Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 October 2022

Untuk memilih, jangan percaya pada cerita, lihat pada maklumat statistik - PRU 15

  Ano Nyme       22 October 2022


Ada sekali semasa balik kampung, saya jogging seorang diri di pagi hari. Dari dalam kampung Penanti, saya keluar ke jalan utama di belakang sekolah menengah Penanti.

Teruskan jogging melalui depan sekolah Penanti sehinggalah ke pintu gerbang Jirat Cina di sebelah jalan utama itu.

Tiba-tiba terdengar suara wanita berikan salam.

"Assalamualaikom!"

Saya pusing ke kiri dan nampak YB Nurul Izzah. Manis senyumannya sambil lambaikan tangan. Saya jawab salamnya sambil membalas senyum.

Sunyi saja depan Yayasan Aman pagi tu. Hanya ada YB Nurul Izzah bersama dua tiga orang lain saya lihat sedang ambil gambar. Mungkin sesi bergambar untuk urusan pemasaran dan kempen politiknya.

Saya terus melayan fikiran terkejut dengan kesudian YB susah payah berikan salam pada saya. Saya rasa itu memang dah jadi amalan spontannya sebagai seorang wakil rakyat. Dah terlatih untuk berikan respon PR yang luas biasa dan spontan.

Jika YB bertanding sekali lagi untuk parlimen Permatang Pauh pada PRU 15 nanti, agaknya saya akan pangkah orang lain kah?

Besar kemungkinan orang yang tak ada parti macam saya, akan pangkah Nurul Izzah hasil dari pengalaman sedemikian. Tambah pulak jika lawannya orang yang lansung saya tak tahu hujung pangkalnya.

Keputusan saya untuk pangkah dia hanya kerana sapaan salam itu adalah keputusan hasil dari tertarik dengan budi bahasanya. Keputusan berdasarkan cerita yang terbentuk dalam kepala saya.

Dengan cerita itu juga saya boleh pengaruhi kawan-kawan lain yang akan mengundi nanti. Boleh tambah macam-macam cerita baik lagi tentang Nurul Izzah. Seperti kepetahannya berkata-kata dan sebagainya.

Tapi itu semua hanya sekadar cerita.

Cerita dari seorang atau dua tiga orang tentang seseorang tidak melambangkan prestasi sebenar seorang wakil rakyat. 

Perlu lihat pada statistik atau nombor untuk buat keputusan. Bukan sekadar dengar cerita sahaja.

Untuk memilih parti mana satu sebagai wakil rakyat perlulah dilihat pada data prestasi mereka selama berpolitik. 

Begitu juga cerita seperti kononnya DAP adalah parti rasis atau anti Islam, perlu dilihat pada nombor. Bukan sekadar cerita. 

Berapa kali DAP dibuktikan rasis anti Melayu?

Berapa kali DAP tonjollkan sikap anti Islamnya?

Ada tak statistik yang bertentang dari sikap yang dituduh?

Itulah yang perlu dilihat. Bukan cerita sensasinya hasil dari kesilapan seorang dua yang mewakili sesebuah parti lalu kita terus labelkan parti itu sebagai jahat dan sebagainya.

Saya tamatkan di sini dulu.

Tak dapat kerap menulis sekarang sebab sibuk kerja cari makan. Untuk pastikan blog ini tidak berdebu, maka saya buat juga posting ni .. kita sambung lagi insyaallah bila selesai kerja nanti.

Sumber gambar

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Untuk memilih, jangan percaya pada cerita, lihat pada maklumat statistik - PRU 15

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Maaf. Typo error. Nak tulis babai jadi babi .. dah tukar ke lambai
    Admin 👩‍💼

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !