahagia bila banyak duit boleh beli apa saja.
Populariti juga dipercayai dapat buatkan orang hidup senang dan menjadi magnet harta untuk ditarik datang bertimbun-timbun. Lihat para penceramah agama yang polular di media massa sekarang.
Ustaz popular berjaya menarik ratusan ribu hingga jutaan pengikut. Mampu hidup mewah dan dapat bina kumpulan kerja mereka sendiri yang dibayar tinggi untuk kekalkan status popular dan berpengaruh itu. Sebab itu ramai teringin nak jadi popular.
Itu agama moden. Ada unsur berhala, populariti, wang ringgit, idea hidup bahagia dengan banyak harta dan lain-lain seumpamanya.
Sedangkan Allah sebutkan dalam Al-Quran bahawa manusia yang selamat hanyalah mereka yang memperhambakan diri dah bergantung 100% hanya kepada Allah saja dalam semua urusan kehidupannya.
Formula Al-Quran mudah saja. Percaya pada Tuhan, percaya pada hari akhirat, akan adanya hari pembalasan, hidup hanya untuk mencari keredaan Tuhan dengan berusaha tunaikan segala tanggung jawab yang diberikan sebaik mungkin.
Jadi apa tanggung jawab anda?
Semua orang tahu apa tanggung jawab dan kerja terbaik yang dia perlu lakukan untuk pastikan ianya dilaksanakan. Tanggung jawab sebagai anak, sebagai, ayah, suami, kawan, majikan, pekerja, jurutera, ahli politik, pembuat kasut, kontraktor, .. anda sendiri tahu apa tanggung jawab anda.
Alhamdulillah saya tiada facebook, insta, telegram dan lain lain entah saya rasa boleh hidup tanpa ini semua kalau boleh handphone pun tidak mahu tapi sudah jadi keperluan
ReplyDeleteWah! Tahniah Is! Rare tu! susah juga nak cari orang yg tak libatkan diri dgn semua akaun medsos tu!
Delete