Boikot datang lagi. Kali ini sasaran adalah kepada semua produk dari Sweden yang ada di Malaysia. (sumber photo di atas dari sini)
Semuanya adalah angkara kerajaan Sweden membenarkan ahli politiknya, Rasmus Paludan, seorang yang sangat membenci Islam, membakar naskah Al-Quran di depan kedutaan Turki.
Ketika perlakuan bodoh itu berlaku, ia di bawah kawalan polis untuk mengelakkan sebarang halangan atau gangguan ketika pembenci Islam dan anti migrasi terhadap penduduk di luar dari orang barat.
Mamat pembenci Islam tu seorang peguam dan memang dah terkenal menjadi aktiviti yang sering buat provokasi terhadap orang Islam.
Rasanya dia lebih benci kepada kedatangan orang arab, atau orang Islam ke negara itu. Sebab apa dia begitu membenci perlu cari maklumat lebih lanjut.
Tentu ada sebab yang besar. Kalau tak, takkan dia nak benci sampai berani buat semua tindakan bodoh tersebut. Tentu ada perkara yang dia tak suka terhadap orang Islam terutamanya yang datang berhijrah dari negara mereka di Timur Tengah duduk di Sweden.
Semua itu perlu difikirkan dengan serius untuk semak apa yang tak kena dengan orang Islam, terutamanya yang pergi berhijrah ke sana. Apa hal yang mereka buat sampai dibenci sedemikian rupa.
Bakar produk Sweden
Ada gesaan dari pencinta Islam, pencinta Al-Quran di Malaysia untuk melakukan sesuatu sebagai tindak balas terhadap kerajaan Sweden.
Samada bakar atau lupuskan atau hilang dari penglihatan, segala produk Sweden, itu adalah cara untuk nyatakan perasaan marah kepada negara Sweden.
Jika ada yang memang hebat sanggup melakukannya, maka apa yang mereka dapat?
Ambil contoh anda punya perabut di rumah tu semuanya dari jenama IKEA. Katil, tilam, bantal, almari, meja makan, meja belajar, sofa dan seribu satu benda lagi, dibeli dari IKEA.
Himpunkan ke luar dan bakar.
Yang paling rugi, dan sangat besar ruginya adalah anda sendiri. Duit habis, perabut tak ada, rumah kosong dan kena keluar pegi beli yang lain.
Apa yang kerajaan Sweden dapat kasan dari anda membakar semua perabut IKEA di dalam rumah anda?
Dah tentu tak ada apa-apa kesan!
Samada bakar, bagi kepada orang lain, simpan dan lupuskan dalam stor atau sebagainya, yang rugi adalah anda sendiri. Sweden, dan mamat ahli politik itu tak tahu dan tak ada apa kesanpun kepadanya.
Melainkan anda buat satu lagi pilihan yang lebih bijak. Tak bakar perabut dalam rumah, tapi anda pergi bakar perabut yang ada di dalam gudang IKEA di berhampiran tempat anda tinggal.
It mungkin ada kesan sedikit pada IKEA. Tapi tak ada apa-apa yang berlaku sangat pada kerajaan Sweden.
Paling bruk kesan berlaku pada anda sendiri yang membakarnya. Kena tangkap, kena dakwa dan masuk penjara.
Jika ramai yang bakar semua gudang IKEA, paling kuat, syarikat itu akan clain ganti rugi dari pihak insuran. Kemudian jika rakyat Malaysia benar-benar benci, mereka akan keluar dan tutup perniagaan dari malaysia.
Wal hasil, semua pekerja yang cari makan di IKEA, islam atau tidak, diberhentikan dan hilang sumber pendapatan. Semua vendor yang berniaga dengan IKEA hilang sumber pendapatan mereka juga dan ramai yang terkesan kehidupannya.
Itu baru IKEA, belum masuk lagi Volvo, H&M dan apa saja syarikat berasal dari Sweden.
Apa nak buat?
Pada pandangan saya, tak payah nak bakar atau boikot produk dari Sweden. Sebab asalnya saja dari Sweden, tapi hakikatnya semua yang ada meluas di negara kita dan meluas di seluruh dunia sudah menjadi jenama global yang tiada kewarganegaraan lagi.
Mereka diuruskan oleh ahli korporat dan para profesional yang pertimbangan utama adalah untung dan rugi saja.
Jika operasi di Sweden adalah jauh lebih mahal berbanding beroperasi di India, mereka tak segan silu akan pergi beroperasi di India saja. Jika beli barang untuk hasilkan produk mereka di Sweden mahal, mereka akan keluar beli di negara lain yang murah. Sekalipun produk atau jenama itu berasal dari Sweden.
Itu lah keadaan sebenar dunia akhir zaman ini. Semuanya menuju ke arah satu. Satu jenama, satu bahasa, satu budaya, satu sistem, satu doktrin. Tidak ada satu negara samada besar atau kecil yang berdaulat mampu mengawal fenomena perjalanan dunia ke arah satu sistem ini.
Dan semua sistem yang sedang merebak besar melanggar manusia di seluruh muka bumi adalah pasti sedang membawa kehancuran. Merosakkan genetik dan nasab keturunan, merosakkan budaya silaturahim kejiranan, kemasyarakatan sesama manusia, merosakkan perhubungan keluarga dengan promosi feminism, melazimkan amalan sesat seperti LGBT, seks bebas, galakkan tamak haloba ingin lebih banyak dan lebih banyak lagi dan mengagungkan apa saja amalan yang bodoh.
Paling bagus, biarlah wakil kerajaan menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan Sweden. Biar kerajaan berurusan dengan kerajaan.
Jika ada kuasa yang boleh dipakai, seperti kerajaan Turki, gunakan saja seperti mana Turki yang membatalkan perbincangan untuk usaha dan permohonan Sweden menyertai Nato.
Baca, kaji dan amalkan kandungan Al-Quran
Saya terfikir samada mamat yang bakar Quran di Sweden itu dah baca dan cuba memahami Quran atau belum sebelum dia bertindak untuk membakarnya.
Terfikir juga kepada mereka yang sarankan untuk bakar atau boikot Sweden dan semua produknya ada membaca, mengkaji dan memahai apa yang ada dalam Quran itu atau tidak.
Baca berlagu siap sempurna dengan tajwid mungkin ada ramai yang buat. Tapi membaca, mengkaji, melihat makna sebenar satu persatu yang ada dalam Quran itu saya tak fikir ramai yang ada buat.
Jadi, tindakan yang paling betul hasil dari apa yang berlaku ini adalah untuk segera membuka Quran, membaca makna sebenarnya, kaji satu surah demi satu surah, satu ayat demi satu ayat.
Lakukan aktiviti itu secara rutin setiap hari dan berterusan sampai ke mati.
KIta boleh lakukannya jika benar-benar percaya Quran itu adalah panduan pasti selamat dari Tuhan untuk dijadikan rujukan hidup. Dan amalan itu jauh lebih bermanfaat dari keluarkan semua perabut IKEA, masukkan dalam kereta Volvo, sekali dengan semua pakaian H&M kemudian tuang minyak dan bakar!
Berhenti beli apa barang dari sweden, bukan bakar apa yg dah ada.. Hadui,
ReplyDelete😁
Delete