Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 November 2022

Perbezaan antara anda rakyat biasa dengan golongan elite pemerintah yang berkuasa

  Ano Nyme       21 November 2022


Masih lagi berkisar tentang suasana pasca pilihanraya umum ke-15 yang masih lagi berada dalam keadaan parlimen tergantung. 

Sepatutnya hari ni, pukul 2 petang akan ada satu keputusan. Tapi malangnya waktu dilanjutkan satu hari lagi. Harap esok akan terputus sudah siapa kecewa siapa gumbira.

Dalam artikel lalu, ada komen dari pembaca bertanya tentang kempen, strategi dan sebagainya dalam tempoh 14 hari berkempen selepas penamaan calon.

Secara jujur, saya tak dapat gambaran sepenuhnya apa yang berlaku sepanjang kempen di lapangan. 

Dulu, ketika zaman jahil saja memang bersemangat ikuti setiap aktiviti di lapangan. Habis satu Malaya saya akan ronda dengan kawan-kawan lain yang turut sama bersemangat. Dari situ juga saya dapat kenal dan belajar dari beberapa orang otai yang cekap dalam memerhati perkembangan kempen setiap parti yang masuk bertanding.

Statistik dan kecenderungan pengundi dapat dibaca dari semua aktiviti pemantauan sepanjang kempen berjalan.

Tapi sekarang saya cukup sekadar berpuas hati duduk di rumah saja. Tak berjalan meronda buat pemantauan, dan tidak teruja lagi terhadap apa yang berlaku. Ikuti perkembangan dari media sosial dan portal berita semasa sahaja.

Tema kempen adalah siapa lebih jahat

Dari dulu sampai sekarang, tema kempen setiap kali pilihanraya adalah sama sahaja. Setiap parti akan fokus kepada penceritaan parti mana lebih jahat dari partinya.

Rasanya semua orang dapat lihat kesemua aktiviti itu berlaku. Dari zaman tak ada internet, hanya pakai media cetak saja, dah rancak perang saraf untuk edarkan maklumat kejahatan pesaing.

Tambahan lagi dengan dunia medsos yang hampir semua orang ada akses sekarang. Aktiviti propaganda siapa lebih jahat berlaku jauh lebih rancak dan berkesan sekali.

Semua proses tunjuk orang lain jahat, dari dulu lagi, hanya mendatangkan keseronokkan kepada penyokong parti sendiri sahaja. Itu bukanlah strategi yang berkesan sangat.

Di media sosial (medsos) juga perkara sama berlaku. Edaran tunjuk kejahatan parti pesaing akan dikongsi dan disorak oleh sesama penyokong sendiri saja. Tak lebih dari itu.

Memang tak boleh buat apa-apa lagi. Dah jadi amalan bersorak orang kita dari dulu sehingga kini setiap kali perayaan.

Aktiviti utama sebenarnya adalah terhadap undi atas agar.

Untuk tarik perhatian dan ubah keputusan, mereka yang masih lagi duduk atas pagar, pemantauan perlu dilakukan. Gerak kerja perang saraf dan kaunter serangan adalah perkara yang wajib diberikan perhatian serius.

Dalam keadaan politik kita yang tak menentu sekarang, ada satu lagi kumpulan besar yang perlu diberikan perhatian serius. Iaitu, penyokong parti lawan yang sedang tidak puas hati dan dikesan mahu lakukan protes dengan memberikan undi pada parti lawan.

Perkara ini nampaknya tidak diberikan perhatian secukupnya oleh PH. Kealpaan itu direbut oleh PN dengan bergaya sekali sehingga mereka berjaya catatkan rekod kemenangan yang diluar jangkaan.

Gabungan Bersatu yang sediakan sumber dana dan Pas yang sediakan askar untuk bergerak buat kerja di bawah sangat padu dan berjaya meraih sokongan anak-anak muda dan seterusnya pemberontak dari BN. Khasnya pengundi orang Melayu.

DAP adalah liabiliti buat PH di hadapan undi Melayu. Propaganda DAP parti Cina yang benci Melayu dan benci Islam sangat berkesan dan masuk ke dalam hati orang Melayu.

Sembang santai saya dengan orang Melayu secara rambang menunjukkan mereka yang selama ini dah boleh terima DAP tidak seburuk yang dipropakan telah berubah sejak DAP berkuasa 22 bulan yang lalu.

Mereka percaya dan ada yang alaminya sendiri kebongkakkan pemimpin rendah DAP yang kurang ajar dan tidak menghormati orang Melayu ketika mereka berkuasa. Itu cerita yang sangat laris di atas jalan tapi tak ada satupun aktiviti kaunter serangan itu dijalankan.

Orang Melayu rasa Cina DAP balas dendam pada orang Melayu bila mereka jadi kerajaan. Para pegawai di maki dan dibodohkan depan umum macam tak ada perasaan.

Saya sendiri tak pernah lihat semua itu berlaku. Tapi itulah yang sering dikongsikan oleh orang melayu kat bawah tu setiap kali saya bersembang korek maklumat. Yang kongsikan pulak adalah dari kalangan kakitangan kerajaan.

Bukan kakitangan pro BN, memang ada yang saya kenal dari dulu tidak pro BN turut sama buat cerita yang sama. Maka terlebih lagilah orang kampung yang akan pegang dan turut sama benci apa yang berlaku. 

Mereka benci DAP, maka tolak PH lalu berikan undi kepada PN. Orang atas pagar, pemberontak Umno, semua swing berikan undi pada PN di kampung. Sehinggakan Nurul Izzah kalah dengan Ustaz muda di Permatang Pauh.

Ertinya majoriti orang kampung percaya DAP balas dendam. Kurang ajar dan pandang rendah kepada orang Melayu.

Secara terang, saya tak nafikan budaya kerja orang Melayu, pegawai melayu dan tentu tidak sama dengan budaya kerja orang Cina. Memang tak dapat dinafikan. Memang keadaan itu perlu diubah dan diperbaiki. Saya terima.

Tapi sekalipun berniat baik, tak semestinya perlu berlaku kurang ajar. Perlu pendekatan yang lebih berkesan tanpa merosakkan keadan dalam jangka panjang. DAP hanya perlu mengaku saja dan terangkan mereka sedar kesilapan tersebut dan mohon maaf atas keterlanjuran itu.

Terangkan kenapa itu berlaku dan apa yang akan dilakukan untuk pastikan ia tidak berulang .. sekurangnya itu akan pulihkan semula keadaan.

Beza anda dan penguasa elite

Jadi panjang pulak ulasan di atas. Fokus saya adalah nak kongsikan hakikat erbezaan antara orang seperti anda dan saya berbanding penguasa, pemimpin politik elit di atas sana.

Termasuklah yang dikatakan golongan elit itu kelompok korporat dan peniaga kaya raya.

Penguasa elit jumlahnya sangat sedikit. Tidak seramai rakyat biasa seperti anda dan saya. Kita ada ramai sangat, 25 ke 30 juta orang.

Suka atau tidak, merekalah yang menentukan apa yang berlaku dalam negara kita. Barang nak harga, part mana nak sokong, dana nak salurkan kepada siapa, polisi apa nak pakai dan siapa akan masuk penjara dan siapa akan selamat tak jadi apa-apa.

Nampak macam rakyat yang bertindak selama ini kan!

Sebenarnya tidak.

Rakyat jelata seperti anda dan saya melihat setiap dari diri kita sebagai individu yang penting. Kita berusaha, bekerja dan merancang berdasarkan minit, jam, hari, minggu dan bulan demi menyara hidup diri sendiri dan keluarga serta tanggungan.

Kehidupan rakyat adalah berdasarkan kepentingan kehidupan setiap individu yang ada. Kita sedar setiap dari diri kita sangat penting.

Tapi, bagi elit penguasa, mereka hanya melihat kita semua, rakyat jelata sebagai ternakan peliharaan sahaja. Bagi mereka, kita tidak dilihat dan tidak penting sebagai seorang individu.

Dalam bahasa orang putih, kita dinamakan 'herd'.

Elite hanya mahu urus dan jaga kita untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Mereka tidak merancang macam kita, minit dan jam. Tapi mereka merancang untuk 5 tahun, 10 tahun, dua tiga jenerasi di hadapan.

Sebab itu tidak ada lansung timbul rasa bersalah apabila mereka buat fitnah menyatakan perkara tidak betul untuk buatkan kita percaya demi kepentingan mereka. Kita hanya ternakan peliharaan mereka sahaja.

Hasutan dan fitnahan, makan harta tidak sah, penangkapan dan pendakwaan pilih kasih, hembuskan kacau bilau, berbunuhan benci membenci dan sebagainya adalah perkara biasa bagi mereka demi agenda mereka tersendiri. Negara hancur atau tidak bukan satu masalah bagi mereka.

Tapi kita, yang perlu melihat diri kita, anak isteri serta tanggungan, yang akan berhadapan dengan semua padah yang bakal berlaku. Saling berprasangka, berdendam, susah cari makan, sudah bersaing dan seribu satu macam lagi terpaksa kita harung kesemua itu sendiri.

Jika mereka tolong, adalah atas dasar menguruskan ternakan sahaja. Ada la tu agenda yang nak dicapai. 

Macam kita jauhkan api dari kambing dan ayam yang dipelihara bukan sebab sayang dan menjaga kepentingan setiap ayam dan kambing dalam kandang tu. tapi sebab lepas ni nak sembelih atau nak jual ternakan yang baik ada harga kepada pembelinya.

Oleh itu, rakyat yang sedar cara mereka berfikir perlu berhati-hati dengan apa saja cakap, kepercayaan, doktrin, dan suruhan para pemimpin elite di atas tu. Perlu berfikiran kritis, siasat, perhati, kaji sebelum nak terima bulat-bulat.

Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan oleh kumpulan penguasa sehingga negara rosak dan kita yang merana tak dapat ke mana-mana. Mereka boleh saja berhijrah ke negara lain. Duit banyak, semua negara nak terima pelabur dan pembawa dana .. kamu dan saya ada apa?

Nak tulis panjang lagi pasal benda ni. Tapi cukup dulu di sini ..

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perbezaan antara anda rakyat biasa dengan golongan elite pemerintah yang berkuasa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !