Senarai para menteri kabinet kerajaan perpaduan pimpinan DSAI dah pun keluar. Tak ada suspen lagi.
Apa yang saya boleh katakan dari senarai kabinet itu adalah ..
'Sembang Kari'.
Lebih dari 20 tahun punya tunggu untuk jadi perdana menteri dengan seribu satu macam janji. Kepimpinan berintegriti, hapus salah guna kuasa, kerajaan peduli rakyat dan sebagainya, tetiba dia PM dia juga Menteri Kewangan!
Ternyata sekarang semua yang dia ceramah dulu hanya sekadar sembang kari ahli politik.
Mengesahkan juga bahawa kesemua pemimpin negara kita, parti manapun, hanya mahukan kuasa. Mereka sanggup bohong, putar belit dan seumpamanya untuk kuasa.
Mereka mahu duduk di atas tu bukan untuk perjuangkan ideologi pemerintahan bersih yang mereka canang selama ini. Tapi sekadar modal ceramah.
Saya tanya mereka yang pro DSAI sebagai PM, apa rasionalnya ambil Zahid sebagai TPM. Jawapannya adalah sebab DSAI janji takkan campur tangan urusan mahkamah.
Mungkin itu jawapan mereka yang percaya 100% kepada DSAI. Tapi saya tak boleh terima alasan itu. Siapa boleh jamin yang Zahid, bila dah jadi TPM tidak akan beri apa-apa pengaruh terhadap segala keputusan mahkamah?
Siapa boleh jamin DSAI sekali lagi amalkan sembang karinya di belakang diam-diam dan campur tangan dalam hal ehwal mahkamah. Lagipun dia memang amat perlukan sokongan Zahid untuk kekalkan kerajaan perpaduannya. Budak darjah 6 pun boleh nampak ada jual dan beli kat situ.
OK lah. Kita anggap semua yang berlaku terhadap Zahid adalah serangan politik dan mahkamah dapati tak ada apa-apa masalah dengan dia. Tapi, kenyataan dia bermain dengan jumlah duit sebanyak itu sudah menimbulkan tanda tanya besar ???.
Mai mana duit sebanyak itu?
DSAI ulang sebut pasal integriti dan tiada campur tangan urusan mahkamah. Untuk terjemahkan apa yang dia cakap itu secara telus hanyalah dengan elakkan ambil sesiapa saja orang yang ada kes mahkamah.
Tak kisah samada Zahid ke, Lim Guan Eng ke atau siapa saja.
Itu baru betul mencerminkan apa yang dia nak lakukan dalam proses transformasi, atau reformasi, perkataan keramat DSAI dan para penyokongnya yang selama ini ternyata sekadar sembang kari.
Seorang India, kawan saya pula cakap, dia yakin kerajaan ini mampu menguruskan negara dengan baik dengan apa yang mereka ada hasil dari kerjasama parti-parti yang ada.
Ada check n balance katanya. Elok semua fokus ke arah kebaikan untuk seluruh rakyat sekarang. Dia yakin itulah yang Anwar dan Zahid ada dalam perancangan mereka.
Saya bantah pendapat itu. Terutamanya bab mereka fikir pasal rakyat. Jika benar itu, Zahid akan gentleman minta dirinya tak dilantik. Anwar pula akan mengelak dari menjilat ludahnya sendiri selama ini.
Tapi itu semua mereka tak buat. Tiada dalam kepala mereka bab rakyat atau kepentingan negara.
Kerajaan ini dibentuk atas 2 paksi utama sahaja. Pertamanya untuk Zahid selamatkan dirinya. Kedua supaya DSAI tidak mati putih mata tak dapat jadi PM yang dia idamkan selama ini.
Saya baca kenyataan TSMY di bawah:
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihanraya apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.
- Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri. Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.
- Beliau sendiri sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewangan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini.
- Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata. Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi.
Bukan tanda sokong TSMY. Tapi apa yang dia cakap itu ternyata betul tak boleh dipertikaikan lagi dengan apa alasan sekalipun.
Masalah TSMY dan PN dalam bab jadi kerajaan yang saya tak setuju adalah sikap rasis mereka yang nampak terang-terang tak betul. Itu bukan pendekatan yang baik sebagai pemimpin sebuah negara yang majmuk.
Perlu terima hakikat yang kita ada bangsa lain selain Melayu. Mereka dah beberapa jenerasi jadi warga negara Malaysia. Samada betul atau tidak negara ini adalah milik orang Melayu, itu bab lain.
Jika betul pun, kerajaan ada simpan geran tanah seluruh semenanjung tulis pemiliknya orang Melayu. Termsuk Sabah dan Sarawak, tapi tanah milik orang Melayu ni dah didiami oleh bangsa lain yang berlainan agama.
Perlu sesuaikan diri untuk pastikan negara kita dapat optimumkan apa yang ada untuk lahirkan sebuah negara yang berdaulat, aman dan makmur.
Team PH ada sikap terbuka yang sesuai untuk negara kita. Jika PH berabung dengan PN, akan ada check n balance yang lebih baik. Tapi PN berkeras tak mahu duduk bincang.
Sekarang inilah yang rakyat dapat. Saya tak sokong dan tak fanatik kepada mana-mana parti politik. Mana yang betul, tetap betul dan mana yang salah tetap salah. Samada yang buat itu adalah orang agama, orang cerdik, ahli bahasa, atau apa saja.
Dalam bab peduli rakyat pula. Dia canang macam-macam idea hebat. Alih-alih minta semua pegawai kerajaan bagi idea macam mana nak atasi masalah ekonomi negara yang membebankan rakyat sekarang.
Ingatkan dia dah ada perancangan konkrit yang tunggu untuk dilaksanakan sahaja. Tapi ternyata dia tak ada.
Kalau ada tentu dah disenaraikan semua tindakan satu persatu. Hapuskan tol, terus masuk dalam senarai tu. Hapuskan AP kenderaan, dan macam-macam AP lagi yang hanya lahirkan korupsi dan projek buat duit segelintir kroni sahaja.
Cakap pun tak guna bila mereka sekadar sembang kari ..
Sekian.
Kalau ada sudut pandang lain, sila komen. Mungkin saya salah ..
Sumber gambar di sini.
Fahami undang2 lompat parti yg bru bro, tk kn bro tk paham knpe kot, ketua parti ada hak nk sokong atau tk sokong gabongan dlm gov, sama saja klu PN gabong Bn, cara sama jugak bro zahid tpm..
ReplyDeleteErtinya disebabkan undang2 lompat parti, maka Malaysia tidak ada cara lain selain dari lantik Zahid jadi TPM?
DeleteTakkan macam tu kot?
Kabinet reformasi nampak dah. Tunggu strategi dan langkah langkah reformasi pulak. Ker sama jer mcm sebelum sebelumnya.
ReplyDelete