Bagi orang muda, amalan membeli secara online sudah menjadi satu kebiasaan. Mereka dilahirkan dalam keadaan semua kemudahan internet ada di mana-mana, terutamanya di kawasan bandar.
Tapi, bagi orang tua yang dah jangkau umur lebih dari 50 tahun, mereka adalah warga yang duduk dalam dua suasana alam.
Warga tua dilahirkan dalam zaman awal permulaan teknologi komunikasi pintar. Telefon mudah alih baru bermula ketika mereka masih di peringkat kanak-kanak.
Kemudian warga tua ini dapat saksikan sendiri bagaimana pantasnya peralihan teknologi komunikasi dan perhubungan ini berlaku. Dari zaman internet pakai komputer dan modem dulu sehinggalah sekarang internet ada di semua telefon pintar.
Nak layari internet dah tak perlu komputer lagi. Malah ada kawasan yang menyediakan talian internet percuma. Kedai mamak pun boleh ada internet free sekarang.
Kalau orang uda memang cekap beli secara online, warga tua ni masih tertatih-tatih cuba biasakan diri. Jadi panduan membeli secara online ini saya tujukan khas untuk anda, warga tua.
Sila ikuti 5 langkah berikut jika anda membuat belian secara online supaya selamat.
1. Buat carian penjual
Apa saja barang yang anda nak beli, samada penyapu, jam tangan, vape dan lain-lain, pastikan anda tengok penjualnya dan buat sedikit carian terlebih dulu untuk dapatkan maklumat tentangnya.
Anda boleh google saja untuk cari maklumat.
Jika anda beli di portal online yang besar seperti Lazada atau Shopee, sila lihat semua review yang ada untuk penjual tersebut. Lihat juga review yang ada untuk produk yang dia tawarkan.
Ini semua dapat berikan idea terhadap kualiti produk dan keboleh percayaan penjual itu sendiri.
Kalau review sekadar 2 atau 3 dan kesemuanya 5 star, elok fikirkan dulu. Penjual boleh buat sendiri semua review tu dengan pelakukan belian secara online buat dirinya sendiri.
2. Semak pilihan cara membayar
Paling penting, pilihan cara pembayaran ini perlu selamat dan dipercayai. Jangan pakai pembayaran secara wire transfer. Jangan juga pakai pembayaran menggunakan kad debit.
Kedua pilihan tersebut tidak punyai ciri-ciri perlindungan yang baik jika berlaku penipuan.
Pilihlah pembayaran secara kad kredit atau sistem pembayaran yang terjamin selamat disediakan oleh mana-mana agensi pembayaran yang diiktiraf.
3. Simpan semua rekod pembelian
Semua rekod tempahan, rekod pembelian berupa resit dan seumpamanya hendaklah disimpan. Anda boleh snap shot dan simpan dalam telefon. Atau jika boleh download, sila lakukan.
Jangan lupa catitkan maklumat penjual seperti alamat, nombor perhubungan dan sebagainya. Manalah tahu jika berlaku apa-apa masalah nanti anda ada segala bukti yang diperlukan.
4. Fahami polisi pulang balik barang
Baca terlebih dahulu apa penjual kata tentang polisi pulangkan balik barang yang anda beli jika berlaku masalah seperti kerosakan atau kesilapan penghantaran.
Jangan main beli saja tak baca polisi tersebut. Bila dah tak terima, barang rosak atau anda tak puas hati dengan barang yang anda dapat, tiba-tiba polisinya adalah tidak boleh pulangkan balik barang yang dah di beli. Naya cam tu!
5. Lindungi maklumat peribadi anda
Apa saja aktiviti secara online hendaklah dibuat secara berhati-hati. Terutamanya jika anda perlu masukkan segala maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya.
Pastikan anda masuk ke laman yang selamat. Lihat samada ada "https" pada alamat URL nya.
Untuk lebih selamat, pertimbangkan untuk pakai VPN (virtual private network) supaya segala maklumat peribadi anda terjamin tidak dicerobohi.
Demikianlah 5 asas yang anda perlu amalkan supaya anda tidak terpedaya dan tidak alami masalah dalam semua aktiviti pembelian secara online.
Jika anda ada maklumat tambahan, sila kongsikan di ruang komen di bawah ya!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !